skip to Main Content

1- Istiqamah membaca al-Quran.

Abu Umamah al-Bahili radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
Bacalah al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pembela untuk pembacanya. [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin wa Qasriha, hadis no: 804].

Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka dia akan mendapat satu pahala dan sepuluh kali ganda pahala tersebut. Aku tidak menyatakan Alif Lam Mim satu huruf. Akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab Fadhail al-Quran, hadis no: 2910, hasan sahih gharib]

Hendaklah tetap membaca al-Quran walau masih belum lancar.

Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ
Orang yang mahir membaca al-Quran, dia akan bersama dengan malaikat yang mulia. Manakala orang yang membaca al-Quran dalam keadaan tersangkut-sangkut, dan dia mengalami kesukaran untuk membacanya, dia akan mendapat dua pahala. [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin wa Qasriha, hadis no: 798]

2- Mengajar dan belajar tentang al-Quran.

Daripada Uthman radiallahu ‘anhu, nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Sebaik-baik kalian ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya. [Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail al-Quran, hadis no: 5027].

3- Hendaklah mengamalkan apa yang dibaca.

Daripada Abu Musa al-Asyaari radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَثَلُ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَالأُتْرُجَّةِ طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَرِيحُهَا طَيِّبٌ وَالَّذِي لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَالتَّمْرَةِ طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَلاَ رِيحَ لَهَا، وَمَثَلُ الْفَاجِرِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الرَّيْحَانَةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ، وَمَثَلُ الْفَاجِرِ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ طَعْمُهَا مُرٌّ وَلاَ رِيحَ لَهَا ‏”‏‏.‏
Orang yang membaca al-Quran itu umpama buah utrujah, rasanya sedap dan baunya wangi. Orang yang tidak membaca al-Quran pula umpama buah kurma yang sedap rasanya tetapi tiada bau padanya. Orang jahat yang membaca al-Quran umpama buah raihanah, baunya wangi tetapi rasanya pahit. Orang jahat yang tidak membaca al-Quran umpama buah hanzalah. Rasanya pahit dan ia tiada bau. [Sahih al-Bukhari,Kitab Fadhail al-Quran, hadis no: 5020]

4- Berusaha menghafaz al-Quran dan menjaga hafazan itu.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا ‏”
(Pada hari kiamat) akan dikatakan kepada penghafaz al-Quran. Bacalah, dan naiklah. Bacalah sebagaimana engkau telah membaca di dunia. Sesungguhnya kedudukan engkau ialah pada akhir ayat yang engkau baca. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab Fadhail al-Quran, hadis no: 2914, hasan sahih]

Daripada Abu Musa radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

تَعَاهَدُوا الْقُرْآنَ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَهُوَ أَشَدُّ تَفَصِّيًا مِنَ الإِبِلِ فِي عُقُلِهَا ‏
Jagalah al-Quran. Demi Tuhan yang diri ku di tangan Nya. Sesungguhnya al-Quran itu lebih laju larinya daripada unta yang terlepas dari talinya. [Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail al-Quran, hadis no: 5033].

5- Mengelokkan suara ketika membacanya.

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا أَذِنَ اللَّهُ لِشَىْءٍ مَا أَذِنَ لِنَبِيٍّ حَسَنِ الصَّوْتِ بِالْقُرْآنِ يَجْهَرُ بِهِ
Tidaklah Allah mendengar sesuatu sebagaiman Dia mendengar kepada nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam apabila baginda membaguskan suara ketika membaca al-Quran [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 7544]

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada Abu Musa radiallahu ‘anhu:

يَا أَبَا مُوسَى لَقَدْ أُوتِيتَ مِزْمَارًا مِنْ مَزَامِيرِ آلِ دَاوُدَ
Wahai Abu Musa. Sesungguhnya engkau telah dikurniakan seruling daripada seruling-seruling keluarga Daud. [Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail al-Quran, hadis no: 5048]

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ
Bukanlah daripada kami sesiapa yang tidak mengelokkan suara ketika membaca al-Quran. [Sahih al-Bukhari, Kitab at-Tauhid, hadis no: 7527]

 


 

6- Menghayati maksud ayat al-Quran.

Firman Allah:
كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ (29)
Kitab yang Kami turunkannya kepada kalian dengan penuh keberkatan supaya manusia menghayati ayat-ayatnya dan supaya golongan yang berfikir dapat mengambil pengajaran. [Sad : 29]

Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam kadangkala mengulangi ayat yang dibaca kerana menghayati maksudnya.

Abu Dzar radiallahu ‘anhu berkata:

قَامَ النَّبِيُّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ بِآيَةٍ حَتَّى أَصْبَحَ يُرَدِّدُهَا وَالآيَةُ ‏{إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ}‏ ‏.‏
Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam bangun mendirikan solat sehingga pagi, baginda mengulangi membaca ayat: Seandainya Engkau mengazab mereka, sesungguhnya mereka hamba Mu. Jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan Bijaksana. [Sunan an-Nasaie, Kitab Iqamah as-Solat, hadis no: 1350].

7- Menggosok gigi sebelum membaca al-Quran.

عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ُأَنَّهُ أَمَرَ بِالسِّوَاكِ ، وَقَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا تَسَوَّكَ ، ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي قَامَ الْمَلَكُ خَلْفَهُ ، فَتَسَمَّعَ لِقِرَاءَتِهِ فَيَدْنُو مِنْهُ ” أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا ” حَتَّى يَضَعَ فَاهُ عَلَى فِيهِ فَمَا يَخْرُجُ مِنْ فِيهِ شَيْءٌ مِنَ الْقُرْآنِ ، إِلا صَارَ فِي جَوْفِ الْمَلَكِ ، فَطَهِّرُوا أَفْوَاهَكُمْ لِلْقُرْآنِ ”
Kami disuruh untuk menggosok gigi. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya apabila seorang insan menggosok gigi, kemudian dia bangun mendirikan solat , maka seorang malaikat berdiri di belakangnya dan mendengar bacaannya. Kemudian malaikat itu mendekatinya (kata perawi: atau menyatakan kalimat yang serupa) lalu meletakkan mulutnya di atas mulut orang tersebut sehingga tiada ayat-ayat al-Quran yang keluar dari mulutnya kecuali akan masuk ke dalam perut-perut malaikat. Oleh yang demikian, sucikanlah mulut kamu bila hendak membaca al-Quran. [Musnad al-Bazzar, Musnad Ali bin Abi Thalib, hadis no : 603. Shaikh Al-Albani menyatakan ia hadis hasan, lihat Sahih at-Targhib wa at-tarhib:215]

8- Membaca dalam keadaan suci daripada hadas kecil. Jika membacanya tanpa wudhu, maka ia tetap dibolehkan menurut ijma’ ulama.

9- Boleh dibaca sambil berdiri, duduk atau pun berbaring.

‘Aisyah radiallahu ‘anhu berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَتَّكِئُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ فَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ
Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berbaring di atas riba ku ketika aku dalam keadaan haidh, lalu baginda membaca al-Quran. [Sahih Muslim, Kitab al-Haidhi, hadis no: 301].

10- Membaca ta’awuz (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) sebelum membaca al-Quran.

Firman Allah:
فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Apabila kalian membaca al-Quran, mohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam. [An-Nahl : 98].

Membaca ta’awuz ini disunatkan menurut majoriti ulama. Ia sunat dibaca di dalam solat pada setiap rakaat dan di luar solat.

11- Hendaklah membaca basmalah apabila membaca daripada awal surah kecuali surah at-Taubah.

 


Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli 

Back To Top