
عَنْ أَنَسٍ، قَالَ خَطَّ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم خُطُوطًا فَقَالَ
Daripada Anas radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam membuat beberapa garisan. Kemudian baginda bersabda:
” هَذَا الأَمَلُ وَهَذَا أَجَلُهُ، فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ جَاءَهُ الْخَطُّ الأَقْرَبُ “.
Ini adalah cita-cita dan ini pula adalah ajalnya. Dalam keadaan dia begitu (iaitu masih bercita-cita), garisan yang paling dekat (iaitu ajal) datang kepadanya.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, Bab Fi al-Amal wa Thulihi, hadis no: 6418].
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لاَ يَزَالُ قَلْبُ الْكَبِيرِ شَابًّا فِي اثْنَتَيْنِ فِي حُبِّ الدُّنْيَا، وَطُولِ الأَمَلِ “.
Hati seorang yang tua akan kekal muda dalam dua perkara iaitu: Kecintaan kepada dunia dan panjangnya angan-angan.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, Bab Man Balagha Sittina Sanah…., hadis no: 6420].
Daripada Anas radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ حُبُّ الْمَالِ، وَطُولُ الْعُمُرِ “
Anak Adam akan menjadi tua, dan dua perkara akan menjadi besar bersamanya iaitu kecintaan kepada harta dan panjangnya umur. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, Bab Man Balagha Sittina Sanah…., hadis no: 6421].
Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli