Mana satu cara sebut huruf yang betul? Huruf ba (با) atau huruf ba’ (باء) ? Ta (تا) atau Ta’ (تاء) ? Tho (طا) atau Tho'(طاء) ? jawapannya, kedua duanya boleh jika di luar pembacaan Al Quran.
Kita boleh sebut huruf-huruf yang diakhiri dengan alif seperti ba, ta, ha, tsa dan selainnya dengan dua cara . Samada dengan Maqsurah (مَقْصُورَةً) iaitu tanpa bunyi hamzah di hujung atau dengan mamdudah (مَمْدُودَةً) iaitu dengan bunyi hamzah di hujung. Contohnya (ب) boleh diisebut (با) dan boleh juga disebut (باء). Begitu juga (ح ) boleh diisebut (حا) dan boleh disebut (حاء). Ini tepat dengan kaedah bahasa arab.
🔰 Tetapi di dalam Al Quran, kita hanya akan baca dengan satu cara iaitu dengan Maqsurah (tanpa hamzah). Dan kita akan jumpa perbahasan ini apabila kita bincangkan tentang huruf-huruf terpotong di awal beberapa surah الحُرُوفُ الُمقَطَّعَةُ . Tepatnya tajuk Mad asli Tsuna’i المَدُّ الأَصْلِىُّ الثُنَائِىُّ atau nama lainnya Mad Thobiie Harfie المَدُّ الطَبِيعِىُّ الحَرْفِىُّ .
🔰 Hanya ada lima huruf yang terlibat dengannya di dalam Al Quran iaitu ح, ي ,ط, ھ dan ر dalam rumuz (حَيٌّ طَهُرَ) . Rumuz ini disebutkan di dalam Tuhfatul Athfal. Jadi apabila anda terjumpa kelima-lima huruf ini pada huruf huruf terpotong di awal surah seperti (الࣤمࣤر) , (طه) , (كࣤهيعࣤصࣤ) , terus baca ia dengan dua harakat dan meninggalkan bunyi hamzah حا, يا ,طا, ھا dan را. Jangan dibaca حاء, ياء ,طاء , ھاء dan راء.
PANDANGAN :
Jika kita mengajar tajwid, adalah disarankan untuk kita mengajar murid guna kaedah maqsurah sahaja kerana ia dekat dengan pembacaan Al Quran. Sebut sahaja : “Murid-murid, ikut Ustazah sebut alif, ba, ta, tsa” dan seterusnya. Lebih baik jangan diajarkan kaedah mamdudah iaitu membunyikan hamzah di hujung “ alif, ba’, ta’ tsa’” walaupun tetap betul kerana ia di luar pembacaan Al Quran.
Dari Kitab Hilyah at Tilawah dengan huraian.
Sumber : Ust. Hanif Azmir bin Hassim