
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ صَلاتُهُ ، فَإِنْ كَانَ أَكْمَلَهَا وَإِلا قَالَ اللَّهُ : انْظُرُوا لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ ، فَإِنْ وُجِدَ لَهُ تَطَوُّعٌ ، قَالَ : أَكْمِلُوا بِهِ الْفَرِيضَةَ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya amalan manusia yang mula-Mula dihisab pada hari kiamat ialah solat mereka. Jika solatnya sempurna (maka tiada masalah), dan jika terdapat sesuatu kekurangan, Allah berfirman pula: Periksalah, adakah hamba-Ku mempunyai amalan solat sunat? Jika dia mempunyai amalan solat sunat, maka Allah berfirman: Sempurnakanlah solat fardu hamba-Ku dengan solat sunatnya. [Sunan an-Nasaie al-Kubra, Kitab as-Solat, hadis no: 319. Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih an-Nasaie]
Ini menunjukkan bahawa solat-solat sunat mampu menampung kekurangan solat fardhu kita.
Sudah pasti! Dengan syarat kita mendirikan solat fardhu. Jika solat fardhu pun tidak dilakukan, apa yang mampu solat sunat perbaiki?
Umpama membeli pelbagai peralatan untuk membaiki rumah, tetapi rumahnya tiada. Apa yang mahu dibaiki?
Wallahua’lam.
Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli