Prof Dr Muhammad Hasan Jabal, Pensyarah Usul Lughah Al Azhar dalam satu teks kitabnya, ada menyentuh lima kesalahan pada sifat huruf. Antaranya kesalahan ayah-ayah kita yang kurang mendalami tajwid iaitu Fa dibaca pa. Sebagai contoh, dibacanya Surah Al Fil “ Alam tarakaipa ‘papa ‘ala rabbuka…”.
🔰 Dalam teks beliau dalam kitabnya ‘Talaqqi dan penyempurnaannya’, beliau menyebut :
وَقَدْ تَرَتَّبَ عَلَى عَدَمِ فَهْمِ مَعْنَى الجَهْرِ وَاَلْهَمْسِ والشِّدَّةِ وَاَلرَّخَاوَةِ أَنَّ مُدَرِّسِي التَّجْوِيدِ الآنَ يَنْطِقُونَ الضَّادَ ( المِصْريَّةَ ) شَديدَةً , وَهُمْ يَظُنُّونَ وَيَقُولُونَ : إِنَّهَا رِخْوَةٌ . وَيَنْطِقُونَ الطَّاءَ والْقافَ مَهْمُوسَتَيْنِ , وَهُمْ يَظُنُّونَ وَيَقُولُونَ : إِنَّهُمَا مَجْهُورْتَانِ . وَيَنْطِقونَ الجِيمَ رِخْوَةً , وَيَظُنُّونَ أَنَّهَا شَديدَةٌ , وَقَدْ سَمِعْتُ مِنْ يَقْرَأُ بِالْفَاءِ مَجْهورَةً مِثْلَ الْ وَمَن يُلْحِقُ بِاَلْتاءِ السّاكِنَةِ سِينَا وَهَكَذَا . والنَّتيجَةُ النِّهائيَّةُ لِهَذَا هِيَ عَدَمُ مَعْرِفَتِهِمْ أَوْ اسْتِجابَتِهِمْ لِبَيَانِ النُّطْقِ الصَّحيحِ , لِأَنَّهُمْ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ عَلَى صَوابٍ .
Akibat kurang memahami maksud jahar, hamas , syiddah dan rakhawah, guru-guru tajwid hari ini menyebutkan dhod dengan syiddah (Dhod orang Mesir) sedang mereka meyakini dan menyatakan ianya bersifat rakhawah. Dan mereka juga melafazkan tho dan qaf dengan hamas, sedangkan mereka meyakini dan menyatakan bahawa kedua-duanya bersifat jahar. Mereka juga menuturkan jim dengan rakhawah sedang mereka mengetahui bahawa ia (jim) bersifat syiddah. Dan saya pernah mendengar seseorang menuturkan fa dengan jahar seperti menyebut ‘الْ’ begitu terdapat individu yang membunyikan ta’ sakinah (mati) seakan bunyi sin dan (contoh-contoh lain) sepertinya. Konklusi penuh atas perkara ini ialah mereka tiada ilmu atau tiadanya penerimaan mereka untuk menjelaskan sebutan yang betul, kerana mereka menyangka mereka berada di atas kebenaran.
🔰 MASALAH SIFAT HURUF YANG DITEKANKAN :
1- 𝘿𝙃𝙊𝘿 𝘿𝙄𝙅𝘼𝘿𝙄𝙆𝘼𝙉 𝙎𝙔𝙄𝘿𝘿𝘼𝙃
Kesalahan ini selalunya terjadi kepada awam. Kebanyakan mereka akan mengeluarkan Dhod dari depan bukan dari makhrajnya yang tepat iaitu sepanjang tepi lidah. Mereka menjadikan hujung lidah menyentuh belakang gigi depan atas sama seperti keadaan menyebut huruf ta,dal dan tho. Dengan sebab itu, suara menjadi tertahan(syiddah). Justeru, cara menghilangkan kesalahan ini ialah dengan menyebut dhod dari makhrajnya yang sebenar iaitu bahagian tepi lidah samada sebelah kiri atau kanan dengan mengangkatnya menyentuh gigi geraham atas. Jika ini dilakukan, InsyaAllah suara akan jadi terlepas (rakhawah) kerana adanya sifat istitholah.
