Al-Imam Ibnu Al-Qayyim menukilkan:
إِنَّ قَوْمًا أَلْهَتْهُمْ أَمَانِيُّ الْمَغْفِرَةِ حَتَّى خَرَجُوا مِنَ الدُّنْيَا بِغَيْرِ تَوْبَةٍ ،
Sesungguhnya ada kaum yang berharap kepada keampunan sehingga mereka keluar daripada dunia ini tanpa bertaubat.
يَقُولُ أَحَدُهُمْ : لِأَنِّي أُحْسِنُ الظَّنَّ بِرَبِّي ،
Salah seorang daripada mereka berkata: Ini kerana aku bersangka baik dengan tuhan ku.
وَكَذَبَ ، لَوْ أَحْسَنَ الظَّنَّ لَأَحْسَنَ الْعَمَلَ .
Dia telah berdusta! Seandainya dia bersangka baik dengan Allah, dia akan melakukan amalan yang baik.
Kata Ibn al-Qayyim lagi:
وَقَدْ تَبَيَّنَ الْفَرْقُ بَيْنَ حُسْنِ الظَّنِّ وَالْغُرُورِ ،
Sesungguhnya telah jelas perbezaan antara bersangka baik (dengan Allah) dan tertipu.
وَأَنَّ حُسْنَ الظَّنِّ إِنْ حَمَلَ عَلَى الْعَمَلِ ، وَحَثَّ عَلَيْهِ ، وَسَاقَ إِلَيْهِ ، فَهُوَ صَحِيحٌ ،
Sangka baik (dengan Allah) itu, jika ia membawa kepada beramal, bersungguh-sungguh padanya, dan membawanya kepada Allah, maka itu adalah sangka baik yang benar.
وَإِنْ دَعَا إِلَى الْبِطَالَةِ وَالِانْهِمَاكِ فِي الْمَعَاصِي فَهُوَ غُرُورٌ ،
Jika ia menyeru kepada meninggalkan amal dan tenggelam dalam maksiat, sesungguhnya itu adalah ilusi semata.
وَحُسْنُ الظَّنِّ هُوَ الرَّجَاءُ ، فَمَنْ كَانَ رَجَاؤُهُ هَادِيًا لَهُ إِلَى الطَّاعَةِ ، زَاجِرًا لَهُ عَنِ الْمَعْصِيَةِ ، فَهُوَ رَجَاءٌ صَحِيحٌ ،
Sangka baik (kepada Allah) itu adalah mengharap. Sesiapa yang harapannya membawa kepada ketaatan dan meninggalkan maksiat, maka itulah harapan yang benar.
وَمَنْ كَانَتْ بِطَالَتُهُ رَجَاءً ، وَرَجَاؤُهُ بِطَالَةً وَتَفْرِيطًا ، فَهُوَ الْمَغْرُورُ
Sesiapa yang meninggalkan amalan (tetapi) mengharap (kepada Allah), maka harapannya itu membawa kepada tidak beramal dan kelalaian, dia telah tertipu.
““
Tamat nukilan daripada kitab Al-Jawaab Al-Kaafii Liman Saala ‘An al-Dawaa’ al-Syaafii.
Semoga kita tak menjadi manusia yang tertipu dengan sangka baik kita kepada Allah. Umat Islam perlu kepada rasa harap, cinta dan takut. Itulah 3 ‘feeling’ yang perlu sentiasa ada dalam diri umat Islam.
Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli