Sejarah
Idea MengajiOnline.com Muncul!
Idea MengajiOnline.com ini adalah idea dari 2016 semenjak Ust Akram pulang dari Jordan. Ust Akram bila balik dari Jordan dah pasang vission untuk cari apa-apa peluang yang boleh dibuat atau perniagaan yang ada dua indicator :
- Boleh bagi impact kepada dunia dan orang ramai ; bukan biasa-biasa impian dia ye.
- Yang boleh sibukkan diri dengan ilmu atau al-Quran
Ada dua idea yang muncul pada waktu itu.
Pertama ada adalah idea untuk buat apps Ai iaitu voice recognation untuk bacaan al-Quran dan sistem Ai ini akan dapat detect bacaan dengan tepat. Ketika itu Ust Akram lantik satu syarikat daftar patern untuk research dan didapati belum ada platform yang buat sistem itu. Kiranya kalau berjaya buat pada tahun tersebut, MengajiOnline.com akan jadi yang pertama di dunia ada sistem voice recognation tersebut.
Kedua adalah booking system untuk kelas mengaji dalam satu aplikasi al-Quran. Iaitu satu platform yang pelajar dan guru boleh match-making untuk mengaji al-Quran dan subjek-subjek agama yang lain sama ada secara online ataupun offline. Kedua-dua ini boleh dibuat dalam satu apps yang sama.
Cubaan Mendapatkan Investor
Memandangkan idea ini untuk 2016 itu dikira memang futuristic gila lah orang cakap. Semua orang yang Ust Akram jumpa akan puji dan suka dengan idea tersebut. Ye lah, benda baru kan dan sangat memberi impak kepada masyarakat dan ummat. Sangat inovatif!
Waktu ini saya belum tahu lagi aplikasi Grab adalah hampir sama model bisnes dengan apa yang saya nak cuba buat sehingga lah akhir-akhir 2016 – dah 3 bulan balik Malaysia, baru tahu. Itupun kakak yang perkenalkan platform ini.
Bermula 2017 Ust Akram cuba siapkan idea tu. Mula dengan tulis, lepas tu lukis, kemudian baru cari orang untuk draf design (tu pun minta budak intern yang tolong buat, punya lah takda duit pada ketika itu..huhu).
Yang penting ada gambaran fungsi bagaimana apps itu nak berfungsi supaya boleh tunjuk kepada investor. Apabila berjumpa dengan orang yang berpotensi untuk invest, semua cakap bagus dan terbaik tapi tiada seorang pun yang bagi duit untuk invest. Pujian bagus dan terbaik tidak boleh nak bayar gaji staff execute idea ni. Memang takda rezeki ketika itu.
Di samping mencari investor tu, proses perniagaan dan set up hantar guru ke rumah ini memang berjalan. Cuma susah nak grow, dengan kapasiti yang terhad. Gerak pulak seorang diri. Nak buat
website pun tak mampu. Bajet hanya ada duit untuk beli domain sahaja pada ketika itu. Apa yang ada, run sahaja. At least boleh dapat pengalaman, skill, ilmu, dan networking untuk digunakan pada masa akan datang.
Teruskan sahaja idea Booking System manual untuk kelas offline
Untuk permulaan sebelum idea nak capai vission teknologi tu, Ust Akram cuba untuk buat melalui manual secara offline iaitu hantar guru ke rumah pelajar bermula semenjak 2016 iaitu ketika awal-awal idea ini muncul.
Ketika usaha ini dijalankan, Ust Akram sedang menyambung pengajian master dalam bidang Usul Fiqh di UIAM. Memang balik Jordan terus sambung master. Biasanya kalau kerja dulu atau tangguh-tangguh ni, memang tak sambung master lah jawabnya. Itu yang terus ambik master tu.
Oleh kerana cabaran logistik dan nak dapatkan guru yang berkualiti menjadi cabaran utama. Banyak cabaran terpaksa hadapi bila buat kelas secara offline ni. Akhirnya tak mampu nak survive, tutup pada pertengahan 2018.
2018 terpaksa tutup dan hold dulu impian
Oleh kerana tak boleh survive dan investor pun takda yang buat payment, jadi terpaksa cari jalan lain at least untuk diri sendiri survive dahulu. Tak guna nak capai tentang idea masa depan kalau untuk hari ni pun tak boleh nak survive. Jadi memang kena cari kerja lain dahulu – sambil-sambil kemaskan apa yang tak menjadi sebelum ni.
Ada nampak kawan post untuk jual al-Quran tepi jalan. Dalam kepala memang nak kerja dengan orang lain dahulu, kumpul duit dan nak buat balik idea MengajiOnline.com awal-awal tu – hopefully takda lah orang yang buat lagi..huhu
Namun, peluang untuk menjual tepi jalan atau secara offline ni satu pengalaman baru dan ilmu baru yang menarik. Mana tahu kurang-kurang one day kalau lah memang ditakdirkan tetap takda masa depan juga, at least tahu lah macam mana nak menjual tepi jalan, kan? Tak boleh lama sebab hujung tahun dah nak kahwin. Duit takda, kerja takda, memang berjimat habis lah.
Family pun siap tolong cari kerja sana-sini, mohon kerajaan, jadi lecturer dan macam-macam sebab nampak macam ‘takda masa depan betul budak ni..haha’ atau tak nampak hala tuju. Family pun tak tahu dan mungkin juga tak faham pun direction apa yang saya nak buat dalam hidup ni (haha..). Just diam dan angguk sahaja.
Idea, visssion, direction untuk apa yang saya buat untuk bagi impact pada dunia tu memang saya nampak dan sangat percaya. Kekangan duit, resources sangat memberi kesan.
Cubaan buat comeback 2019 dan kemaskan infra
Lepas kahwin hujung 2018, takda kerja apa-apa. Jadi plan tu nak start semula idea MengajiOnline.com untuk kemaskan dan boleh grow, inshaAllah. Time ni masa nak start ni menumpang kejap dekat rumah mentua. Waktu susah ni macam-macam idea datang nak buat balik idea MengajiOnline.com
Tak semena-mena ada member offer untuk jadi partner kepada satu bisnes madu. Walaupun idea MengajiOnline.com ni memang dah ready nak gerak tapi kerana nak fokus kepada stability dahulu, jadi ambil lah peluang tersebut. Sebab baru kahwin kan. Jaga anak orang, jadi kena lah ada income yang lebih terjamin untuk sementara waktu.
Ketika pertengahan 2019 itu lah Ust Akram dapat idea untuk bantu lebih ramai orang mengaji dengan pendekatan pelajar boleh tetapkan yuran sendiri ikut kemampuan. Supaya kelas mengaji ni tidak hanya kepada orang ada duit atau orang ada-ada sahaja. Hampir 9 bulan juga kemaskan infra untuk buat come back semula.
Awal 2020 start kick off VS Covid-19
Awal Januari 2020 saya ada minta tolong kawan buat website MengajiOnline.com. Saya share direction untuk tolong orang mengaji al-Quran. Saya cakap dekat dia yang dalam akaun saya ada dalam RM 1,000 lebih macam tu ja. Kalau dia boleh buat website cas dalam RM 500 macam tu pun saya ok. Walaupun ketika itu masih bekerja dengan orang, tapi idea untuk bantu orang ramai dan nak khidmat kepada al-Quran tu memang tinggi.
Ditakdirkan Allah pada ketika itu Covid-19 pun masuk Malaysia. Alhamdulillah platform MengajiOnline.com terus dapat sambutan. Semakin hari-semakin ramai orang nak belajar al-Quran secara online pada ketika itu.
Yang sebelum Covid-19 saya adalah dalam beberapa orang pelajar yang belajar secara online. Siapa sangka dari situ MengajiOnline.com jadi sebegini besar sehingga sekarang.