Ibnu Taimiyyah berkata:
لَا رَيْبَ أَنَّ الْأَذْكَارَ وَالدَّعَوَاتِ مِنْ أَفْضَلِ الْعِبَادَاتِ وَالْعِبَادَاتُ مَبْنَاهَا عَلَى التَّوْقِيفِ وَالِاتِّبَاعِ لَا عَلَى الْهَوَى وَالِابْتِدَاعِ
Tiada keraguan lagi bahawa zikir-zikir dan doa-doa merupakan antara ibadah-ibadah yang terbaik. Ibadah terbina di atas tawqif dan mengikut (sunnah), dan bukannya mengikut hawa nafsu dan mereka-reka.
فَالْأَدْعِيَةُ وَالْأَذْكَارُ النَّبَوِيَّةُ هِيَ أَفْضَلُ مَا يَتَحَرَّاهُ الْمُتَحَرِّي مِنْ الذِّكْرِ وَالدُّعَاءِ وَسَالِكُهَا عَلَى سَبِيلِ أَمَانٍ وَسَلَامَةٍ وَالْفَوَائِدُ وَالنَّتَائِجُ الَّتِي تَحْصُلُ لَا يُعَبِّرُ عَنْهُ لِسَانٌ وَلَا يُحِيطُ بِهِ إنْسَانٌ
Doa-doa dan zikir-zikir yang nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam baca, lebih baik daripada doa dan zikir yang direka-reka oleh pereka. Orang yang berdoa dan berzikir dengannya berada pada jalan keamanan dan selamat, dan memperolehi faedah dan kesan yang tidak mampu diungkapkan oleh lisan dan tidak diketahui manusia.
وَمَا سِوَاهَا مِنْ الْأَذْكَارِ قَدْ يَكُونُ مُحَرَّمًا وَقَدْ يَكُونُ مَكْرُوهًا وَقَدْ يَكُونُ فِيهِ شِرْكٌ مِمَّا لَا يَهْتَدِي إلَيْهِ أَكْثَرُ النَّاسِ وَهِيَ جُمْلَةٌ يَطُولُ تَفْصِيلُهَا .
Doa dan zikir selain daripada yang nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam ajarkan, boleh jadi ia makruh, boleh jadi ia haram, boleh jadi juga wujud unsur syirik di dalamnya yang mana kebanyakan manusia tidak mengetahui tentangnya.
وَلَيْسَ لِأَحَدِ أَنْ يَسُنَّ لِلنَّاسِ نَوْعًا مِنْ الْأَذْكَارِ وَالْأَدْعِيَةِ غَيْرِ الْمَسْنُونِ وَيَجْعَلَهَا عِبَادَةً رَاتِبَةً يُوَاظِبُ النَّاسُ عَلَيْهَا كَمَا يُوَاظِبُونَ عَلَى الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ ؛ بَلْ هَذَا ابْتِدَاعُ دِينٍ لَمْ يَأْذَنْ اللَّهُ بِهِ ؛
Tidak boleh seseorang mereka-reka kepada manusia zikir-zikir dan doa-doa dan menjadikannya satu ibadah harian yang manusia berterusan mengamalkannya sebagaimana mereka berterusan mendirikan solat 5 waktu. Bahkan ini termasuk mereka benda baru dalam agama yang Allah tidak izinkan.
بِخِلَافِ مَا يَدْعُو بِهِ الْمَرْءُ أَحْيَانًا مِنْ غَيْرِ أَنْ يَجْعَلَهُ لِلنَّاسِ سُنَّةً فَهَذَا إذَا لَمْ يُعْلَمْ أَنَّهُ يَتَضَمَّنُ مَعْنًى مُحَرَّمًا لَمْ يَجُزْ الْجَزْمُ بِتَحْرِيمِهِ ؛
Ini berbeza dengan seseorang berdoa sekali-sekala (dengan doa atau zikir rekaan) dan tidak menjadikannya satu sunnah kepada manusia lain. Ini jika tidak diketahui isi kandungan doa atau zikir itu mengandungi maksud haram, tidak boleh mengharamkannya secara pasti.
لَكِنْ قَدْ يَكُونُ فِيهِ ذَلِكَ وَالْإِنْسَانُ لَا يَشْعُرُ بِهِ . وَهَذَا كَمَا أَنَّ الْإِنْسَانَ عِنْدَ الضَّرُورَةِ يَدْعُو بِأَدْعِيَةِ تُفْتَحُ عَلَيْهِ ذَلِكَ الْوَقْتَ فَهَذَا وَأَمْثَالُهُ قَرِيبٌ .
Akan tetapi adakalanya doa-doa dan zikir rekaan itu mengandungi perkara haram sedangkan manusia yang membacanya tidak menyedari perkara tersebut.
وَأَمَّا اتِّخَاذُ وِرْدٍ غَيْرِ شَرْعِيٍّ وَاسْتِنَانُ ذِكْرٍ غَيْرِ شَرْعِيٍّ : فَهَذَا مِمَّا يُنْهَى عَنْهُ
Adapun menjadikan wirid dan menjadikannya sebagai satu sunnah, maka ia terlarang.
وَمَعَ هَذَا فَفِي الْأَدْعِيَةِ الشَّرْعِيَّةِ وَالْأَذْكَارِ الشَّرْعِيَّةِ غَايَةُ الْمَطَالِبِ الصَّحِيحَةِ وَنِهَايَةُ الْمَقَاصِدِ الْعَلِيَّةِ
Zikir-zikir dan doa yang ma’thur padanya terdapat tujuan yang benar dan matlamat yang tertinggi.
وَلَا يَعْدِلُ عَنْهَا إلَى غَيْرِهَا مِنْ الْأَذْكَارِ الْمُحْدَثَةِ الْمُبْتَدَعَةِ إلَّا جَاهِلٌ أَوْ مُفَرِّطٌ أَوْ مُتَعَدٍّ .
Tidak ada orang yang akan meninggalkannya lalu membaca zikir-zikir yang direka kecuali orang yang jahil, dan melampau.
[Majmu’ al-Fatawa, 22/510-511].
Sumber : Ust. Mohd Masri Mohd Ramli