skip to Main Content

Sebahagian golongan telah menyelewengkan maksud surah al-Ikhlas. Mereka menterjemahkan ayat berikut sebagai “Katakanlah: Muhammad dan Allah adalah satu”

.

Ini merupakan satu penyelewengan kepada al-Quran, bahkan tafsir ini merosakkan Tauhid dan asas Islam.

.

Ada yang mempertahankan kononnya ini semua adalah tafsir isyari.

.

Apa itu tafsir isyari? Menurut Shaikh Manna’ al-Qattan dalam Mabahits Fi Ulum al-Quran, sebahagian golongan sufi ini mendakwa dengan latihan kerohanian, mereka mampu sampai ke martabat akan tersingkapnya isyarat-isyarat qudus di sebalik lafaz atau ungkapan yang zahir yang ada pada ayat-ayat al-Quran.

.

Mereka mendakwa pada setiap ayat ada zahir dan batin. Zahir ialah apa yang difahami secara terus apabila membaca ayat tersebut. Manakala batin pula ialah maksud tersembunyi pada ayat tersebut yang hanya terzahir kepada mereka yang melalui proses latihan kerohanian.

.

Tafsir Isyari ini, apabila ia dengan isyarat-isyarat yang tersembunyi, ia boleh menyesatkan. Ia hanya diterima apabila zahirnya menepati kaedah bahasa arab, dan terdapat bukti-bukti lain yang menyokong maksud batin itu, dan tak bercanggah dengan maksud asal ayat tersebut.

 

.

Kemudian, Shaikh al-Qattan menukilkan perkataan Ibnu al-Qayyim:

.

قال ابن القيم: “وتفسير الناس يدور على ثلاثة أصول: تفسير على اللفظ، وهو الذي ينحو إليه المتأخرون، وتفسير على المعنى: وهو الذي يذكره السلف، وتفسير على الإشارة: وهو الذي ينحو إليه كثير من الصوفية وغيرهم، وهذا لا بأس به بأربعة شروط:

Tafsir yang dilakukan oleh manusia kepada al-Quran, berkisar kepada tiga asas: Tafsir kepada lafaz-lafaz al-Quran, inilah yang dilakukan ulama mutaakhirin. Tafsir kepada makna ayat: Inilah yang disebutkan golongan salaf. Tafsir berdasarkan isyarat: Inilah yang dilakukan ramai golongan sufi. Ini tidaklah bermasalah jika ia memenuhi 4 syarat iaitu:

.

1- ألَّا يناقض معنى الآية.

Tidak bercanggah dengan makna ayat.

2- وأن يكون معنًى صحيحًا في نفسه.

Maksudnya sendiri sahih.

.

3- وأن يكون في اللفظ إشعار به.

Terdapat pada lafaz ayat itu yang menunjukkan isyarat tersebut.

.

4- وأن يكون بينه وبين معنى الآية ارتباط وتلازم، “

Terdapatnya hubungan yang erat antara maksud yang diperolehi dengan isyarat itu, dengan makna ayat.

.

فإذا اجتمعت هذه الأمور الأربعة كان استنباطًا حسنًا

Apabila terdapatnya 4 perkara ini, maka istinbat (dengan isyarat) itu istinbat yang baik. 

[Lihat: Manna’ al-Qattan, Mabahits Fi Ulum al-Quran, 367-369].

.

.

Secara ringkasnya, penafsiran sebahagian golongan sufi atau mendakwa diri sufi yang menyatakan kalimah هو dalam ayat 1 surah al-Ikhlas merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah satu penafsiran isyari yang menyeleweng. Ia rosak daripada sudut B.Arab, maksudnya pun bercanggah dengan akidah Islam sebab menyatakan “Muhammad dan Allah adalah satu”, bahkan ia bercanggah dengan keseluruhan isi al-Quran, bahkan ia merupakan tafsir yang merosakkan akidah umat Islam.

.

Jika benar, mereka mendapat ‘isyarat tersembunyi’ ini daripada latihan kerohanian mereka, maka sangat jelas itu merupakan isyarat daripada syaitan kepada mereka, dan mereka menjadi lidah-lidah syaitan yang cuba mengajak manusia mensyirikkan Allah. Tidak perlulah sibuk nak mempertahankan penafsiran itu dengan menyatakan maksudnya Nabi Muhammad s.a.w ni tak dapat pisah daripada Allah etc etc takwilan yang jauh semata-mata nak pertahankan penafsiran yang menyeleweng sebegini.

 


Sumber : Ust. Mohd Masri Mohd Ramli

Back To Top