skip to Main Content
1. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA (wafat 93 H) bahawa Nabi
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِي الْمَسَاجِدِ
“Tidak akan berlaku kiamat sehingga manusia bermegah-megah dengan masjid-masjid.”
[HR. Ahmad dan Abu Daud]

Dalam riwayat yang lain seperti Al-Bukhari, Abi Ya’la dan Ibn Khuzaimah menyebut ثم لا يعمرونها إلا قليلا kemudian mereka tidak memakmurkan masjid tersebut kecuali sedikit.
2. Para ulama Syafi’iyah sendiri seperti pengarang kitab I’anah al-Thalibin (Imam ‘Abu Bakr Utsman bin Muhammad Syata al-Dimyathi al-Bakri (wafat 1310H), menyebutkan bahawa;
ومكروهة من أمثلتها زخرفة المساجد

‘Dan termasuk bidah yang makruh, di antara contohnya ialah seperti ukiran hiasan masjid-masjid.
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA (wafat 68 H) ketika mengulas hal ini, beliau menyebut;
‏لتزخرفنها كما زخرفت اليهود والنصارى
Kalian akan mengukir atau menghiasi masjid sebagaimana yang dilakukan oleh Yahudi dan Nasrani pada rumah ibadat mereka.
Penyebab amalan bermegah dengan masjid ini dilarang adalah kerana;
1. Ianya membawa kepada pembaziran dan bukan matlamat Islam untuk membina bangunan yang cantik dan hebat tetapi tujuan Islam ialah untuk membangunkan generasi yang baik.
2. Amalan menghiasi masjid dan bermegah dengan keindahan bangunan adalah amalan Yahudi dan Nasrani. Masjid Nabawi adalah sederhana dan dibangunkan atas dasar taqwa.
3. Fokus utama umat Islam ialah aktiviti di dalam masjid dan pengisian untuk pengunjung masjid, bukan bangunannya.
4. Islam mendidik umatnya dengan awlawiyat (keutamaan) masih ramai rakyat yang memerlukan bantuan, sokongan kewangan dan dana yang perlu diagihkan kepada yang lebih berhak dari sekadar membina bangunan.

Diriwayatkan daripada Abu Darda RA (wafat 32 H) secara marfu yang menyebut;
إذا زوقتكم مساجدكم، وحليتم مصاحفكم، فالدمار ‏عليكم
Jika kalian mengukir atau menghiasi masjid-masjid kalian dan mencantikkan mushaf-mushaf kalian, maka kebinasaan akan menimpa kalian.
[HR Al-Tirmidzi, Ibn Abi Syaibah dan Al-Hakim]

Juga terdapat riwayat yang serupa daripada Abu Hurairah, Abi Said Al-Khudri dan Abu Zar RA tentang hal ini.
4. Tujuan masjid bukanlah untuk menjadi pusat pameran bangunan cantik sebaliknya supaya menjadi tempat manusia khusyuk dan tunduk mengingati Allah.
Mesej ini terdapat pada kata-kata Khalifah Umar RA (wafat 23 H) yang menyebut tentang arahan pembinaan masjid;
أكِنَّ ‏الناس من المطر، وإياك أن تحمر أو تصفر، فتفتن الناس
“Peliharalah orang ramai daripada hujan, tetapi janganlah engkau menggunakan warna merah atau kuning pada bangunan masjid dibimbangi engkau akan menimbulkan fitnah (menghilang fokus ibadah) kepada manusia.” [HR Al-Bukhari]

 


 

Imam Al-Munawi rahimahullah (wafat 1031 H) menyebut;
فزخرفة المساجد، وتحلية المصاحف منهي عنها، لأن ‏ذلك يشغل القلب، ويلهي عن الخشوع والتدبر والحضور مع الله تعالى.
‘Perbuatan mengukir atau menghiasi masjid-masjid dan menghias mushaf adalah dilarang padanya kerana yang demikian itu akan menyibukkan hati dan melalaikan seseorang daripada khusyuk dan tadabur serta hadir hati kepada Allah Ta’ala…’
[Faidh al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Shaghir]

5. Islam bukan agama kebendaan, Islam boleh hidup subur di padang pasir kering, Islam hanya memerlukan sekumpulan manusia yang beriman dan bukannya bangunan-bangunan atau kebendaan.


Sumber : Facebook Emran Ahmad



Back To Top