Dasar Privasi / Privacy Policy
Dasar Privasi ini dan lampiran-lampirannya (“Dasar“) menerangkan bagaimana Mengaji Online.com,syarikat-syarikat subsidiari, syarikat-syarikat bersekutu, dan entiti-entiti yang dikawal bersama (secara kolektif “Mengaji Online.com” atau “kami“) mengumpul, menggunakan, memproses dan menzahirkan Data Peribadi anda melalui penggunaan Aplikasi dan Laman Web Mengaji Online.com (termasuk semua aplikasi telefon mudah alih dan laman web yang dikendalikan oleh Mengaji Online.com (masing-masing “Aplikasi” dan “Laman Web“), produk-produk, ciri-ciri dan perkhidmatan lain di seluruh dunia (secara kolektif, “Perkhidmatan“).
Dasar ini terpakai kepada pelanggan,pelajar,guru, ejen, vendor, pembekal,dan perkhidmatan (secara kolektif, “anda”).
“Data Peribadi” adalah sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda atau di mana anda boleh dikenal pasti. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, kewarganegaraan, nombor telefon, butiran bank dan kad kredit, kepentingan atau minat peribadi, alamat e-mel, imej, nombor pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan, data biometrik, bangsa, tarikh lahir, status perkahwinan, agama anda.
I. PENGUMPULAN DATA PERIBADI
Kami mengumpul Data Peribadi tentang anda melalui cara-cara yang disenaraikan di bawah. Kami juga mungkin menggabungkan Data Peribadi yang dikumpul dengan Data Peribadi lain dalam simpanan kami. Sekiranya anda adalah mempunyai beberapa hubungan dengan kami (contohnya jika anda menggunakan lebih daripada satu Perkhidmatan kami, atau jika anda adalah kedua-duanya seorang pelajar/pelanggan dan juga seorang pelajar di platform kami atau seorang pelanggan kami bagi bidang perniagaan kami yang lain), kami akan menghubungkan Data Peribadi anda yang dikumpulkan melalui pelbagai hubungan tersebut untuk memudahkan penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda dan bagi Tujuan yang diterangkan di bawah.
Anda memberikan Data Peribadi anda kepada kami
Kami mengumpul Data Peribadi anda apabila anda memberikannya kepada kami secara sukarela. Sebagai contoh, anda memberikan Data Peribadi anda kepada kami apabila anda:
- mengisi profil pengguna atau borang pendaftaran (seperti nama, maklumat perhubungan dan maklumat pengenalan lain di mana diperlukan);
- memberikan maklumat untuk menilai kelayakan anda untuk membekalkan perkhidmatan sebagai pelajar atau sebagai tenaga pengajar(seperti maklumat peripadi, maklumat perbankan dan keputusan pemeriksaan latar belakang anda (sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang));
- berinteraksi dengan halaman-halaman media sosial kami (seperti ID akaun media sosial, foto profil dan data lain anda yang tersedia untuk umum);
- mengambil bahagian dalam pertandingan atau acara yang dianjurkan oleh kami (seperti gambar, fail audio, atau video yang anda kemukakan, dan yang mungkin termasuklah imej-imej anda sendiri);
- mengisi maklumat demografi dalam kaji atau soal selidik (seperti status perkahwinan, pekerjaan dan maklumat pendapatan); dan
Dalam keadaan tertentu, anda mungkin perlu memberi Data Peribadi anda untuk mematuhi keperluan undang-undang atau obligasi kontraktual, atau di mana Data Peribadi anda adalah diperlukan untuk mencapai suatu kontrak. Kegagalan untuk memberi Data Peribadi dalam keadaan sedemikian mungkin menyebabkan kegagalan untuk mematuhi keperluan undang-undang atau obligasi kontrak, atau ketidakupayaan untuk berkontrak dengan anda, mengikut mana yang berkenaan.
Apabila Perkhidmatan kami digunakan
Data Peribadi mungkin dikumpul melalui operasi biasa Perkhidmatan kami. Beberapa contoh adalah:
- maklum balas, penarafan dan pujian;
- maklumat transaksi (seperti kaedah pembayaran dan jarak perjalanan);
- maklumat mengenai bagaimana anda berinteraksi dengan Aplikasi, Laman Web atau Perkhidmatan kami (seperti ciri-ciri yang digunakan dan kandungan yang dilihat);
- maklumat peranti (seperti model perkakasan dan nombor siri, alamat IP, nama dan versi fail dan pengenal iklan; atau apa-apa maklumat yang boleh memberi indikasi pengubahsuaian peranti atau aplikasi);
- data peribadi yang anda masukkan dalam mesej apabila anda menggunakan ciri-ciri komunikasi dalam Aplikasi kami; dan
- data peribadi yang mungkin dikumpul melalui interaksi anda dengan ejen kami, rakaman audio dan / atau video dalam pembelajaran/pengajaran yang anda terlibat (seperti gambar atau suara atau kedua-duanya, dan metadata yang berkaitan.
Dari sumber-sumber lain
Apabila kami mengumpul Data Peribadi, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, maklumat perhubungan dan maklumat pengenalan anda yang lain di mana diperlukan, daripada sumber-sumber lain, kami memastikan bahawa data tersebut dipindahkan kepada kami mengikut undang-undang yang terpakai. Sumber-sumber tersebut termasuk:
- program-program rujukan;
- rakan-rakan kongsi perniagaan kami, seperti rakan-rakan kongsi fleet, pembekal-pembekal pembayaran, rakan-rakan kongsi ride-hailing dan rakan-rakan kongsi pengangkutan;
- pembekal insurans dan kewangan;
- biro kredit dan agensi pelaporan kredit lain;
- sumber data yang tersedia untuk umum;
- sumber data kerajaan;
- apabila pengguna kami memberikan maklumat anda sebagai orang hubungan kecemasan; dan
- pembekal atau rakan kongsi perkhidmatan pemasaran.
Data Peribadi Sensitif
Sebahagian Data Peribadi yang kami kumpul mungkin bersifat sensitif. Ini termasuklah maklumat seperti bangsa, maklumat ID nasional, kepercayaan agama, maklumat latar belakang (termasuk catatan kewangan dan jenayah, di mana dibenarkan oleh undang-undang), maklumat kesihatan, kecacatan, status perkahwinan dan data biometrik anda, sebagaimana yang berkenaan. Kami hanya mengumpul maklumat ini dengan persetujuan anda dan/ atau dengan cara yang mematuhi undang-undang yang terpakai.
Data peribadi individu bawah umur
Sekiranya Data Peribadi individu bawah umur (iaitu, individu di bawah umur 18 tahun) dizahirkan kepada Mengaji Online.com, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan pemprosesan Data Peribadi tersebut sebagai ibu bapa atau penjaga sah individu bawah umur tersebut (atau bersetuju untuk mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga sah individu bawah umur tersebut) dan seterusnya menerima dan memberi persetujuan untuk terikat dengan Dasar ini dan bertanggungjawab atas tindakan individu tersebut.
Sekiranya anda adalah individu bawah umur tetapi ingin memberi data peribadi anda kepada Mengaji Online.com, anda bersetuju dan mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan ibu bapa atau penjaga sah anda untuk terikat kepada Dasar ini terlebih dahulu.
Apabila anda memberikan data peribadi individu lain kepada kami
Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin memberikan Data Peribadi individu-individu lain (seperti pasangan, ahli keluarga atau rakan) kepada kami. Sebagai contoh, anda mungkin memberikan maklumat mereka sebagai orang hubungan kecemasan anda. Sekiranya anda memberi Data Peribadi mereka kepada kami, anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah memperolehi persetujuan mereka supaya Data Peribadi mereka dikumpulkan, digunakan, diproses dan dizahirkan seperti yang dinyatakan dalam Dasar ini.
