SYUBHAH YANG DILEMPARKAN TERHADAP AL-QURAN Al-Quran adalah ciptaan Muhammad S.A.W Umum diketahui bahawa,…
MEMBACA AL-QURAN DI KUBUR
Soalan:
Assalamualaikum Datoโ Seri. Apakah hukum membaca al-Quran di kubur?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Umumnya, membaca al-Quran termasuk dalam ibadah dan merupakan sebaik-baik zikir. Bahkan Allah SWT mengangkat kedudukan suatu kaum dengan al-Quran. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Umar bin al-Khattab R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ุฅูููู ุงูููููู ููุฑูููุนู ุจูููุฐูุง ุงููููุฑูุขูู ุฃูููููุงู ูุง ููููุถูุนู ุจููู ุขุฎูุฑูููู.
Maksudnya:ย โSesungguhnya Allah mengangkat suatu kaum dengan al-Quran ini dan merendahkan kaum yang lain dengannya.โ
Riwayat Muslim (817); Ibn Majah (218); Ibn Hibban (772)
Maknanya, sesiapa yang beriman dengan al-Quran, memuliakan kedudukannya dan beramal dengannya, maka Allah SWT akan mengangkat kedudukannya di dunia dan akhirat serta mengurniakannyaย keโizzahanย dan kemuliaan, manakala sesiapa yang tidak beriman dengan al-Quran atau tidak memuliakan kedudukannya, maka Allah SWT akan merendahkan dan menghinakannya di dunia dan akhirat, sekalipun dia ada kedudukan atau kemuliaan pada kaca mata manusia. (Lihatย al-Mafatih fi Syarh al-Masabih, 3/67-68;ย Tatriz Riyadh al-Salihinย oleh Faisal bin โAbd al-โAziz al-Mubarak, hlm. 581).
Selain itu, terdapat riwayat daripada al-Nawwas bin Samโan R.A, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:ย
ูุคุชู ุจุงููููุฑูุขูู ููู ุงูููุงู ุฉ ููุฃููููููู ุงูููุฐูููู ูุงููุง ููุนูู ูููููู ุจูููุ ุชูููุฏูู ููู ุณููุฑูุฉู ุงููุจูููุฑูุฉู ููุขูู ุนูู ูุฑูุงูู. โ ููุถูุฑูุจู ููููู ูุง ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุซูููุงุซูุฉู ุฃูู ูุซูุงูู ู ูุง ููุณููุชูููููู ุจูุนูุฏู. โ ููุงูู: ููุฃููููููู ูุง ุบูู ูุงู ูุชูุงูู ุฃู ุธููููุชูุงูู ุณูููุฏูุงููุงูู ุจูููููููู ูุง ุดูุฑููู ุฃููู ููุฃููููููู ูุง ููุฑูููุงูู ู ููู ุทูููุฑู ุตูููุงููู ุชูุญูุงุฌููุงู ุนููู ุตูุงุญูุจูููู ูุง.
Maksudnya:ย โDidatangkan al-Quran pada hari kiamat bersama ahlinya (pembacanya) yang mengamalkannya (di dunia), didahului oleh Surah al-Baqarah dan Ali Imran. โ (Al-Nawwas berkata): Rasulullah SAW membuat perumpamaan untuk keduanya (Surah al-Baqarah dan Ali Imran) dengan tiga perumpamaan yang tidak akan aku lupakan selamanya โ Baginda bersabda: Kedua-duanya (akan datang) seperti dua awan tebal atau dua payungan hitam yang mana antara kedua-duanya ada sinaran (atau pancaran) cahaya atau kedua-duanya seperti dua pemisah pada kawanan burung yang membentangkan sayapnya dan berhujah untuk pemiliknya.โ
Riwayat Muslim (805)
Dapat difahami daripada lafaz โุงูููุฐูููู ูุงููุง ููุนูู ูููููู ุจูููโ dalam hadith di atas bahawa sesiapa yang membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya, maka mereka tidak termasuk dalam kalangan ahli al-Quran. Bukan itu sahaja, al-Quran juga tidak akan memberi syafaat kepada mereka, bahkan al-Quran itu pula menjadi hujah ke atas mereka โ dan bukannya hujah buat mereka. (Lihatย Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih, 4/1461).
Terdapat hadith yang menyatakan bahawa pada setiap ayat dan kalimat al-Quran ada pahala dan ganjaran buat sesiapa yang membacanya. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Abdullah bin Masโud R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:ย
ย ู ููู ููุฑูุฃู ุญูุฑูููุง ู ููู ููุชูุงุจู ุงููููุ ูููููู ุจููู ุญูุณูููุฉูุ ููุงููุญูุณูููุฉู ุจูุนูุดูุฑู ุฃูู ูุซูุงููููุงุ ููุง ุฃูููููู: {ุงูู } ุญูุฑูููุ ูููููููู ุฃููููู ุญูุฑูููุ ููููุงู ู ุญูุฑูููุ ููู ููู ู ุญูุฑููู
Maksudnya:ย โSesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran), maka baginya satu kebaikan (pahala). Dan satu kebaikan itu dilipat gandakan menjadi sepuluh kebaikan semisalnya. Tidaklah aku mengatakan: Alif, lam, mim itu satu huruf, akan tetapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf.โ
Riwayat al-Tirmizi (2910)
Menurut Majdi bin โAbd al-Wahhab al-Ahmad, pada lafaz โูุง ุฃูููู: ุขูู ุญุฑููโ terdapat suatu penegasan dan penjelasan bahawa setiap huruf daripada al-Quran ada pahala bagi membacanya. Bahkan janganlah menyangka bahawa โุงูู โ (Alif, lam, mim) itu adalah satu huruf, tetapi alif itu adalah satu huruf dan sepuluh kebaikan diberikan bagi membacanya, begitu juga lam itu satu huruf dan sepuluh kebaikan diberikan bagi membacanya, dan begitu juga mim itu satu huruf dan sepuluh kebaikan diberikan bagi membacanya. Justeru, pada hadith di atas terdapatnya anjuran untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran yang merupakan zikir yang agung, yang diberikan ganjaran pahala berlipat ganda (bagi sesiapa yang membacanya). (Lihatย Syarh Hisn al-Muslim, hlm. 52).
Tambahan lagi, al-Quran juga memberi manfaat kepada orang yang membaca dan mendengarnya. Oleh kerana itu, Allah SWT memerintahkan orang yang beriman untuk mendengar al-Quran dengan baik apabila ia dibacakan. Firman Allah SWT:
ููุฅูุฐูุง ููุฑูุฆู ุงููููุฑูุขูู ููุงุณูุชูู ูุนููุง ูููู ููุฃูููุตูุชููุง ููุนููููููู ู ุชูุฑูุญูู ูููู
Maksudnya:ย โDan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.โ
(Surah al-Aโraf: 204)
Bukan itu sahaja, malah Rasulullah SAW sendiri meminta para sahabat R.Anhum supaya memperdengarkan bacaan al-Quran kepada Baginda SAW. Terdapat hadith menyatakan bahawa Rasulullah SAW meminta Abdullah bin Masโud R.A membacakan al-Quran:
ุงููุฑูุฃู ุนูููููู. ููููุชู: ููุง ุฑูุณูููู ุงููููููุ ุขููุฑูุฃู ุนููููููู ููุนููููููู ุฃูููุฒูููุ ููุงูู: ููุนูู ู. ููููุฑูุฃูุชู ุณููุฑูุฉู ุงููููุณูุงุกู ุญูุชููู ุฃูุชูููุชู ุฅูููู ููุฐููู ุงูุขููุฉู: {ูููููููู ุฅูุฐูุง ุฌูุฆูููุง ู ูู ููููู ุฃูู ููุฉู ุจูุดููููุฏู ููุฌูุฆูููุง ุจููู ุนูููููฐ ููููฐุคูููุงุกู ุดููููุฏูุง}ุ ููุงูู: ุญูุณูุจููู ุงูุขูู. ููุงููุชูููุชูู ุฅููููููู ููุฅูุฐูุง ุนูููููุงูู ุชูุฐูุฑูููุงูู.
Maksudnya:ย โBacalah (al-Quran) kepadaku.โ Aku berkata: โWahai Rasulullah, adakah aku membacakan kepadamu, sedangkan ke atasmu ia diturunkan?โ Baginda bersabda: โYa.โ Lalu aku membaca surah al-Nisaโ sehingga aku sampai (bacaan) pada ayat ini:ย {ูููููููู ุฅูุฐูุง ุฌูุฆูููุง ู ูู ููููู ุฃูู ููุฉู ุจูุดููููุฏู ููุฌูุฆูููุง ุจููู ุนูููููฐ ููููฐุคูููุงุกู ุดููููุฏูุง}ย (Maksudnya: โMaka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?โ) [Surah al-Nisaโ: 41]. Baginda bersabda: โCukuplah sehingga ayat ini.โ Lalu aku menoleh ke arah Baginda, ternyata kedua-dua matanya menitiskan air mata.โ
Riwayat al-Bukhari (5050)
Maka, orang yang mendengar al-Quran jugaย mendapat pahala jika disertai dengan adab-adabnya dan menghayati bacaan al-Quranย tersebut. Walau bagaimanapun,ย pahala orang yang mendengar al-Quran tidak sama denganย orang yang membacanya. Ini kerana orang yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang lebih besar dan fadhilat daripada bacaannya tersebutย
sebagaimana hadith yang telah disebutkan di atas.
Membaca al-Quran di Kubur
Para ulamaโ berbeza pendapat berkenaan hukum membaca al-Quran di Kubur kepada dua pendapat:
Pertama:ย Pendapat yang Membenarkan
Tidak makruh untuk membaca al-Quran di kubur dan ini merupakan pendapat yang terpilih dalam mazhab Hanafi, salah satu pendapat dalam mazhab al-Syafiโi, mazhab Hanbali.
Imam al-Syaukani dalam Fath al-Qadir berkata: โUlamaโ berbeza pendapat berkenaan duduknya pembaca-baca al-Quran untuk membacanya di kubur, dan pendapat yang terpilih ialah ia tidaklah makruh (Lihatย Fath al-Qadir, 2/142)
Al-Mardawi berkata: โTidak dimakruhkan membaca al-Quran dikubur mengikut riwayat yang paling sahih antara dua riwayat dan ini merupakan mazhab kami.โ (Lihatย al-Insaf, 2/557)
Ibn Muflih berkata: โKata: Tidak dimakruhkan membaca al-Quran di atas kubur di kawasan perkuburan sebagaimana dinaskan, merupakan merupakan pendapat dalam mazhab, dikatakan ia adalah harus dan dikatakan juga ia adalah digalakkan.โ Lihatย al-Furuโ, 2/305)ย
Dalil yang membenarkan pendapat ini adalah sebagaimana riwayat Abu Bakar R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:ย
ู ููู ุฒูุงุฑู ููุจูุฑู ููุงููุฏููููู ุฃููู ุฃูุญูุฏูููู ูุง ููููู ู ุงูุฌูู ูุนูุฉู ููููุฑูุฃู ุนูููุฏููู {ูุณ} ุบูููุฑู ูููู
Maksudnya:ย siapa yang menziarahi kubur orang tuanya setiap hari Jumaat dan membaca disisi mereka surah Yasin, akan diampunkan dosanya.
Riwayat Ibn โAdiy dalamย al-Kamil fi al-Dhuโafaโย (5/151) , Abu Nuโaim dalamย Akhbar Asbahanย (2/323) dan Abd al-Ghani al-Maqdisi dalamย al-Sunan.ย Hadith ini dinilai maudhuโ oleh Ibn al-Jauzi dalamย al-Maudhuโatย (3/239)
Begitu juga dengan riwayat daripada Anas R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:ย
ย ู ููู ุฏูุฎูู ุงููู ูููุงุจูุฑู ููููุฑูุฃู ูููููุง ูุณ ุฎูููููู ุนูููููู ู ููููู ูุฆูุฐูุ ููููุงูู ูููู ุจูุนูุฏูุฏูููู ู ุญูุณูููุงุชู
Maksudnya:ย โSesiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca di dalamnya surah Yasin maka diringankan azab kepada ahli kubur di hari tersebut dan bagi mereka (orang yang membaca al-Quran) adalah memperoleh pahala kebaikanโย
Riwayat al-Thaโlabi dalamย al-Kasyf al-Bayanย (8/119). Hadith ini dinilaiย maudhuโย berdasarkan kitabย al-Silisilah al-Dhaโifahย (1246).ย
Hadith juga ini disebut oleh al-Zubaidi dalamย Ithaf al-Mutqinย (10/373) dan disandarkan kepada Abd al-Aziz penulisย al-Khalal.
Selain itu, terdapat juga riwayat daripada Ibnu Umar bahawa:
ย ุฃูููููู ุฃูููุตูู ุฅุฐูุง ุฏููููู ุฃููู ููููุฑูุฃู ุนูููุฏููู ุจูููุงุชูุญูุฉู ุงููุจูููุฑูุฉู ููุฎูุงุชูู ูุชูููุง
Maksudnya:ย โSesungguhnya beliau berwasiat bahawa apabila beliau dikebumikan, maka dibacakan disisinya dengan awal permulaan surah Al-Baqarah dan akhir surah Al-Baqarahโ.ย
Riwayat al-Tabarani dalam al-Muโjam al-Kabir (491), Ibn Maโin dalamย Tarikhnya (5238) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (6860)
Kedua:ย Pendapat Yang Tidak membenarkan
Antara pendapat yang memakruhkan membaca al-Quran di kubur ialah satu pendapat dalam mazhab Hanafi dan Maliki, riwayat daripada Imam Ahmad, dan pendapat ini dipilih oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah.
Hal ini kerana membaca al-Quran di kubur bukanlah daripada perbuatan Nabi SAW, para sahabat baginda R.Anhum, bukan juga daripada para salaf, dan tidak pernah disampaikan daripada sesiapapun dengan riwayat yang sahih dalam kalangan mereka berkenaan hal ini, dan ia adalah bidโah yang tidak diketahui asalnya. (Lihatย al-Insaf, 2/558;ย Hasyiah al-Dusuqi, 1/4233;ย al-Fatawa al-Kubra, 3/34)
Syeikh Muhammad bin Ahmad โUlaisy al-Maliki berkata, โDimakruhkan membaca al-Quran kepada orang yang mati, iaitu selepas kematiaanya, dan juga di atas kuburnya, kerana ia bukanlah amalan salaf al-soleh, dan ia juga menafikan tujuan mentadabbur al-Quran pada hal orang yang mati itu. (Lihatย al-Minah al-Jalil, 1/509).
Disebutkan dalamย al-Fatawa al-Kubraย bahawa bacaan al-Quran ketikaย pengembumian adalah perkara maโthur secara umumnya, tetapi selepas daripada itu, tidak ada athar atau riwayat berkenaannya. (Lihatย al-Fatawa al-Kubra,ย 3/25)
Syeikh Abdullah Al-Hamid memilih untuk tidak membenarkan pembacaan al-Quran di atas kubur. Beliau menyatakan dalam penjelasannya mengenai perkara yang dinyatakan dalam kitabย al-Raudh al-Murabbaโ: โTidaklah diharamkan pembacaan al-Quran di atas kubur.โ Ini adalah pendapat Mazhab Hanbali. Mereka membaca surah Yasin di kubur dan mereka berpendapat bahwa dengan membaca surah ini, mereka akan mendapatkan pahala dan kebaikan sesuai dengan jumlah huruf di dalamnya.
Mereka juga menyebut bahawa Ibn Umar menasihatkan untuk membaca Fatihah dan akhir surah Al-Baqarah di samping kuburnya. Namun, kita harus mengetahui bahawa ini adalah amalan bidโahย yang tidak ada asal padanya meskipun orang-orang menyebutkan hal ini, tetapi tidak ada bukti yang sahih daripada Nabi Muhammad SAW tentang hal ini, dan tidak seharusnya kita melakukan pembacaan di atas kubur atau di kawasan kuburan sama sekali. Semua tindakan ini adalah bidโah, dan riwayat-riwayat yang menyebutkan hal ini tidak memiliki dasar yang sahih.
Dan kita mengetahui bahwa jika Nabi Muhammad SAW menyebutkan hal seperti ini, maka hal itu pastilah ia akan sampai dalam kalangan masyarakat kerana ramai sahabat yang wafat di zaman Nabi SAW. Namun, tidak ada riwayat yang sahih yang menyatakan bahawa baginda membaca surah Yasin atau menyuruh para sahabat membacanya, dan tidak ada bukti juga daripada para Khalifah Khulafaโ al-Rasyidin atau yang lainnya. Semua ini hanyalah riwayat atau athar yang tidak memiliki dasar yang sahih.
Amalan yang benar adalah dengan kita boleh berdoa untuk mereka, seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW: โBerdirilah di sisi kubur saudaramu, mintalah ampun untuknya, dan mohonkan keteguhan baginya, kerana dia kini sedang ditanya.โ Ini adalah Sunnah. Tetapi membaca surahย Tabarakย (al-Mulk), Yasin, atau al-Baqarah di atas kubur adalah bidโah yang tidak ada asal padanya.โ (Lihatย Ikhtiyarat Syeikh Abdullah bin Hamid wa Araโahu al-Fiqhiyah, 2/86-87)
Selain itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke- 43/2019 pada 17-18 September 2019 bersamaan 17-18 Muharram 1441H, mengeluarkan fatwa berkenaan Bacaan Al-Quran Di Tanah Perkuburan: โTiada riwayat yang sahih daripada Nabi SAW melakukan atau menggalakkan upacara membaca al-Quran di kubur selepas pengebumian. Sebaliknya yang ada hanyalah amalan Ibn โUmar RA yang membaca al-Quran semasa proses pengebumian. Namun demikian riwayat ini dipertikaikan kesahihannya oleh sebahagian ulama hadis.
Dalam kalangan para ulama seperti al-Imam al-Syafiโie, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan selain mereka membolehkan membaca ayat-ayat al-Quran semasa pengebumian. Sementara para ulama yang lain seperti al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, satu riwayat daripada al-Imam Ahmad tidak mengharuskan bacaan al-Quran di perkuburan, bahkan dalam satu riwayat al-Imam Ahmad menganggapnya sebagai bidโah. Adapun membaca doa untuk si mati di kubur adalah sunnah Nabi SAW. Seseorang boleh membaca doa yang dipetik dari al-Quran ataupun hadis ataupun dari dirinya sendiri bagi mendoakan keampunan dan kebaikan untuk si mati.
Hal ini boleh dilakukan sama ada bersendirian atau mengaminkan doa orang lain. Maka dengan ini tiada sebarang dalil yang menyokong upacara membaca atau mengkhatamkan al-Quran selepas tamat proses pengebumian di kubur.
Adapun semasa pengebumian jenazah, telah berlaku khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Namun bagi orang yang hendak membaca al-Quran semasa pengebumian tidak boleh mengadakan kaifiat dan cara yang khusus kerana itu termasuk di dalam mengada-adakan perkara yang tidak mempunyai nas. Sebaliknya dia boleh membaca apa-apa ayat al-Quran yang hendak dibacanya secara bersendirian.
Kesimpulan
Berdasarkan perbahasan di atas,ย kami katakan bahawa membaca al-Quran dan mentadabburinya adalah amalan yang sangat dituntut walau di mana kita berada. Namun begitu, dalam berkenaan membaca al-Quran di Kubur, para ulamaโ berbeza pendapat dalam hal ini, dan kami cenderung kepada pendapat yang harus.ย Tanpa kami nafikan bahawa hal ini termasuk dalam prinsip asas mengenai ibadah adalah tauqifi iaitu berhenti pada apa yang telah diriwayatkan dalam syariat (dan tidak mencipta sesuatu yang baru) sebagaimana kaedah menyebut:
ุงูุฃูุตููู ููู ุงููุนูุจูุงุฏูุฉ ุงูุชูููููููู
Maksudnya:ย โAsal bagi ibadah adalah terhenti.โ
Ini memberi maksud bahawa asal ibadah adalah tawaquf kepada dalil dan hujjah. Selagi mana tiada dalil dan hujjah.ย
Kami akhiri dengan doa:
ุฑูุจููููุง ุงุบูููุฑู ููููุง ููููุฅูุฎูููุงููููุง ุงูููุฐูููู ุณูุจููููููุง ุจูุงููุฅููู ูุงูู ููููุง ุชูุฌูุนููู ููู ูููููุจูููุง ุบููููุง ููููููุฐูููู ุขู ููููุง ุฑูุจููููุง ุฅูููููู ุฑูุกูููู ุฑููุญููู ู
Maksudnya:ย โWahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu.โ
(Surah al-Hasyr :10)
Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

