skip to Main Content
Perlukan bantuan? Hubungi MO support kami segera..

Tukar bahasa:

Makanan sudah terhidang dan berkeinginan untuk memakannya

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ إِذَا قُدِّمَ الْعَشَاءُ فَابْدَءُوا بِهِ قَبْلَ أَنْ تُصَلُّوا صَلاَةَ الْمَغْرِبِ، وَلاَ تَعْجَلُوا عَنْ عَشَائِكُمْ
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila makan malam telah dihidangkan, mulakan dengan memakannya sebelum mendirikan solat Maghrib. Jangan tergesa-gesa menghabiskan makan malam kalian. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 672 ]

Menahan buang air kecil atau besar

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ نَهَى أَنْ يُصَلِّيَ الرَّجُلُ وَهُوَ حَاقِنٌ
Abu Umamah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melarang seseorang daripada solat dalam keadaan menahan buang air. [Sunan Ibn Majah, Kitab at-Taharah wa Sunaniha, hadis no: 660]

 

 

Abdullah bin al-Arqam radiallahu ‘anhu berkata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ وَوَجَدَ أَحَدُكُمُ الْخَلاَءَ فَلْيَبْدَأْ بِالْخَلاَءِ
Apabila solat ingin didirikan, dan salah seorang kalian terasa mahu membuang air, hendaklah dia membuang air terlebih dahulu. [Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Taharah, hadis no: 142, hasan sahih]

Semua ini apabila masa masih panjang. Adapun jika sudah hujung waktu, maka utamakan solat agar tidak terlepas waktu solat.

Wallahua’lam.

 


Sumber : Ust. Mohd Masri Mohd Ramli

Back To Top