skip to Main Content

Dari sudut bahasa :

🔹 Di dalam Mu’jam Al Lughah Al Arabiah Al Mu’asirah, ia ditakrifkan sebagai :

: غِلَظُ الصَّوْتِ وخُشُونَتُهُ مِنْ دَاءٍ، أَوْ كَثْرَةِ صِيَاحٍ، أو تَصَنُّعٍ في غِنَاءٍ، وَقَدْ يَكُونُ خِلْقَةً
Suara serak dan kasar kerana penyakit, jeritan yang berlebihan, atau seni dalam nyanyian. Kadang-kadang ia terjadi secara semulajadi.

🔹 Dari sudut istilah, saya tidak menemuinya. Cuma, kita dapat memahaminya melalui kalam para ulama’. Imam Khalil bin Ahmad Al Farahidi ada menyebut :

وَلَوْلَا بُحَّةٌ فِي الْحَاءِ لَأَشْبَهَتِ الْعَيْنَ لِقُرْبِ مَخْرَجِ الْحَاءِ مِنَ الْعَيْنِ

Jika tidak kerana بُحَّة pada ha’, maka sudah pasti ha’ akan menyamai ‘ain kerana dekatnya makhraj ha’ dengan ‘ain.

Ini dinaqalkan di dalam Ar Ri’ayah oleh Imam Makki bin Abi Tholib.

 


🔹 Tetapi, petunjuk paling jelas saya temui tentang makna بُحَّة ialah kalam Imam Abu Amr Ad Dani di dalam Tahdidnya :

… أَنَّ الْفَرْقَ بَيْنَ الْعَيْنِ وَالْحَاءِ بُحَّةُ الْحَاءِ لَوْلَا هِى لِكَانَتْ عَيْنًا وَإِنَّمَا كَانَتْ ذَاتَ بُحَّةٍ لِهَمْسِهَا وَجَهْرِ العَيْنِ.

Tidakkah kamu melihat bahawa perbezaan antara ع dengan ح adalah buhhah pada ح, kalaulah tidak kerana buhhah itu, tentulah akan sama ح dengan ع, hanyasanya ح memiliki buhhah kerana sifat hamasnya dan jahar pula terdapat pada ع.

✅ Dari sini, dapat kita faham, bahawa بُحَّة adalah bunyi yang terhasil pada huruf ha’(ح), kesan dari sifat hamas. Secara mudahnya, bunyi ‘kepedasan’ pada ح, itulah dia بُحَّة . Wallahu A’lam.

 


Sumber: Ust Hanif Azmir Hassim 

Back To Top