skip to Main Content
WALAU APA PUN GELARAN ANDA, USTAZAH ATAUPUN USTAZ JANGAN CUBA-CUBA MENGHARAMKAN SESUATU YANG TIDAK DIHARAMKAN.

 

Kenyataan di atas adalah tidak tepat.

Mempelajari ilmu tajwid merupakan fardhu kifayah, yakni jika ada sebahagian sudah mempelajarinya, maka gugur kewajipan ke atas mereka yang lain, namun membaca al-Quran dengan bertajwid merupakan suatu kelaziman dan kemestian.

Bezakan antara membaca al-Quran dengan bertajwid dan mempelajari ilmu tajwid. Yang wajib adalah membaca Al-Quran secara bertajwid. Ya, seseorang perlu mempelajari asas ilmu tajwid bagi mengelakkan berlakunya kesalahan dan perubahan makna ketika membaca al-Quran.

Namun mengatakan seseorang yang tidak mempelajari ilmu tajwid adalah haram dan berdosa membaca al-Quran adalah kenyataan yang tidak berasas dan melampau. Ini boleh melemahkan semangat orang yang baru ingin mengenali Al-Quran. Bahkan boleh menjauhkan orang dari membaca Al-Quran.

Bukankah Nabi SAW bersabda :

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ

Maksudnya: “Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran bersama al-Safarah al-Kiram al-Bararah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran.” Riwayat Muslim no 798 & Ibn Majah no 3779.

 

 

Dengan adanya motivasi ini maka seseorang akan tergerak untuk memperbaiki bacaan Al-Qurannya. Mengatakan haram dan berdosa membaca al-Quran tanpa mempelajari ilmu tajwid sekaligus akan menjauhkan orang dari mendekati Al-Quran.

Kami telah mengulas dengan lebih panjang dalam beberapa ruangan artikel. Boleh layari pautan berikut.

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4409-irsyad-al-fatwa-siri-ke-482-hukum-membaca-al-quran-dengan-bertajwid

Kami banyak kali menyebut, jangan sesekali mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan konterversi. Jika hendak mengajak orang ke kelas tajwid anda sekali pun, jangan keluarkan hukum yang sebegitu apatahlagi ianya tidak ada asasnya.

 


Sumber : Twitter Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Back To Top


Experience the unforgetable Experience


Copyright © BIZMILLA TRAVEL & TOURS [F]