1- علم لا يعمل به
Ilmu yang tidak diamalkan.
2- وعمل لا اخلاص فيه ولا اقتداء
Amal yang tidak ikhlas dan tidak mengikut contoh daripada Nabi s.a.w.
3- ومال لا ينفق منه فلا يستمتع به جامعة في الدنيا ولا يقدمه امامه الى الآخرة
Harta yang tidak dibelanjakan. Orang yang mengumpulkan harta itu tidak dapat bersenang-senang dengannya di dunia dan tidak dapat menggunakannya sebagai persediaan di hari akhirat.
4- وقلب فارغ من محبة الله والشوق اليه والأنس به
Hati yang tiada perasaan cinta kepada Allah, tiada rindu kepadaNya, dan tiada rasa ketenangan bersamaNya.
5- وبدن معطل من طاعته وخدمته
Tubuh badan yang tidak digunakan untuk mentaatiNya dan berkhidmat kepadaNya.
6- ومحبة لا تتقيد برضاء المحبوب وامتثال أوامره
Cinta yang tidak diikat dengan redhaNya dan tidak jua mentaati perintah-perintahNya.
7- ووقت معطل عن استدراك فارطه أو اغتنام بر وقربه
Waktu yang tidak digunakan untuk mengejar apa yang terlepas daripadanya (membaiki diri) atau mendapatkan kebaikan dan mendekatkan diri kepadanya.
8- وفكر يجول فيما لا ينفع
Fikiran yang berlegar pada perkara yang tidak bermanfaat.
9- وخدمة من لا تقربك خدمته الى الله ولا تعود عليك بصلاح دنياك
Berkhidmat kepada seseorang yang khidmat kamu kepadanya itu tidak akan mendekatkan kamu kepada Allah, dan tidak jua membawa manfaat di dunia kamu.
10- وخوفك ورجاؤك لمن ناصيته بيد الله وهو أسبر فى قبضته ولا يملك لنفسه حذرا ولا نفعا ولا موتا ولا حياة ولا نشورا
Perasaan takutnya kamu, dan mengharapnya kamu kepada manusia yang ubun-ubunnya di tangan Allah, sedangkan orang itu tidak mampu pun untuk memberi mudharata atau manfaat kepada dirinya, tidak jua menghidupkan atau mematikan atau membangkitkan.
وأعظم هذه الاضاعات اضاعتان هما أصل كل اضاعة اضاعة القلب واضاعة الوقت
Perkara sia-sia yang paling besar adalah dua perkara dan ia adalah asal kepada semua kesia-siaan iaitu mensia-siakan hati dan mensia-siakan waktu.
فاضاعة القلب من ايثار الدنيا على الآخرة واضاعة الوقت من طول الأمل
Mensia-siakan hati adalah dengan mengutamakan dunia daripada akhirat, dan mensia-siakan waktu adalah dengan panjangnya angan-angan.
فاجتمع الفساد كله فى اتباع الهوى وطول الأمل والصلاح كله فى اتباع لهدى والاستعداد للقاء والله المستعان
Kesemua kerosakan berlaku kerana mengikuti hawa nafsu, dan panjangnya angan-angan. Kesemua kebaikan adalah pada mengikut pentunjuk, bersedia untuk bertemu Allah. Hanya kepada Allah tempat kita memohon.
العجب ممن تعرض له حاجة فيصرف رغبته وهمته فيها الي الله ليقضيها له ولا يتصدى للسؤال لحياة قلبه من موت الجهل والاعراض وشفائه من داء الشهوات والشبهات ولكن اذا مات القلب لم يشعر بمعصيته
Sangat pelik sesiapa yang sudah terbentang segala hajatnya, lalu dia memohon dengan penuh harap dan bersungguhnya untuk mendapatkannya kepada Allah. Akan tetapi dia tidak pernah memohon agar dihidupkan hatinya daripada kematian kerana kejahilan dan pengingkaran, tidak jua dia memohon penawar daripada penyakit syahwat dan syubhat. Apabila sudah matinya hati, dia tidak akan terasa dengan maksiat yang dia lakukan.
[Ibn al-Qayyim, Al-Fawaid, 111-112].
Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli