Tentang
Why MengajiOnline.com So Different & Unique?
MengajiOnline.com mudah difahami sebagai platform untuk mengaji agama dengan yuran pelajar boleh tetapkan sendiri mengikut kemampuan, pada bila-bila masa, dan di mana sahaja dengan pelbagai pilihan agamawan yang berkualiti.
Vission di MengajiOnline.com adalah "Akhirat Diutamakan, Dunia Tidak Ditinggalkan."
Selepas ini anda akan lihat bagaimana vission seorang leader akan memberi manfaat dan impak kepada sebarang perancangan di bawah syarikat. Cara kami execute vission di atas melalui 3 misi yang penting yang ada dalam Surah Faatir : 29 kerana ini adalah perniagaan yang selamanya tidak akan rugi dan BOLEH DIBAWA MATI!
1. Mengaji Al-Quran – ini lah yang kita buat di MengajiOnline.com
2. Solat
3. Infaq secara private atau pun public
Kenapa yuran pelajar boleh tetapkan sendiri ikut kemampuan?
Asalnya dahulu kelas yang Ust Akram balik dari Jordan uruskan untuk kelas personal harganya lebih dan kurang dari RM 300 sebulan. Namun apabila standard market harga seperti itu di KL, ada pelajar yang dapat hidayah dan berubah dan memang serius nak mengaji al-Quran akhirnya terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana kekangan kewangan.
Terdetik dalam hati saya bermonolog, “sekiranya pelajar itu miskin dan tidak ada duit bermakna dia tidak boleh mengaji al-Quran. Hanya orang kaya-kaya dan berkemampuan sahaja berpeluang untuk mengaji al-Quran. Orang miskin biarlah terkontang-kanting cari kelas sana-sini cari kelas yang percuma.”
Saya rasa macam tak best dan macam tak kena pula macam tu. Rasa macam dakwah al-Quran ini untuk dijual beli.
Mungkin kita boleh berbincang dan berbahas tentang keharusan ambil upah untuk bayar komitmen yuran mengaji bagi membayar kos-kos utilities, pejabat dan lain-lain. Namun sesuatu perlu dilakukan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk mengaji al-Quran. Dari situ lah datangnya idea pelajar boleh “tetapkan yuran sendiri ikut kemampuan.”
Bagaimana ust nak kawan kos tu, nanti ust fikir dan ikhtiarkan kemudian – risk manager, not risk taker. Yang penting objektif orang berpeluang dapat mengaji al-Quran itu yang utama. Baik kelas personal mahupun berkumpulan, asalkan pandai mengaji.
Results dan pencapaian:
Alhamdulillah setakat 2 tahun 9 bulan (ketika artikel ini ditulis), kita telah berhasil mencapai kejayaan
berikut :
✅ Kami telah membantu lebih 25,000 pelajar dalam 2 tahun
✅ Pelajar MengajiOnline.com terdiri dari 30 buah negara dalam tempoh 2 tahun
✅ Lebih 2,000 tenaga pengajar MengajiOnline.com yang terlatih
✅ Mempunyai sistem aplikasi yang menguruskan kelas secara sistematik, report kelas yang tersusun
✅ Mendapat rating 5 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ dalam aplikasi IOS dan Google Play
✅ Liputan media dari radio IKIM, TV9, TV al-Hijrah, artis tempatan
✅ Liputan surat khabar Harian Metro, Sinar Harian, Kosmo dan banyak lagi
✅ Rakan kerjasama kami adalah Pertubuhan Kasih Neelofa, aplikasi The Noor, Quran Hour, Rumah Ngaji, Qalby apps by Mizz Nina dan ramai lagi
Notes:
Platform MengajiOnline.com adalah satu ekosistem pengajian Islam yang lengkap dan efisen dan merupakan ‘product entry’ bagi big vission yang Ust Akram nak bawa dan bagi impact yang positif kepada dunia.