Imam Ibn al-Qayyim menerangkan di dalam al-Fawaid tentang jenis-jenis Zuhud.
زهد في الحرام ، وهو فرض عين .
Zuhud daripada melakukan perkara yang haram. Ini merupakan fardhu ain.
زهد في الشبهات ، وهو بحسب مراتب الشبهة ، فإن قويت التحقت بالواجب ، وإن ضعفت كان مستحباً .
Zuhud daripada melakukan perkara yang meragukan. Ia bergantung kepada tahap keraguan tersebut. Jika kuat keraguan tersebut, maka ia wajib. Jika keraguan itu tidak kuat, maka ia digalakkan.
زهد في الفضول .
Zuhud pada perkara yang berlebihan.
وزهد في لا يعني من الكلام والنظر والسؤال واللقاء وغيره .
Zuhud pada perkara yang tiada faedah untuk dirinya daripada sudut perkataan, penglihatan, permintaan, pertemuan dan lain-lain.
وزهد في الناس .
Zuhud pada orang lain.
وزهد في النفس بحيث تهون عليھ نفسه في الله .
Zuhud pada diri sendiri di mana dia merendahkan dirinya kepada Allah.
وزهد جامع لذلك كله وهو الزهد فيما سوى الله ، وفي كل ما شغلك عنه .
Zuhud yang merangkumi semua ini iaitu zuhud daripada selain Allah, dan daripada segala perkara yang menyibukkannya daripada Allah.
وأفضل الزهد إخفاء الزهد ، وأصعبه الزهد في الحظوظ ،
Sebaik-baik zuhud ialah menyembunyikan kezuhudan, dan yang paling sukar ialah melawan kehendak nafsu.
والفرق بينه وبين الورع أن الزهد ترك ما لا ينفع في الآخرة
Perbezaan antara zuhud dan wara’ ialah zuhud bermaksud meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat di akhirat.
والورع ترك ما يخشى ضرره في الآخرة .
Wara’ pula ialah meninggalkan apa yang ditakuti memudharatkan di akhirat.
والقلب المتعلق بالشهوات لا يصح له زهد ولا ورع .
Hati yang terikat dengan syahwat tidak akan mampu untuk zuhud dan wara’.
قال يحيى بن معاذ ؛ عجبت من ثلاث
Yahya bin Muaz berkata: Aku merasa pelik dengan 3 orang manusia:
رجل يرائي بعمله مخلوقاً مثله ويترك أن يعمل لله ،
(1) Manusia yang beramal untuk menunjuk-nunjuk kepada makhluk yang sama sahaja seperti dirinya, tetapi meninggalkan beramal kerana Allah.
ورجل يبخل بماله وربه يستقرضه منه فلا يقرضه منه شيئاً ،
(2) Manusia yang kedekut dengan hartanya sedangkan dia meminjam harta itu daripada Allah, dan orang itu tidak mahu meminjamkan hartanya sedikit pun.
ورجل يرغب في صحبة المخلوقين ومودتهم ، والله يدعوه إلى صحبته ومودته .
(3) Manusia yang mahukan perhatian dan cinta makhluk, sedangkan Allah menyerunya untuk mendapatkan perhatian dan cinta Allah.
[Ibn al-Qayyim, Al-Fawaid, 118]
Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli