skip to Main Content
Interaktif Terbimbing Berjemaah

Suburkan Jiwa & Perbaiki Bacaan, Bersama Jemaah Pecinta Al-Quran.

Sertai kelas berjemaah Iqra', Al-Quran, Fardhu Ain, dan Tadabbur secara online. Belajar bersama rakan-rakan di bawah bimbingan asatizah bertauliah, terus dari sistem MengajiOnline.

Kelebihan Belajar Berjemaah

Pengalaman belajar yang direka khas untuk pastikan anda kekal konsisten dan bermotivasi tinggi.

Suasana Positif & Bermotivasi

Belajar bersama rakan sekelas memberi semangat berterusan, daya saing sihat dan menghilangkan rasa segan untuk bertanya.

Yuran Lebih Berpatutan

Nikmati silibus kualiti premium dan bimbingan guru bertauliah dengan pelaburan yuran bulanan yang jauh lebih jimat.

Jadual Yang Konsisten

Disiplin masa ibadah yang lebih baik dengan jadual mingguan yang teratur dan ditetapkan khusus untuk kumpulan anda.

Pengurusan Kelas Sistematik

Semuanya di hujung jari. Akses pautan kelas, terima peringatan automatik melalui WhatsApp, dan semak rekod pembelajaran dengan mudah.

Pilihan Kelas Kami

Pilih Kelas Berjemaah Anda

Kami menawarkan pelbagai subjek mengikut tahap dan keperluan rohani anda. Tempat dalam setiap kumpulan adalah terhad!

Mula Di Sini

Iqra'

Bimbingan langkah demi langkah dari mengenal huruf sehinggalah bersedia untuk membaca Al-Quran. Sangat sesuai untuk bermula semula tanpa rasa segan.

Info Lanjut
Paling Popular

Al-Quran & Tajwid

Perbaiki dan perkukuhkan bacaan Al-Quran dengan asas tajwid yang betul sehingga lancar dan bertajwid.

Info Lanjut
Baiki Ibadah

Fardhu Ain

Perkukuhkan asas agama merangkumi Tauhid, Fiqh (Solat, Puasa, Zakat), dan Akhlak. Pembelajaran wajib untuk setiap Muslim dalam suasana yang santai dan interaktif.

Info Lanjut
Pengisian Jiwa

Tadabbur Al-Quran

Fahami makna di sebalik ayat yang anda baca setiap hari. Selami tafsir ringkas dan ibrah yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian anda.

Info Lanjut
Kisah Nabi

Tadabbur Kisah Nabi

Selami kisah para Nabi dan Rasul seperti yang dirakamkan di dalam Al-Quran. Ambil iktibar daripada perjuangan mereka untuk memperkukuh iman dan jati diri anda.

Info Lanjut
Akan Datang

Tahfiz Online

Bimbingan hafazan Al-Quran secara berkumpulan dengan kaedah yang tersusun dan mudah diikuti.

Info Lanjut
Akan Datang

Tarannum

Pelajari seni lagu bacaan Al-Quran dengan pelbagai maqam untuk memperindah bacaan anda.

Info Lanjut
Akan Datang

Bahasa Arab Komunikasi

Kuasai asas pertuturan Bahasa Arab untuk perbualan seharian, urusan jual beli, dan persediaan ibadah di Tanah Suci.

Info Lanjut

Cara Mula Belajar Berjemaah

Mulakan perjalanan ilmu anda dengan 4 langkah mudah dan sistematik.

1

Daftar & Pilih Kelas

Pilih subjek dan jadual kelas berjemaah yang paling sesuai dengan kelapangan masa anda.

2

Terima Peringatan

Sistem akan hantar peringatan automatik beserta pautan (link) kelas melalui WhatsApp & E-mel.

3

Join Kelas Live

Klik link untuk masuk ke kelas online. Terus mula belajar bersama ustaz/ustazah & rakan sekelas.

4

Jejak Kemajuan

Terima Kad Laporan Digital selepas kelas untuk pantau prestasi dan lihat rekod pembelajaran anda.

Apa Kata Pelajar Kelas Berjemaah Kami?

Sertai jemaah positif yang saling menyokong dalam perjalanan menuntut ilmu rohani.

"Dulu segan sangat nak mengaji seorang diri depan ustaz, bila masuk kelas group ni rasa seronok sebab ustaz sangat sporting dan kawan-kawan pun saling menyokong kalau ada yang tersangkut."

Puan Aishah

Pelajar Kelas Al-Quran

"Sistem MengajiOnline ni sangat mudah. Bila sampai masa, saya cuma klik link di WhatsApp terus masuk kelas, tak payah pening nak install app yang rumit. Kelas Fardhu Ain dia sangat jelas dan mudah faham."

Encik Faizal

Pelajar Fardhu Ain

"Kelas Story in the Quran membuka mata saya tentang sejarah dan kisah-kisah Nabi. Cara penyampaian ustaz sangat santai, macam dengar orang bercerita tapi sangat menusuk ke hati pengajarannya."

Puan Hidayah

Pelajar Tadabbur Kisah Nabi

Disokong & Diiktiraf Oleh

MDEC Logo TV Al-Hijrah Logo Harian Metro Logo Sinar Harian Logo QuranHour Logo

Sedia Untuk Belajar Bersama-sama?

Jangan bertangguh lagi. Kuota untuk setiap kelas berjemaah adalah terhad bagi memastikan kualiti pembelajaran terjaga. Pilih kelas anda hari ini!

Back To Top