Kata Allah:
وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Sesiapa yang bersyukur [kepada Allah], maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan sesiapa tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”. [Luqman:12].
Adakah Allah memerlukan kepada syukur kita? Tidak sama sekali.
Dalam sebuah hadis qudsi yang panjang disebut:
يَا عِبَادِي : إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضَرِّي ، فَتَضُرُّونِي وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي ، فَتَنْفَعُونِي
…
Wahai hamba-hamba Ku; sesungguhnya kalian tidak akan dapat memudharatkan Aku dan tidak akan dapat memberi manfaat kepada Ku….
يَا عِبَادِي : لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ ، وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ ، كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ ، مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئًا ،
Wahai hamba-hamba Ku; seandainya yang pertama dan akhir daripada kalian, manusia dan jin, semuanya berkumpul untuk bertaqwa kepada Allah sebagaimana hati salah seorang daripada kalian, ia tidak akan menambahkan sedikit pun pada penguasaan Allah.
يَا عِبَادِي : لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ ، وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ ، كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ ، مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِي شَيْئًا
Wahai hamba-hamba Ku; seandainya yang pertama dan akhir daripada kalian, manusia dan jin, semuanya berkumpul untuk bermaksiat kepada Allah sebagaimana hati seorang manusia, ia tidak mengurangkan sedikit pun penguasaan Allah
[Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa as-Silah wa al-Adab, hadis no: 4680]
Apakah maksud “Sesiapa yang bersyukur [kepada Allah], maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri”.
Imam Ibn Katsir menerangkan:
إنما يعود نفع ذلك وثوابه على الشاكرين (4) لقوله (5) تعالى:.
Manfaat dan pahala (syukur) itu akan kembali kepada orang-orang yang bersyukur. Ini sebagaimana firman Allah:
{ وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلأنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ } [الروم: 44]
Seiapa yang beramal soleh maka untuk diri mereka sendirilah mereka menyiapkan [tempat yang menyenangkan], (Al-Rum: 44).
Imam Ibn Rajab berkata:
على كل نعمة على العبد من الله في دين أو دنيا يحتاج إلى شكر عليها
Untuk setiap nikmat daripada Allah kepada hambanya, tidak kira sama ada dalam hal keagamaan mahupun duniawi, itu semua memerlukan syukur ke atas Nya.
ثم للتوفيق للشكر عليها نعمة أخرى تحتاج إلى شكر ثان
Kemudian, petunjuk Allah yang menyebabkan kita bersyukur tadi pula merupakan satu nikmat yang lain daripadanya, ia memerlukan kepada syukur yang kedua pula.
ثم التوفيق للشكر الثاني نعمة أخرى يحتاج إلى شكر أخر
Kemudian untuk petunjuk Allah yang membawa kepada syukur yang kedua tadi jua merupakan satu nikmat yang lain daripadanya, ia turut memerlukan kepada syukur yang lain lagi.
وهكذا أبدا
Begitulah selamanya [Lathoif al-Ma’arif m/s 191]
Sumber : Ust. Mohd Masri Mohd Ramli