Antara perkataan yang masyhur tersebar ialah kata-kata berikut:
من ليس له شيخ شيخه الشيطان)
Sesiapa yang tidak mempunyai shaikh@guru, maka gurunya adalah syaitan.
Ini bukanlah hadis Nabi s.a.w. Ini merupakan perkataan yang tersebar di kalangan ahli Sufi. Shaikh Bin Baz berkata:
هذا غلط عامي، وجهل من بعض الصوفية، ليرغبوا الناس في الاتصال بهم وتقليدهم في بدعهم وضلالاتهم،
Ini merupakan kesilapan yang dilakukan oleh orang umum dan jahil daripada sebahagian kelompok sufi, untuk menarik manusia bergabung dengan kumpulan mereka, dan mengikuti mereka dalam bid’ah dan kesesatan mereka.
فإن الإنسان إذا تفقه في دينه بحضوره الحلقات العلمية الدينية، أو تدبر القرآن أو السنة واستفاد من ذلك، فلا يقال: شيخه الشيطان، وإنما يقال: قد اجتهد في طلب العلم وحصل له خير كثير.
Sesungguhnya apabila seseorang insan mempelajari agamanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama, mentadabbur al-Quran dan al-Sunnah, dan mengambil faedah daripadanya, tidaklah dikatakan: Gurunya adalah syaitan. Sebaliknya disebutkan: Dia telah berusaha menuntut ilmu, dan telah memperolehi kebaikan yang banyak.
وينبغي لطالب العلم الاتصال بالعلماء المعروفين بحسن العقيدة والسيرة، يسألهم عما أشكل عليه؛ لأنه إذا كان لا يسأل أهل العلم قد يغلط كثيرًا وتلتبس عليه الأمور.
Hendaklah seorang penuntut ilmu berhubung dengan ulama’ yang dikenali elok akidahnya, dan baik krediblitinya, bertanya kepada mereka tentang perkara yang menimbulkan kemusykilan. Ini kerana jika dia tidak bertanya kepada ahli ilmu, maka dia akan melakukan kesilapan yang banyak, dan akan keliru dalam banyak perkara.
أما إذا حضر الحلقات العلمية وسمع الوعظ من أهل العلم فإنه بذلك يحصل له خير كثير وفوائد جمة، وإن لم يكن له شيخ معين،
Jika dia menghadiri majlis ilmu, mendengar nasihat-nasihat daripada ahli ilmu, dia akan memperolehi kebaikan dan faedah yang banyak, walaupun dia tidak mempunyai guru yang khusus.
ولا شك أن الذي يحضر حلقات العلم ويسمع خطب الجمعة وخطب الأعياد والمحاضرات التي تعرض في المساجد شيوخه كثيرون، وإن لم ينتسب إلى واحد معين يقلده ويتبع رأيه[1].
Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang menghadiri majlis ilmu, mendengar khutbah Jumaat dan khutbah hari raya, menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan di masjid, maka gurunya sangat ramai, walau pun dia tidak mengikat dirinya dengan seorang guru yang khusus untuk dia ikuti pendapatnya.
Rujuk: https://binbaz.org.sa/fatwas/1743/هل-من-ليس-له-شيخ-شيخه-الشيطان
Kesimpulan:
1- Dakwaan belajar tanpa guru adalah berguru dengan syaitan, bukanlah hadis nabi s.a.w. Ia hanya kata-kata sebahagian orang.
2- Proses belajar yang terbaik ialah dengan mendapatkan ilmu daripada guru dengan menghadiri majlis-majlis ilmu.
3- Janganlah takut membaca buku-buku agama. Bacalah, dan berusaha mengikuti pengajian secara bersemuka atau di alam maya. Pilihlah buku dan pengajian yang sesuai dengan tahap keilmuan kita semua. Mulakan dengan apa yang paling diperlukan, iaitu asas fardhu ain.
4- Seringlah berdoa agar diberikan ilmu yang bermanfaat. Ini kerana kesesatan dan kekeliruan, bukan sahaja berlaku apabila belajar tanpa guru atau membaca tanpa guru, bahkan ia menjadi lebih parah apabila kita belajar berguru tetapi mendapat guru yang salah atau sesat.
“Ya Allah, kami memohon kepada mu ilmu yang bermanfaat”.
Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli