skip to Main Content
PEGANG, WUDUKM, AL-QURAN

GURU MEMEGANG AL-QURAN TANPA WUDUK

Soalan:

Assalamualaikum Datoโ€™ Seri.ย  Saya merupakan seorang guru yang membekalkan mushaf Al-Quran ke sekolah-sekolah. Beberapa hari lalu, timbul isu seorang ustazah tidak mahu menggunakan mushaf tersebut kepada murid kerana murid-murid tidak mempunyai wudhuk.ย 

Sekolah kami merupakan salah satu sekolah teramai murid iaitu dalam 3000 pelajar dan satu kelas mempunyai 40 lebih orang murid. Jika disuruh berwudhuk sebelum memulakan pengajaran al-Quran dikhuwatiri masa habis dengan menunggu murid mengambil wudhuk sahaja.ย Adakah murid boleh sentuh al-Quran tanpa wudhuk atau boleh guna pelapik tangan sepertiย gloveย semasa pembelajaran al-Quran?

 

Jawapan:

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

ย ู„ู‘ูŽุง ูŠูŽู…ูŽุณู‘ูู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู’ู…ูุทูŽู‡ู‘ูŽุฑููˆู†ูŽ

Maksudnya:ย Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.

Surah al-Waqiah (79)

Imam Qurtubi menyebut di dalam kitabnya bahawa para ulama berbeza pendapat dalam hal menyentuh mushaf dalam keadaan tidak berwuduk, jumhur ulama melarang daripada menyentuhnya berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Amru bin Hazm RA. Dan ini merupakan pandangan mazhab Saidina Ali RA, Ibnu Masโ€™ud, Saad bin Abi Waqas, Said bin Zaid, Ataโ€™, al-Nakhaie serta mazhab fuqahaโ€™ daripada Malik dan Syafiโ€™e. (Lihatย Tafsir al-Qurtubi, 17/226)

 

Berkenaan memegang al-Quran ini telah kami jawab sebelum ini:

#847 Memegang Mushaf Tanpa Wudhuโ€™[1]

#848 Memegang Tafsir al-Quran Tanpa Wudhuโ€™[2]

#63 Membaca al-Quran Ketika Haid[3]

 

Berbalik kepada soalan di atas, kami nyatakan berkenaanย memegang al-Quran tanpa wudhuk telah menjadi khilaf ulama. Namun, jumhur ulama telah mengatakan bahawa seseorang yang ingin memegangkan al-Quran mestilah dalam keadaan berwudhuk. Akan tetapi dalam konteks ini, ia diperlukan untuk tujuan pembelajaran, maka ia dibolehkan.ย Hal ini juga sepertimana yang dijelaskan oleh Imam al-Dusuqi berkenaan perkara-perkara yang dilarang ketika haid menyebut:

ูˆูŽู…ูŽุณูู‘ ู…ูุตู’ุญูŽูู: ุฃูŽูŠู’ ู…ูŽุง ู„ูŽู…ู’ ุชูŽูƒูู†ู’ ู…ูุนูŽู„ูู‘ู…ูŽุฉู‹ ุฃูŽูˆู’ ู…ูุชูŽุนูŽู„ูู‘ู…ูŽุฉู‹ุŒ ูˆูŽุฅูู„ูŽู‘ุง ุฌูŽุงุฒูŽ ู…ูŽุณูู‘ู‡ูŽุง ู„ูŽู‡ู.

Maksudnya:ย โ€œDan memegang mushaf adalah dilarang jika dia bukan seorang guru atau pelajar. Akan tetapi, jika dia adalah guru atau pelajar, maka dibolehkan untuk memegangnya.โ€ย (Lihatย al-Syarh al-Kabir,ย 1/174)

Hal ini juga terpakai dengan kaedah:

ุฅูุฐูŽุง ุถูŽุงู‚ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽู…ู’ุฑู ุงุชู‘ูŽุณูŽุนูŽ

Maksudnya:ย โ€œSesuatu perkara itu apabila ia menjadi sempit, maka ia diperluaskan.โ€

 

Begitu juga, dibolehkan memegang al-Quran yang bertafsir tanpa wudhuk sepertimana pendapat yang zahir dari mazhab Maliki dan juga Hanbali. Disebutkan di dalamย Syarh Mukhtasar Khalilย oleh al-Imam al-Kharasyi al-Maliki:

ูŠูŽุฌููˆุฒู ู„ูู„ู’ู…ูุญู’ุฏูุซู ู…ูŽุณู‘ู ุงู„ุชู‘ูŽูู’ุณููŠุฑู

Maksudnya:ย Dibolehkan bagi mereka yang berhadas untuk menyentuh tafsir.ย (Lihatย Syarh Mukhtasar Khalil. 1/161)

Begitu juga disebutkan oleh al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi di dalam kitabnyaย al-Mughni:

ูˆูŽูŠูŽุฌููˆุฒู ู…ูŽุณู‘ู ูƒูุชูุจู ุงู„ุชู‘ูŽูู’ุณููŠุฑู ูˆูŽุงู„ู’ููู‚ู’ู‡ู ูˆูŽุบูŽูŠู’ุฑูู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุงู„ุฑู‘ูŽุณูŽุงุฆูู„ูุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ูููŠู‡ูŽุง ุขูŠูŽุงุชูŒ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูุŒ ุจูุฏูŽู„ููŠู„ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ โ€“ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ โ€“ ูƒูŽุชูŽุจูŽ ุฅู„ูŽู‰ ู‚ูŽูŠู’ุตูŽุฑูŽ ูƒูุชูŽุงุจู‹ุง ูููŠู‡ู ุขูŠูŽุฉูŒุ› ูˆูŽู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูŽุง ู„ูŽุง ูŠูŽู‚ูŽุนู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ุงุณู’ู…ู ู…ูุตู’ุญูŽููุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุซู’ุจูุชู ู„ูŽู‡ูŽุง ุญูุฑู’ู…ูŽุชูู‡ู

ย Maksudnya:ย Dan dibolehkan menyentuh kitab-kitab tafsir, fiqh, risalah-risalah yang lainnya sekiranya padanya terdapat ayat-ayat daripada Al-Quran berdalilkan bahawasanya Nabi SAW pernah menulis surat kepada maharaja Rom dan pada surat tersebut terdapat ayat Al-Quran kerana ia tidak dinamakan dengan mushaf dan tidak sabit keharaman padanya.ย (Lihatย ย Al-Mughni,ย 1/109)

Adapun di sisi mazhab Syafiโ€™e, yang sahih di sisi mereka adalah haram menyentuh dan membawa tafsir sekiranya ayat al-Quran lebih banyak dari tafsirnya. Sekira tafsirnya lebih banyak dari ayat al-Quran, maka hukumnya dibolehkan.

Akan tetapi, dalam menyelesaikan masalah ini juga, kami berpandangan sekiranya al-Quran tersebut dapat ditukar kepada al-Quran yang bertafsir, maka ia lebih baik dan keluar dari khilaf.

Kami akhiri dengan doa:

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽุง ุนูŽุจููŠู’ุฏููƒูŽุŒ ูˆูŽุจูŽู†ููˆู’ ุนูŽุจููŠู’ุฏููƒูŽุŒ ูˆูŽุจูŽู†ููˆู’ ุฅูู…ูŽุงุฆููƒูŽุŒ ู†ูŽูˆูŽุงุตููŠู†ูŽุง ุจููŠูŽุฏููƒูŽุŒ ู…ูŽุงุถู ูููŠู’ู†ูŽุง ุญููƒู’ู…ููƒูŽุŒ ุนูŽุฏู’ู„ูŒ ูููŠู’ู†ูŽุง ู‚ูŽุถูŽุงุคููƒูŽุŒ ู†ูŽุณู’ุฃูŽู„ููƒูŽ ุจููƒูู„ู‘ู ุงุณู’ู…ู ู‡ููˆูŽ ู„ูŽูƒูŽ ุณูŽู…ู‘ูŽูŠู’ุชูŽ ุจูู‡ู ู†ูŽูู’ุณูŽูƒูŽุŒ ุฃูŽูˆู’ ุนูŽู„ู‘ูŽู…ู’ุชูŽู‡ู ุฃูŽุญูŽุฏู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฎูŽู„ู’ู‚ููƒูŽุŒ ุฃูŽูˆู’ ุฃูŽู†ู’ุฒูŽู„ู’ุชูŽู‡ู ูููŠ ูƒูุชูŽุงุจููƒูŽุŒ ุฃูŽูˆู’ ุงุณู’ุชูŽุฃู’ุซูŽุฑู’ุชูŽ ุจูู‡ู ูููŠ ุนูู„ู’ู…ู ุงู„ู’ุบูŽูŠู’ุจู ุนูู†ู’ุฏูŽูƒูŽุŒ ุฃูŽู†ู’ ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ุฑูŽุจููŠุนูŽ ู‚ูู„ููˆู’ุจูู†ูŽุงุŒ ูˆูŽู†ููˆุฑูŽ ุตูุฏููˆู’ุฑูู†ูŽุงุŒ ูˆูŽุฌูู„ูŽุงุกูŽ ุฃูŽุญู’ุฒูŽุงู†ูู†ูŽุงุŒ ูˆูŽุฐูŽู‡ูŽุงุจูŽ ู‡ูู…ููˆู’ู…ูู†ูŽุง.

Maksudnya:ย โ€œYa Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu, ubun-ubun kami di tangan-Mu, telah berlalunya keputusan-Mu, Engkau telah berlaku adil ke atas kami dalam keputusan-Mu. Kami memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau berikan pada diri-Mu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah satu makhluk ciptaan-Mu, atau yang telah Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang telah Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib-Mu, untuk menjadikan al-Quran sebagai penyejuk hati kami, cahaya di dada kami, penghilang kesedihan kami, penghapus kesusahan kami.โ€

 

 

[1]ย https://maktabahalbakri.com/847-memegang-mushaf-tanpa-wudhu/ย 

[2]ย https://maktabahalbakri.com/847-memegang-tafsir-al-quran-tanpa-wudhu/ย 

[3]ย https://maktabahalbakri.com/63-membaca-al-quran-ketika-haid/

Back To Top