II. PENGGUNAAN DATA PERIBADI
Mengaji Online.com mungkin menggunakan, menggabungkan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan“).
Membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan dan ciri-ciri
Data Peribadi Anda akan digunakan untuk membekalkan, memperibadikan, mengekalkan dan menambah baik Aplikasi, Laman Web dan Perkhidmatan kami. Ini termasuklah penggunaan Data Peribadi anda untuk:
- memberikan anda Perkhidmatan merentasi pelbagai perniagaan kami;
- melibatkan diri anda untuk membekalkan Perkhidmatan;
- mencipta, mentadbir dan mengemas kini akaun anda;
- melaksanakan pemeriksaan ketelitian wajar;
- mengesahkan identiti anda;
- Mengesahkan umur anda (di mana diperlukan);
- mengesahkan perjalanan pembelajaran anda dan memproses bayaran anda;
- mengesan progres perjalanan kelas anda dan mengesan variasi perjalanan kelas yang luar biasa;
- menjadikan pengalaman anda lebih lancar, seperti mengisi maklumat pendaftaran anda secara automatik (seperti nama atau nombor telefon anda) dengan maklumat yang telah anda isi bagi pendaftaran untuk satu Perkhidmatan apabila anda ingin mendaftar untuk Perkhidmatan lain atau apabila anda menyertai dalam soal selidik kami;
- operasi dalaman yang diperlukan untuk membekalkan Perkhidmatan kami, termasuk penyelesaian masalah ralat perisian dan masalah operasi, menjalankan analisis data, pengujian dan penyelidikan, memantau dan menganalisis penggunaan dan trend aktiviti;
- melindungi keselamatan atau integriti Perkhidmatan dan sebarang kemudahan atau peralatan yang digunakan untuk membekalkan Perkhidmatan;
- memproses dan mengurus mata ganjaran anda;
- membolehkan komunikasi antara pengguna kami;
- proses, mengurus atau mengesahkan permohonan promosi, ganjaran dan langganan anda dengan Mengaji Online.com;
- membolehkan rakan kongsi kami mengurus dan memperuntukkan sumber-sumber fleet; dan
- untuk membekalkan perkhidmatan kepada anda sebagai seorang pemproses data, di mana anda telah memberikan persetujuan kepada pengawal data yang berkenaan agar perkhidmatan tersebut diberikan (iaitu organisasi daripada siapa anda membeli barang atau perkhidmatan, dan bagi pihak siapa Mengaji Online.com membekalkan perkhidmatan).
Keselamatan
Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk memastikan keselamatan Perkhidmatan kami dan semua pengguna. Ini termasuk:
- pemeriksaan pemandu dan rakan kongsi penghantaran sebelum membolehkan penggunaan Perkhidmatan kami;
- mengesahkan identiti anda apabila anda log masuk ke Mengaji online.com;
- menggunakan peranti, lokasi, profil, penggunaan dan Data Peribadi lain untuk mencegah, mengesan dan memerangi penipuan atau aktiviti yang tidak selamat;
- berkongsi link dan butiran pengajar dan pelajar apabila butang kecemasan atau ciri “Share My Teacher” diaktifkan;
- memantau pematuhan dengan terma dan syarat kami, dasar-dasar kami dan Tatakelakuan Pengajar kami (Teacher’s Code of Conduct); dan
- mengesan, mencegah dan mendakwa jenayah
Sokongan pengguna
Kami menggunakan Data Peribadi untuk menyelesaikan isu-isu sokongan pengguna. Sebagai contoh, kami mungkin:
- menyiasat dan menangani kebimbangan anda;
- memantau dan menambah baik respons sokongan pengguna kami;
- menjawab soalan, komen dan maklum balas; dan
- memaklumkan anda mengenai langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan isu-isu sokongan pengguna.
Penyelidikan dan pembangunan dan keselamatan
Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi yang kami kumpulkan untuk ujian, penyelidikan, analisis dan pembangunan produk. Ini membolehkan kami memahami dan menganalisis keperluan dan keutamaan anda, melindungi data peribadi anda, memperbaiki dan menambah baik keselamatan Perkhidmatan kami, membangunkan ciri-ciri baharu, produk dan perkhidmatan, dan memudahkan solusi insurans dan kewangan.
Tujuan undang-undang
Kami mungkin menggunakan Data Peribadi yang kami kumpulkan untuk menyiasat dan menyelesaikan tuntutan atau pertikaian, atau sebagaimana yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai.
Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi anda apabila kami dikehendaki, dinasihatkan, disyorkan, dijangka atau diminta berbuat demikian oleh penasihat undang-undang kami atau mana-mana pihak berkuasa perundangan, pihak berkuasa, kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau asing.
Sebagai contoh, kami boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk:
- mematuhi perintah mahkamah atau keperluan undang-undang, kerajaan atau peraturan lain;
- menguatkuasakan Syarat Perkhidmatan kami atau perjanjian lain; dan
- melindungi hak atau harta kami sekiranya berlaku tuntutan atau pertikaian.
Kami juga mungkin menggunakan Data Peribadi anda berkaitan dengan penggabungan, pengambilalihan, usaha sama, penjualan aset syarikat, penyatuan, penstrukturan semula, pembiayaan, transaksi aset perniagaan, atau pengambilalihan semua atau sebahagian daripada perniagaan kami oleh syarikat lain.
Pemasaran dan promosi
Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk memasarkan produk, perkhidmatan, acara atau promosi para penaja dan pengiklan vendor dan Mengaji Online.com. Sebagai contoh, kami mungkin:
- menghantar makluman, surat berita, berita terkini, risalah, bahan promosi, keistimewaan, salam perayaan; dan
- memaklumkan, menjemput dan menguruskan penyertaan anda dalam acara atau aktiviti kami;
Kami mungkin menyampaikan pemasaran sedemikian kepada anda melalui pos, panggilan telefon, perkhidmatan mesej ringkas, interaksi dalam App (“in-app engagement”), perkhidmatan pesanan dalam talian, serta pemberitahuan push, melalui penyampaian tangan dan melalui e-mel.
Jika anda ingin menghentikan langganan pemprosesan Data Peribadi anda untuk pemasaran dan promosi, anda boleh klik pada pautan ‘Unsubscribe’ dalam e-mel atau mesej yang berkaitan. Sebagai alternatif, anda juga boleh mengemas kini pilihan anda dalam tetapan Aplikasi kami.
Penyediaan Data Peribadi anda kepada kami adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Data Peribadi anda atau jika Data Peribadi yang diberikan kepada kami apabila diminta tidak lengkap, ini mungkin menjejaskan keupayaan kami untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas dan kemampuan anda untuk menikmati pelbagai manfaat yang kami berikan di bawah Perkhidmatan yang disediakan.
III. PENZAHIRAN DATA PERIBADI
Kami perlu berkongsi Data Peribadi dengan pelbagai pihak untuk Tujuan. Pihak-pihak ini termasuk:
Pengguna lain
Sebagai contoh,
- Jika anda seorang pelajar, kami mungkin berkongsi data anda pada pengajar kami bagi melaksanakan permintaan anda supaya perkhidmatan dibekalkan berjalan lancar.
- Jika anda seorang pengajar, kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan pelajar anda termasuk nama dan imej anda,pengalaman dan tahap pendidikan anda…
- Jika anda menggunakan perkhidmatan chat dalam Aplikasi kami, kami mungkin berkongsi nombor telefon bimbit anda dan nama anda yang digunakan untuk berdaftar dengan Mengaji Online.com dengan pihak lain yang anda berbual melalui perkhidmatan chat tersebut.
Dengan anak-anak syarikat dan syarikat bersekutu
Kami berkongsi Data Peribadi dengan subsidiari kami, syarikat bersekutu, dan entiti kawalan bersama.
Dengan pembekal perkhidmatan
Kami mungkin membekalkan Data Peribadi kepada vendor, perunding, rakan kongsi pemasaran, firma penyelidikan, dan pembekal perkhidmatan atau rakan kongsi perniagaan kami. Ini termasuk:
- pemproses dan fasilitator pembayaran;
- pengutip hutang;
- biro kredit dan agensi pelaporan kredit yang lain;
- pembekal perkhidmatan pemeriksaan latar belakang dan anti-pengubahan wang haram;
- pembekal simpanan dalam awan;
- rakan kongsi pemasaran dan pembekal platform pemasaran;
- pembekal analisis data;
- rakan kongsi penyelidikan, termasuk yang menjalankan tinjauan atau projek penyelidikan dengan kerjasama Mengaji online atau atas pihak Mengaji online.com;
- rakan kongsi fleet dan rakan kongsi perdagangan;
- rakan kongsi insurans dan kewangan; dan
- perantara pihak ketiga yang terlibat dalam pelaburan dana yang diurus, seperti broker, pengurus aset dan penjaga;
- pembekal perkhidmatan yang melakukan perkhidmatan pengesahan identiti; dan
- rakan kongsi solusi-solusi kenderaan, vendor atau pembekal kenderaan pihak ketiga.
Dengan penasihat undang-undang dan pihak berkuasa kerajaan
Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan penasihat undang-undang kami, pegawai penguatkuasa undang-undang, pihak berkuasa kerajaan dan pihak ketiga yang berkenaan. Ini mungkin berlaku untuk memenuhi tujuan undang-undang (seperti yang disebutkan di atas), atau dalam mana-mana keadaan berikut:
- Di mana terdapatnya keperluan untuk bertindak balas terhadap kecemasan yang mengancam kehidupan, kesihatan atau keselamatan seseorang; atau
- Di mana perkongsian tersebut adalah diperlukan demi kepentingan awam (seperti contoh, dalam krisis kesihatan awam, untuk tujuan pengesanan hubungan dan perlindungan masyarakat kita)
IV. PENGEKALAN DATA PERIBADI
Kami mengekalkan Data Peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan yang tersebut dalam Polisi ini selain jika suatu tempoh penyimpanan yang lebih panjang adalah diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang. Apabila Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk Perkhidmatan atau Tujuan, atau kami tidak lagi mempunyai keperluan di bawah undang-undang atau keperluan perniagaan untuk mengekalkan Data Peribadi anda, kami mengambil langkah-langkah untuk memusnahkan, menghapuskan, memadamkan ciri-ciri pengenalan yang terdapat dalam Data tersebut atau mengelakkan akses atau penggunaan Data Peribadi bagi apa-apa tujuan selain daripada untuk memastikan pematuhan kepada Polisi, atau untuk tujuan-tujuan keselamatan, pencegahan dan pengesanan penipuan, bersesuaian dengan keperluan undang-undang yang terpakai.
V. PEMINDAHAN ANTARABANGSA DATA PERIBADI
Data Peribadi anda mungkin dipindahkan dari negara, negeri dan bandar yang anda berada semasa menggunakan Perkhidmatan kami (“Negara Asal“) ke negara, negeri dan bandar lain (“Negara Lain“).
Apabila kami memindahkan Data Peribadi anda dari Negara Asal ke Negara Lain, kami akan mematuhi obligasi undang-undang dan peraturan-peraturan mengenai Data Peribadi anda, termasuklah punyaan dasar yang sah untuk memindahkan Data Peribadi dan melaksanakan perlindungan yang sesuai untuk memastikan tahap perlindungan yang mencukupi bagi Data Peribadi. Kami juga akan memastikan bahawa penerima di Negara Lain diwajibkan untuk melindungi Data Peribadi anda pada standard perlindungan yang setanding dengan perlindungan di bawah undang-undang yang terpakai.
Dasar sah kami adalah sama ada persetujuan (iaitu kami mungkin meminta persetujuan anda untuk memindahkan Data Peribadi anda dari Negara Asal anda ke Negara Lain apabila anda memberi Data Peribadi anda) atau salah satu perlindungan yang dibenarkan oleh undang-undang.
VII. PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Kami akan mengambil langkah-langkah sah, organisasi dan teknikal yang munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda dilindungi. Ini termasuk langkah-langkah untuk mencegah kehilangan Data Peribadi, atau data tersebut daripada digunakan atau diakses dengan cara yang tidak dibenarkan. Kami menghadkan akses kepada Data Peribadi anda daripada kakitangan kami dengan asas “keperluan untuk mengetahui”. Mereka yang memproses Data Peribadi anda hanya akan melakukannya secara sah dan dikehendaki untuk mengendali maklumat anda secara rahsia.
Walau bagaimanapun, harap maklumbahawa penghantaran maklumat melalui internet tidak sepenuhnya selamat. Walaupun kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan Data Peribadi anda yang ditransmisikan melalui sebarang cara dalam talian, oleh itu, sebarang penghantaran tetap pada risiko anda sendiri.
VI. HAK ANDA MENGENAI DATA PERIBADI ANDA
Berikutan keperluan undang-undang dan peraturan yang terpakai, anda mungkin berhak:
- mengemukakan pertanyaan kepada kami mengenai pemprosesan Data Peribadi anda, termasuk supaya diberi sesalinan Data Peribadi anda;
- meminta pembetulan dan / atau (dalam beberapa kes) pemadaman Data Peribadi anda;
- dalam beberapa kes, meminta supaya pemprosesan Data Peribadi anda dihadkan, atau membantah pemprosesan tersebut;
- menarik balik persetujuan anda kepada pemprosesan Data Peribadi anda (di mana kami sedang memproses Data Peribadi anda berdasarkan persetujuan anda);
- meminta penerimaan Data Peribadi daripada atau penghantaran Data Peribadi yang telah anda berikan kepada kami di mana kami menggunakan Data Peribadi anda berdasarkan persetujuan atau perlaksanaan kontrak kepada organisasi lain, dalam format yang boleh dibaca oleh mesin; dan
- mengadu kepada pihak berkuasa mengenai perlindungan data peribadi jika hak anda yang berkenaan dengan Data Peribadi dilanggar, atau anda mengalami kerugian akibat pemprosesan Data Peribadi anda yang tidak sah.
Di mana anda diberi pilihan untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan kami, anda selalu boleh memilih untuk tidak melakukannya. Sekiranya kami telah meminta persetujuan anda untuk memproses dan anda kemudian memilih untuk menarik baliknya, kami akan menghormati pilihan tersebut bersesuaian dengan obligasi kami di bawah undang-undang yang terpakai.
Namun demikian, pilihan anda supaya tidak memberikan Data Peribadi anda kepada kami atau penarik balikan persetujuan anda kepada penggunaannya oleh kami boleh bererti bahawa kami tidak dapat melakukan tindakan yang diperlukan untuk mencapai tujuan pemprosesan yang dijelaskan dalam Bahagian II (Penggunaan Data Peribadi) atau bahawa anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan. Setelah anda memilih untuk menarik balik persetujuan anda, kami mungkin boleh terus memproses Data Peribadi anda setakat mana diperlukan atau diizinkan oleh undang-undang dan peraturan yang terpakai.
Sekiranya anda ingin membuat permintaan untuk melaksanakan hak-hak anda, anda boleh menghubungi kami melalui maklumat perhubungan kami yang dinyatakan dalam Bahagian X (Maklumat Perhubungan) di bawah.
Kami akan menyaring dan mengesahkan semua permintaan terlebih dahulu. Untuk mengesahkan kewibawaan anda untuk membuat permintaan tersebut, kami mungkin memerlukan anda memberikan maklumat atau dokumentasi sokongan untuk mengesahkan permintaan tersebut.
Setelah pengesahan tersebut, kami akan melaksanakan permintaan anda dalam jangka masa yang ditentukan oleh undang-undang yang terpakai.
IX. PINDAAN DAN KEMAS KINI
Kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma Dasar ini pada bila-bila masa dengan memuat naik Dasar yang telah dikemas kini di Laman Web. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami secara berterusan selepas muat naik tersebut, membeli produk dari Mengaji Online.com atau terus berkomunikasi atau terlibat dengan Mengaji Online.com berikutan pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan kepada Dasar ini, anda menandakan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan tersebut.
LAMPIRAN 1: ‘MENGAJI ONLINE FOR BUSINESS’
I. TAFSIRAN
Semua istilah bermula dengan huruf besar tetapi tidak ditakrifkan yang digunakan di sini membawa makna yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi Mengaji Onine.
Lampiran ini adalah sebahagian daripada Dasar Privasi Mengaji Onine. Sekiranya terdapat ketidakselarasan antara Dasar Privasi Mengaji Onine dan Lampiran ini, Lampiran ini akan terpakai.
II. HUBUNGAN MENGAJIONLINE DENGAN PENGGUNA DAN PELANGGAN
Bagaimana ‘Mengaji Online for Business’ berfungsi
‘Mengaji Online for Business’ dibekalkan sebagai ciri tambahan untuk memudahkan pengebilan korporat Pengguna yang Dibenarkan untuk penggunaan Perkhidmatan Mengaji Online dalam perjalanan kerja.Apabila sesebuah organisasi (“Pelajar“) memilih untuk menggunakan ‘Mnegaji online for Business’, Pengguna yang Dibenarkan diberi pilihan untuk menandakan perjalanannya atau transaksi-transaksi lain kepada Pelajar atau menandakannya sebagai perjalanan peribadi. “Pengguna yang Dibenarkan” dikenali sebagai seorang pelajar dalam Dasar Privasi Mengaji Online.
Sebagai sebahagian ciri ini, Mengaji Online akan mendedahkan maklumat terperinci mengenai perjalanan dan tempahan yang ditanda oleh Pengguna Yang Dibenarkan sebagai bagi tujuan perniagaan kepada Pelanggan. Selain daripada itu, Mengaji Online tidak mendedahkan Data Peribadi lain yang dipunyai Pengguna yang Dibenarkan kepada Pelanggan.
Sebagai alternatif, pengguna individu boleh memilih untuk membuat profil perniagaan di dalam App untuk memudahkan penandaan perjalanan yang berkaitan dengan perniagaan dan menjana laporan perjalanan yang disatukan untuk memudahkan penyerahan tuntutan daripada majikannya. Apabila digunakan dalam mod ini, proses tuntutan adalah didorong oleh pengguna dan majikan pengguna tidak perlu menjadi Pelanggan.
Untuk memudahkan rujukan, Pengguna yang Dibenarkan dan pengguna individu masing-masing akan dirujuk sebagai “Pengguna” dan secara kolektif sebagai “Pengguna” dalam Lampiran ini.
Mengaji Online adalah pengguna data, begitu juga Pelanggan kami
Berhubung dengan mana-mana Pengguna dan pemprosesan semua Data Peribadi mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada Data Perhubungan dan Data Portal), Mengaji Online bertindak sebagai seorang pengguna data. Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana Mengaji Online mengumpul, menggunakan dan menzahirkan Data Peribadi Pengguna, sila rujuk kepada Dasar Privasi Mengaji Online.
Oleh sebab cara Mengaji Online for Business berfungsi, Mengaji Online tidak memproses sebarang Data Peribadi untuk dan bagi pihak Pelanggan. Oleh itu,Mengaji Online bukanlah pemproses data Pelanggan, tetapi pengguna data bebas berkenaan dengan semua Data Peribadi yang diprosesnya dalam membekalkan ciri ‘Mengaji Online for Business’. Begitu juga, Pelanggan adalah pengawal data bebas Data Peribadi (contohnya Menghubungkan Data dan Data Portal) yang dizahirkan kepada dan / atau diterima daripada Mengaji Online.
Sebagai pengguna data bebas, MengajiOnline dan Pelanggan secara individu menentukan tujuan-tujuan dan cara-cara bagi memproses Data Peribadi, tertakluk kepada ketentuan yang terdapat dalam Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi ini. MengajiOnline dan Pelanggan juga bertanggungjawab secara individu untuk memastikan perlindungan Data Peribadi di bawah caj mereka.
III. APAKAH DATA PERIBADI YANG DIKUMPULKAN, DIPROSES DAN DIZAHIRKAN
Apakah yang Mengaji Online.com kumpul sebagai sebahagian ‘Mengaji Apps’
Bagi membekalkan ciri ‘Mengaji Apps’, pengguna individu atau Pelanggan akan diperlukan untuk memberi maklumat berikut mengenai Pengguna yang Dibenarkan kepada Mengaji online:
- Nama penuh;
- Alamat emel perniagaan; dan
- Maklumat lain yang mengenal pasti Pengguna yang Dibenarkan yang diminta secara munasabah oleh MengajiOnline.
Mengaji Online akan menggunakan maklumat ini bagi tujuan-tujuan:
- mengesahkan Pengguna;
- jika berkenaan, menghubungkan akaun Pengguna Dibenarkan dengan akaun ‘Mengaji apps’’ Pelanggan atau menjejaki tempahan profil perniagaan Pengguna yang Dibenarkan pada Aplikasi, mengikut mana-mana yang berkenaan;
- jika berkenaan, mengesahkan status Pengebilan Korporat Pengguna Yang Dibenarkan tersebut dari semasa ke semasa; dan
- menghubungi Pengguna mengikut tujuan-tujuan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi Mengaji Online.
Sebaik sahaja Pengguna tersebut dikendali ke App, mengaji online akan memproses Data Peribadi Pengguna selaras dengan Dasar Privasi Mengaji Online dan Lampiran ini.
Apa yang Mengaji Online zahirkan kepada Pelanggan
Mengaji Online akan menzahirkan maklumat perjalanan dan tempahan yang berkaitan seperti yang ditentukan oleh Mengaji Online.com dari semasa ke semasa kepada Pelanggan untuk memudahkan Pengebilan Korporat.
Apa yang Mengaji Online menzahir kepada pengguna individu
Bergantung pada tetapan profil perniagaan yang dipilih oleh pengguna individu, pengguna mungkin boleh mengambil dan menjanakan laporan yang mengandungi maklumat perjalanan dan tempahan berkaitannya.
IV. TANGGUNGJAWAB PIHAK-PIHAK
Pelanggan dan Pihak mengaji online haruslah masing-masing:
- secara individu, memaklum subjek data masing-masing bahawa bagaimana Data Peribadi mereka diproses dan membolehkan subjek data mereka menggunakan hak mereka di bawah undang-undang tempatan mengenai privasi data / perlindungan data;
- mematuhi kewajipan yang terpakai kepada setiap pihak di bawah undang-undang perlindungan data / privasi data yang terpakai apabila memproses sebarang Data Peribadi Pengguna Yang Dicadangkan atau Pengguna yang Dibenarkan;
- mendapatkan persetujuan yang diperlukan (jika berkenaan) untuk memudahkan pembekalan ciri ‘Mengaji Apps’; dan
- melaksanakan langkah-langkah undang-undang, teknikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi Data Peribadi daripada pemprosesan yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang dan mencegah kehilangan, pemusnahan, kerosakan, pengubahan, atau penzahiran yang tidak dibenarkan, serta sebarang pelanggaran atau percubaan pelanggaran langkah keselamatan setiap pihak (“Insiden Keselamatan Maklumat“).