Dah Lama Nak Belajar Mengaji, Tapi Segan Sebab Masih Bermula Dari Iqra'?
Tak mengapa. Anda bukan seorang. Belajar dari asas bersama guru secara perlahan-lahan dalam kumpulan yang hampir sama tahap - 100% online dari rumah.

Pernah Rasa Macam Ni?
Ramai orang nak mula semula, tetapi berhenti sebelum bermula sebab rasa segan, takut tak boleh ikut atau terlalu lama meninggalkan bacaan.
Dah lama tak mengaji sampai banyak huruf dan baris dah lupa.
Bila buka Al-Quran, bacaan masih tersekat-sekat.
Nak belajar semula tetapi segan sebab umur dah dewasa.
Pernah belajar Iqra' dulu tetapi tak sempat habiskan.
Susah cari kelas yang sesuai dengan jadual harian.
Risau kelas bergerak terlalu cepat dan tak sempat ikut.
Tak Perlu Malu Untuk Bermula Semula.
Anda tak perlu “pandai sikit dulu” sebelum masuk kelas. Guru itulah yang akan bantu anda bermula dari tahap anda sekarang.

Dari Kenal Huruf Hingga Membina Keyakinan Membaca
Pembelajaran bergerak secara berperingkat mengikut kemampuan dan perkembangan pelajar.
Kenal Huruf Hijaiyah
Kenal dan bezakan huruf dengan lebih yakin.
Fahami Baris & Bunyi
Belajar membaca huruf berbaris dengan lebih tepat.
Gabungkan Bacaan
Latih membaca gabungan huruf dan perkataan mudah.
Betulkan Sebutan
Guru membantu mengenal pasti dan membetulkan kesalahan.
Bina Asas Ke Al-Quran
Teruskan pembelajaran secara konsisten mengikut tahap.
Macam Mana Kelas Iqra' Berkumpulan Berjalan?
Bukan sekadar masuk video call dan dengar guru bercakap. Flow kelas disusun supaya pelajar tahu apa yang berlaku dari mula sampai seterusnya.
1. Kami Semak Tahap Anda
Tak pasti Iqra' berapa? Tak mengapa. Guru akan bantu anda bermula mengikut tahap semasa.
2. Masuk Kumpulan Yang Sesuai
Belajar bersama pelajar yang hampir sama tahap supaya lebih selesa mengikuti pembelajaran.
3. Belajar Live Bersama Guru
Guru menerangkan bacaan, mendengar latihan dan membantu membetulkan kesalahan.
4. Belajar Secara Konsisten
1 sesi seminggu, 60 minit setiap sesi - sebanyak 4 sesi sebulan.
5. Pantau Perjalanan Belajar
Kelas dan rekod pembelajaran boleh diurus melalui platform MengajiOnline.com.
100% Online Dari Rumah
Belajar tanpa perlu bergerak ke pusat kelas dan lebih mudah dimasukkan dalam rutin mingguan.
Urus Kelas & Perkembangan Dalam Satu Sistem
Ini ialah paparan interface MengajiOnline.com yang digunakan untuk membantu pengurusan pembelajaran dan rekod perkembangan pelajar.
Anda Bukan Bermula Seorang
MengajiOnline.com telah menjadi tempat belajar untuk pelajar dari pelbagai latar belakang dan lokasi.

Pelajar dalam ekosistem MengajiOnline.com
Negara dengan komuniti pelajar MengajiOnline.com
Pembelajaran online dari rumah
Bila Bermula Dari Asas, Yang Penting Adalah Berani Mulakan
“Dah lama saya nak belajar semula, tapi selalu rasa segan sebab umur dah dewasa dan masih Iqra'. Bila masuk kelas, rasa lebih tenang sebab belajar perlahan-lahan bersama orang yang sama-sama nak bermula.”

“Sebelum ni saya selalu tangguh sebab takut tak boleh ikut. Rupanya bila kelas ikut tahap, saya lebih berani mencuba dan tak rasa tertekan untuk cepat pandai.”

“Saya suka sebab kelas seminggu sekali lebih mudah dimasukkan dalam rutin. Sedikit demi sedikit saya rasa lebih yakin untuk sambung belajar.”

Pilih Kelas Iqra' & Tetapkan Yuran Anda
“Yuran ini adalah berdasarkan kemampuan masing-masing. Kami menyeru anda yang berkemampuan untuk menyumbang lebih sebagai sokongan kepada pembangunan ilmu.”
Sebahagian lebihan selepas menampung kos guru dan operasi akan digunakan untuk pembangunan modul pembelajaran Al-Quran, penambahbaikan bahan pengajaran, dan membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk turut sama belajar.1 Pilih Pakej Yuran Anda
Tak tahu nak pilih pakej mana yang sesuai?
Hubungi Ustazah Hidayah Untuk BantuanJaminan Kepuasan 100%
Jika anda tidak berpuas hati dalam masa 14 hari pertama, kami pulangkan wang anda sepenuhnya tanpa banyak soal.
Masih Ada Yang Anda Risaukan?

Saya langsung tak kenal huruf. Boleh join?
Boleh. Kelas ini sesuai untuk pemula yang mahu bermula semula dari asas secara berperingkat.
Saya dah dewasa dan masih Iqra'. Malu pula nak mula.
Tak perlu tunggu sehingga bacaan sudah lancar. Anda boleh bermula daripada tahap anda sekarang dan belajar bersama kumpulan yang sesuai.
Berapa kali kelas setiap bulan?
Kelas dijalankan sekali seminggu, sebanyak 4 sesi sebulan. Setiap sesi berlangsung selama 60 minit.
Berapa orang dalam satu kumpulan?
Kelas Iqra' berkumpulan mempunyai sekitar 5 hingga 15 orang pelajar dalam satu kumpulan.
Macam mana kelas berkumpulan dijalankan?
Kelas dijalankan secara langsung bersama guru. Pelajar belajar mengikut tahap dan dibimbing secara berperingkat sepanjang sesi.
Kenapa ada tiga pilihan yuran?
Yuran disediakan mengikut kemampuan. Anda boleh memilih RM39, RM69 atau RM109 sebulan mengikut kadar yang paling sesuai.
Apa berlaku kalau slot kategori saya penuh?
Anda boleh hubungi Ustazah Hidayah untuk bertanya tentang kumpulan seterusnya yang akan dibuka.
Bagaimana jaminan 14 hari berfungsi?
Jika anda tidak berpuas hati dalam 14 hari pertama, anda boleh memohon pemulangan wang mengikut jaminan yang disediakan.
Mungkin Dah Lama Anda Berniat Nak Belajar.
Mulakan dari tahap anda sekarang. Pilih pakej, kategori dan slot kelas yang sesuai untuk anda.
Saya Nak Semak Slot Kelas