2- 𝙈𝙀𝙈𝘽𝙀𝙍𝙄𝙆𝘼𝙉 𝙃𝘼𝙈𝘼𝙎 𝙋𝘼𝘿𝘼 𝙏𝙃𝙊 𝘿𝘼𝙉 𝙌𝘼𝙁
Kesalahan ini seringkali melibatkan pada qari-qariah dan golongan mahir Al Quran terutama pada huruf Qaf. Ia biasanya tidak ‘hinggap’ pada awam. Dan saya tidak terkecuali dari menghadapi masalah ini. Ia kerap berlaku terutama ketika kedua huruf ini berbaris. Dan ia biasanya berlaku dalam pembacaan bertarannum. Pembaca biasanya tidak akan percaya dia melakukan kesalahan ini melainkan dirakamkan pembacaannya dan didengar semula.
Justeru, perlu difahami dan diterapkan dalam pembacaan bahawa Tho dan Qaf adalah huruf yang bersifat jahar, lawan bagi hamas. Maka yang perlu dilakukan di sini ialah memastikan nafas tidak terlepas ketika menyebut dua huruf ini.
3- 𝙅𝙄𝙈 𝘿𝙄𝘽𝙀𝙍𝙄𝙆𝘼𝙉 𝙍𝘼𝙆𝙃𝘼𝙒𝘼𝙃
Ia dikenali sebagai Jim As Syamiah (jim orang Syam). Ia adalah lahjah yang diterima dalam pertuturan harian tapi tidak di dalam pembacaan Al Quran. Di Malaysia, kesalahan ini selalunya dilakukan oleh pembaca mahir dan bukan awam. Kalimah ‘ Rajim ‘ pada lafaz istiazah أَعوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ contohnya adalah antara tempat paling mudah untuk mengesan kesalahan ini. Jim dibaca terlalu berangin iaitu dengan mendatangkan sifat rakhawah (suara terlepas) sedangkan jim ialah huruf jahar.
4- 𝙁𝘼 𝘿𝙄𝘽𝘼𝘾𝘼 𝙅𝘼𝙃𝘼𝙍
Kesalahan ini kerap berlaku kepada ayah-ayah kita yang kurang mendalami tajwid. Fa dibaca pa. Sebagai contoh, dibacanya Surah Al fil “ Alam tarakaipa ‘papa ‘ala rabbuka…”.
5 -𝙏𝘼’ 𝙈𝘼𝙏𝙄 𝘿𝙄𝙃𝙄𝙇𝘼𝙉𝙂𝙆𝘼𝙉 𝙎𝙔𝙄𝘿𝘿𝘼𝙃𝙉𝙔𝘼
Kesalahan ini kerap berlaku kepada para penghafaz Al Quran yang membaca dalam keadaan laju. Dalam mereka menyempurnaan sifat hamas (nafas terlepas) pada ta mati contohnya pada كَسَبَتْ , dan تَبَّتْ , ada di kalangan pembaca lalai dari menyempurnakan sifat syiddah(suara tertahan) yang datang sebelumnya. Maka kedengaran seolah-olah dia membaca كَسَبَسْdan تَبَّسْ .
Perlu difahami, bahawa Ta adalah huruf yang agak pelik sama seperti kaf. Tertahan suara (syiddah) ketika menyebutnya tetapi nafas terlepas/mengalir (hamas). Berbeza pada huruf-huruf lain yang jika terlepas suara, pasti terlepas juga nafas. Dan jika tertahan suara, pasti tertahan juga nafas. Justeru, fahami huraian Dr Suad binti Abdul Hamid di dalam Taisirnya di bawah:
إِّنَّ ظَاهِرَ الكَلَام ِالتَّنَاقُضُ لَوْ كَانَتْ هَاتَانِ الصِّفَتَانِ تَحْدُثَانِ فِى وَقْتٍ وَاحِدٍ وَلَكِنْ تَحْدُثُ الشِّدَةُ فِى وَقْتٍ وَالهَمَسُ فِى وَقْتٍ آخَرَ فَشِدَّتُهُما اعْتِبَارُ الإِبْتِدَاءِ وَهَمْسُهُمَا اعْتِبَارُ الإِنْتِهَاءِ ..
Sesungguhnya zahir kalam ini adalah pertentangan(tanaqudh) seandainya kedua sifat ini(syiddah dan hams) terjadi pada satu masa(yang sama). Tetapi hakikatnya syiddah terjadi pada satu masa sementara Hamas pada masa yang lain pula. Maka Syiddah pada keduanya(kaf dan ta) dilihat pada permulaan dan Hamas keduanya pula dilihat pada penghujung.
Sumber : Ust Hanif Azmir bin Hassim