skip to Main Content

"Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan"

Keluaran khas dari MengajiOnline sempena bulan Ramadan kali ini.

Download Percuma Edisi Terhad di bawah:

*Link download ebook akan terus diberikan selepas anda hantar borang. Link download juga dihantar secara automatik ke emel anda.

Di dalam ebook Sinopsis 30 Juzuk Al-Quran ini, anda akan dapat:

  • Rumusan disebalik kisah-kisah di dalam 30 juzuk al-Quran.
  • Perkaitan antara surah-surah dengan juzuk-juzuk al-Quran
  • Ayat-ayat di dalam surah yang boleh dijadikan amalan harian.

Firman Allah swt:

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

Maksudnya(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

Surah Muhammad (24)

Berdasarkan ayat tersebut dapat difahami bahawa  mereka yang membaca al-Quran tanpa menghayati inti pati al-Quran, maka jantung hatinya terkunci mati  untuk mendapat kebenaran kerana tidak mengetahui kandungan al-Quran.

Ia merupakan suatu kutukan terhadap mereka yang tidak berusaha mencapai kefahaman ketika membaca al-Quran.

Bahkan, ayat tersebut menunjukkan tuntutan ke atas manusia agar memahami dan menghayati inti pati al-Quran. [Tafsir adhwa’ al-Bayan tafsiral-Quran bi al-Quran (7/458)]. 

Disebalik kefahaman ayat tersebut, dapat juga  difahami bahawa sekiranya mereka membaca al-Quran dengan tadabbur, maka  jiwa-jiwanya  mereka akan diberikan kelapangan untuk menerima hidayah serta hikmah daripada Allah

Back To Top