Soalan:
Assalamualaikum wrm. wbt.,
Saya terlihat ada seorang saudara (mungkin dia dari Pakistan agaknya) semasa dia mengambil wuduk, dia menggunakan bekas (gayung @ chebok – panggilan sesetengah tempat). Setelah menyedok air dari kolah, dia letakkan cebok @ gayong tersebut di bingkai/tembok kolah, kemudian dia celupkan tangan ke dalam gayong @ cebok tersebut lalu mengambil air untuk membasuh anggota anggota wuduknya. Dia melakukan perbuatan yang sama untuk semua anggota wuduknya. Soalan saya, adakah perbuatan mengambil air dengan tangan dari sesuatu bekas yang airnya tidak sampai 2 qullah itu dibolehkan? Adakah nas atau dalil yang membolehkannya?
ย
Jawapan:
Waalaikumussalam wrm. wbt.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah ๏ทป, selawat serta salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad ๏ทบ, ke atas Ahli Bait, serta Para Sahabat baginda, dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke Hari Akhirat.
Daripada soalan di atas, kita boleh bahagikan isu kepada tiga:
- Apakah hukum berwuduk daripada air yang tidak cukup dua kolah?
- Adakah air yang sedikit di dalam gayung berubah kepada air musta`mal kerana tangan dicelup selepas basuhan muka?
- Bagaimana hukum air basuhan yang terpercik dari anggota wuduk dan yang berbaki pada tangan?
ย
Hukum berwuduk dengan air yang tidak cukup dua kolah
Pada asalnya, tidak disyaratkan air mutlak yang digunakan untuk mengangkat hadas, sama ada hadas kecil atau besar, mestilah lebih daripada dua kolah. Hukum penggunaan kadar dua kolah hanyalah merujuk kepada status takungan air, yang dimasuki najis, sama ada berubah menjadi air mutanajjis, yang tidak boleh digunakan untuk bersuci, atau tidak berubah.
Rujukย Al-Kafi #239 : Tangki Air Bercampur Tahi Cicak
Justeru, hukum air mutlak kekal suci dan menyucikan, sekalipun ditakung di dalam bekas yang kecil, tidak cukup dua kolah, selama mana tidak berlaku sesuatu yang menajiskan atau merosakkan tohuriyyah (sifat menyucikan) air itu. Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan perihal air mutlak:
ย โAir yang kekal dengan sifat asal yang dicipta oleh Allah ๏ทป, sama ada tawar atau masin. Dan air itu tidak berubah dari sifat semulajadinya. Dan bukan air yang telah digunakan untuk berwuduk, mandi wajib atau menghilangkan najisโ.
Lihatย al-Muโtamad fi al-Fiqh al-Syafiโeย (1/37)
Rujuk jugaย Al-Kafi #1482 : Bersuci Dengan Air Tadahan Pendingin Hawaย &ย Al-Kafi #1417: Adakah Sah Menggunakan Spray Air Untuk Berwuduk Semasa Di Pejabat
ย
Status air di dalam gayung apabila dicelup tangan
Imam Ibn Hajar al-Haitami menyebut dalam kitabย Minhaj al-Qowimย (hlm. 13):
โSeseorang yang berwuduk dengan tangan dimasukkan ke dalam air yang sedikit, selepas dia membasuh muka, tanpa berniat dilakukan untuk mencebok, maka baki air yang sedikit tadi itu berubah menjadi air musta`malโ
Ini pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie. Hal ini berlaku kerana basuhan tangan sehingga ke siku ialah basuhan wajib daripada wuduk, sedangkan membasuh tangan ialah rukun wuduk selepas membasuh muka. Namun, jika seseorang itu mencelupkan tangannya dengan niat mencebok, yakni memindahkan air untuk tujuan berwuduk, maka niat untuk mengangkat hadas telah dinafikan di sini dan baki air yang sedikit itu tidak berubah menjadi air musta`mal.
Hadis berkenaan wuduk dengan celupan daripada bekas air memang sabit. Antaranya ialah hadis Humran, maula Uthman bin `Affan R.Anhuma, bahawa dia pernah melihat Saiyidina Uthman RA memintanya bawakan air untuk berwuduk:
ูุฃูููุฑูุบู ุนูููู ููุฏููููู ู ูู ุฅูููุงุฆูููุ ููุบูุณูููููู ูุง ุซููุงูุซู ู ูุฑููุงุชูุ ุซูู ูู ุฃูุฏูุฎููู ููู ูููููู ููู ุงููููุถููุกูุ ุซูู ูู ุชูู ูุถูู ูุถู ููุงุณูุชูููุดููู ููุงุณูุชูููุซูุฑูุ ุซูู ูู ุบูุณููู ููุฌููููู ุซููุงูุซูุงุ ููููุฏููููู ุฅููู ุงููู ูุฑููููููููู ุซููุงูุซูุงุ ุซูู ูู ู ูุณูุญู ุจูุฑูุฃูุณูููุ ุซูู ูู ุบูุณููู ูููุชูุง ุฑูุฌููููููู ุซููุงุซูุงุ ุซูู ูู ูุงูู: ุฑูุฃูููุชู ุงููููุจููู ุตูููู ุงูููู ุนูููู ูุณูููู ุชูููุถููุฃู ููุญููู ููุถููุฆูู ูุฐุงุ ูููุงูู ู ูู ุชูููุถููุฃู ููุญููู ููุถููุฆูู ูุฐูุงุ ุซูู ูู ุตูููู ุฑูููุนูุชููููู ูุงู ููุญูุฏููุซู ูููููู ูุง ููููุณูููุ ุบูููุฑู ูููู ู ูุง ุชูููุฏููู ู ู ูู ุฐูููุจููู
Maksudnya:ย โLalu beliau menuangkan air ke atas tangannya daripada bekasnya maka dia membasuh kedua-dua tangannya sebanyak tiga kali, kemudian beliauย mencelupkan tangan kanan ke dalam bekas air wuduk tersebut, kemudian beliau berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidungnya dan mengeluarkannya, kemudia beliau membasuh mukanya sebanyak tiga kali, dan tangannya hingga ke siku sebanyak tiga kali, kemudia dia menyapu kepalanya, kemudian dia membasuh kedua-dua kakinya sebanyak tiga kali, kemudian beliau berkata: Aku telah melihat Nabiย ๏ทบย berwuduk seperti wudukku ini, dan baginda bersabda: โBarangsiapa yang berwuduk seperti wudhkku ini, kemudian dia solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk dalam kedua-dua rakaat itu, maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu.โ
Riwayat al-Bukhari (no. 159) dan Muslim (no. 226)
Dalam riwayat lain, daripada Amr, daripada ayahnya, Yahya bin `Umarah: Aku pernah menyaksikan `Amr bin Abi Hasan bertanya kepada Abdullah bin Zaid RA โ seorang Sahabat Nabi ๏ทบ – tentang wuduk Nabi ๏ทบ:
ููุณููููู ู ููุฏูุนูุง ุจูุชูููุฑู ู ููู ู ูุงุกูุ ููุชูููุถููุฃู ููููู ู ููุถููุกู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ูย ยซููุฃูููููุฃู ุนูููู ููุฏููู ู ููู ุงูุชููููุฑูุ ููุบูุณููู ููุฏููููู ุซููุงูุซูุงุ ุซูู ูู ุฃูุฏูุฎููู ููุฏููู ููู ุงูุชููููุฑูุ ููู ูุถูู ูุถู ููุงุณูุชูููุดููู ููุงุณูุชูููุซูุฑูุ ุซููุงูุซู ุบูุฑูููุงุชูุ ุซูู ูู ุฃูุฏูุฎููู ููุฏููู ููุบูุณููู ููุฌููููู ุซููุงูุซูุงุ ุซูู ูู ุบูุณููู ููุฏููููู ู ูุฑููุชููููู ุฅูููู ุงูู ูุฑูููููููููุ ุซูู ูู ุฃูุฏูุฎููู ููุฏููู ููู ูุณูุญู ุฑูุฃูุณูููุ ููุฃูููุจููู ุจูููู ูุง ููุฃูุฏูุจูุฑู ู ูุฑููุฉู ููุงุญูุฏูุฉูุ ุซูู ูู ุบูุณููู ุฑูุฌููููููู ุฅูููู ุงูููุนูุจูููููยป
Maksudnya: โLalu beliau minta diambilkan satu gayung air, kemudian beliau memperlihatkan kepada mereka cara wuduk Nabi ๏ทบ. Beliau menuangkan air dari gayung ke telapak tangannya lalu mencucinya tiga kali,ย kemudian memasukkan tangannya ke dalam gayung,ย lalu berkumur-kumur, lalu memasukkan air ke hidung lalu mengeluarkannya kembali dengan tiga kali cidukan,ย kemudian memasukkan tangannya ke dalam gayung, lalu membasuh mukanya tiga kali, kemudian membasuh kedua tangannya dua kali sampai ke siku. Kemudian memasukkan tangannya ke dalam gayung, lalu mengusap kepalanya dengan tangan; bermula dari bahagian depan ke belakang dan menariknya kembali sebanyak satu kali, lalu membasuh kedua kakinya hingga buku lali.”
Riwayat al-Bukhari (no. 186) dan al-Baihaqi (no. 378) dalamย Sunan al-Kubra.
Berkata Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis di atas:
โAdapun tentang pensyaratan niat ightiraf (mencebok) maka tidak ada dalilnya dalam hadis ini, mahupun dalil menafikannya. Abu Uwanah berdalilkan hadis ini dalam Sahih-nya tentang keharusan bersuci dengan air musta`mal, kerana dia memandang daripada sudut bahawa niat tertentu tidak disebutkan dalam hadis ini, sedangkan disebutkan beliau (Ibn Zaid) memasukkan tangannya setelah membasuh wajahnya sewaktu membasuh tangan. Al-Ghazali berpendapat semata-mata mencebok (sekalipun tanpa niat) tidak menjadikan air itu musta`mal kerana air musta`mal hanya berlaku pada pihak yang dicelup daripadanya. Inilah pendapat yang diputuskan oleh al-Baghawi.โ
ย Rujukย Fath al-Bariย (1/293-294)
Huraian di atas menunjukkan bahawa hukum air musta`mal berlaku perselisihan pada penyucian menggunakannya. Sebahagian ulama menganggap air musta`mal masih lagi menyucikan tetapi makruh digunakan, seperti mazhab Maliki. Manakala dalam bab niat ightiraf, pendapat yang berbeza daripada muktamad tidak mewajibkan niat tersebut. Inilah pendapat Imam al-Ghazali dan Imam al-Baghawi.
Oleh itu, semata-mata melihat seseorang berwuduk dengan celupan tangan dalam bekas yang kecil, tidak boleh dihukumkan secara mutlak bahawa wuduk seseorang itu tidak sah kerana menggunakan air musta`mal. Hal ini disokong dengan fakta bahawa cara berwuduk daripada satu bekas dilakukan oleh para sahabat, sekalipun bekas itu digunakan oleh ramai orang.
Abdullah bin Umar R.Anhuma berkata:
ุงูุฑููุฌูุงูู ููุงููููุณูุงุกู ููุชูููุถููุฆูููู ููู ุฒูู ูุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุฌูู ููุนูุง
Maksudnya:ย โGolongan lelaki dan wanita berwuduk pada zaman Rasulullahย ๏ทบย bersama-sama.โ
Riwayat al-Bukhari (no. 193)
Imam Ibn Hajar al-Asqalani menghuraikan:
โDalam hadis ini terdapat dalil bahawa mencedok dalam air yang sedikit tidak mengubah air itu menjadi air musta`mal, kerana bekas-bekas mereka dahulu bersaiz kecil, seperti mana yang disebut secara jelas oleh al-Syafie dalam al-Umm di beberapa tempat.โ
Rujukย Fath al-Bariย (1/299)
Di sisi ulama yang mewajibkan niat ightiraf apabila ingin mencebok menggunakan tangan, mereka berdalilkan beberapa hadis. Disebutkan oleh Syeikh al-Ramli al-Kabir dalamย Hasyiahย (1/7) beliau ke atasย Asna` al-Matolibย oleh Imam Zakariyya al-Ansari:
โNiat ightiraf itu asalnya daripada sunnah, iaitu sabda ๏ทบ:
ููุง ููุบูุชูุณููู ุฃูุญูุฏูููู ู ููู ุงููู ูุงุกู ุงูุฏููุงุฆูู ู ูููููู ุฌูููุจู ููููุงูู ูููููู ููููุนููู ููุง ุฃูุจูุง ููุฑูููุฑูุฉูุ ููุงูู ูุชูููุงูููููู ุชูููุงููููุง
Maksudnya:ย โJanganlah seseorang kamu mandi dalam air yang tetap tidak mengalir sedangkan dia berada dalam keadaaan berjunub.โLalu Abu Hurairah ditanya: โBagaimana sepatutnya dia lakukan wahai Abu Hurairah?,โ Lalu dia menjawab: โMengambilnya satu persatu.โ
Riwayat Muslim (283)
Maka jelas bahawa larangan itu bertujuan untuk mengelak air daripada rosak dengan penggunaannya (dengan mandi junub). Kesimpulan daripada itu jua, hendaklah dipindahkan air daripada bekas dan membasuh dengan air itu di luar bekas. Begitu juga hadis-hadis lain yang melarang memasukkan tangan ke dalam bekas sebelum membasuh tangan[1]. Maka sesungguhnya basuhan itu jika bertujuan untuk menyucikan najis, dalil menunjukkan bahawa air yang sedikit menjadi bernajis apabila didatangi najis ke atasnya. Jika basuhan itu bertujuan untuk mengangkat hadas, maka larangan itu untuk mengelakkan rosaknya air dengan basuhan kedua-dua tangan dalam bekas itu lantaran hadas, seperti mana yang warid berkenaan larangan mandi orang berjunub di dalamnya, dan begitu juga hadis larangan berwuduk dengan lebihan wuduk orang perempuan[2].โ
Tambahan lagi, niat mencedok dengan tangan ini bukanlah sesuatu yang sukar, sebaliknya adalah perkara yang biasa berlaku dalam kalangan manusia. Berkata Syeikh Jamal dalamย Hasyiah-nya (1/37):
โTidak disyaratkan niat mencebok itu dengan berkata:ย nawaitul ightiraf dun raf` al-hadathย (Sahaja aku mencebok bukan untuk mengangkat hadas), tetapi cukup semata-mata dengan niat, yakniย makna niat itu, bertujuan mengeluarkan air dari bekas, untuk mengangkat hadas apabila ia keluar.โ
Dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan bahawa syarat niat ightiraf ini tidak disepakati oleh ulama Syafie sendiri kerana hadis-hadis itu tidak begitu jelas dan memiliki kemungkinan. Berkata al-Allamah al-Habib Abdurrahman Ba`lawi:
โTidak warid dalam isu niat ightiraf apa-apa khabar (hadis) mahupun athar. Tiada nas tentangnya oleh al-Syafie mahupun oleh para sahabatnya. Sesungguhnya ia datang semata-mata berdasarkan istinbat ulama yang terkemudian dan para pengikut mereka. Pendapat yang tepat lagi zahir ialah hukumnya wajibโฆberkata Abu Makhramah: Janganlah seorang ulama itu mengetatkan hukum ke atas orang awam, bahkan berfatwalah bahawa hukumnya (niatย ightiraf) itu tidak wajib.โ
Rujukย Bughyah al-Mustarsyidinย (hlm.25-26)ย &ย al-Taqrirat al-Sadidah Qism Ibadahย (hlm. 60) oleh Syeikh Hasan al-Kaf
ย
Keringanan pada percikan dan baki air basuhan pada anggota
Apabila berwuduk, sudah pasti tabiat air itu akan terpercik mengenai anggota-anggota wuduk yang lain. Apatahlagi ketika mencedok air dengan menggunakan tangan ke dalam bekas yang kecil, mesti akan berbaki sisa-sisa air wuduk daripada basuhan sebelumnya. Air percikan dan baki basuhan ini jika dikategorikan sebagai air musta`mal, sudah pasti menghalang seseorang daripada wuduk daripada bekas yang kecil kerana sukarnya percikan dan sukarnya menghilangkan baki air basuhan pada setiap kali basuha, sedangkan hadis-hadis di atas tidak menunjukkan begitu sukar.
Jawapannya ialah kedua-duanya dimaafkan pada Hukum Syarak, kerana begitu sulit untuk dijaga pada adat kebiasaan.
Berkata Imam al-Nawawi pada menakalkan ucapan Imam al-Juwaini:
โBerkenaan air lebihan ini, perlu kepada perhatian. Sesungguhnya air apabila ia berulang alik di atas beberapa anggota, yang masing-masing berbeza kejadiannya, berlaku pada aliran air tadi beberapa percikan dari anggota ke anggota lain, tanpa dapat dihalang. Tidak mungkin hal ini dapat dijaga dengan apa cara pun, dan Syarak tidak menginginkan agar seseorang itu mengendahkan perkara ini pada asalnya. Maka apa sahaja yang terdiri daripada kategori ini adalah dimaafkan secara pasti. Adapun percikan yang tidak berlaku melainkan kerana secara jarang-jarang, jika dilakukan secara sengaja maka jadilah air musta`mal.โ
Rujukย al-Majmu` Syarh al-Muhadzzabย (1/163)
Berkata Imam al-Khatib al-Syarbini:
โAir yang beralih-alih atas anggota seseorang yang berwuduk, dan atas badan orang yang berjunub, dan di atas benda yang bernajis, selagi mana tidak berubah, maka hukumnya ialah tohur (menyucikan, yakni tidak hilang sifat air mutlak). Jika air mengalir dari satu anggota seseorang yang berwuduk ke satu anggota yang lain, sekalipun bukan anggota wuduk, contohnya air itu mengalir sampai ke bahu, atau menitis dari anggota, sekalipun anggota badan orang yang berjunub, maka air itu jadi musta`mal. Benar, air yang biasa tercampak-campak (atau terpercik), contohnya dari tapak tangan ke pergelangan, atau sebaliknya, bukanlah air musta`mal, kerana keuzuran, sekalipun ia berlaku kerana digerakkan oleh angin, seperti mana yang ditegaska oleh al-Rafie.โ
Rujukย Mughni al-Muhtajย (1/24)
Berkata Syeikh Wahbah al-Zuhaili dalamย al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhย (1/274):
โAir musta`mal pada perbuatan mengangkat hadas; iaitu apa-apa air yang menitis dari anggota-anggota, atau yang bersambung dengannya, atau yang berpisah darinya, sedangkan air berpisah itu sedikit, atau dibasuh di dalamnya, maka apabila dicebok keluar kemudian digunakan untuk membasuh anggota, (semua tadi) bukanlah airย musta`mal.โ
Huraian ulama yang dinukilkan diatas jelas menunjukkan bahawa air basuhan yang terpercik semasa berwuduk yang sukar dikawal adalah dimaafkan apabila ia sedikit dan tidak mengubah sifat air. Maka jelaslah kepada kita mengapa para sahabat Nabi ๏ทบ boleh menjimatkan air dengan berwuduk menggunakan bekas yang kecil, tanpa risau kepada percikan atau baki air basuhan pada tapak tangan yang digunakan untuk meratakan air, kerana semua itu dimaafkan.
Kesimpulan
Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, kami cenderung untuk menyatakan seperti berikut:
- Hukum mengambil wuduk dengan mencebok air daripada bekas yang kecil seumpama gayung adalah diharuskan, berdasarkan hadis-hadis sahih yang menunjukkan kepada perbuatan tersebut.
- Perbuatan mencebok air daripada gayung menggunakan tangan selepas basuhan muka ketika berwuduk tidak menyebabkan air di dalam gayung menjadi air musta`mal jika perbuatan mencebok itu tidak diniatkan untuk mengangkat hadas, sebaliknya diniatkan semata-mata untuk memindahkan air.
- Air percikan daripada basuhan mana-mana anggota wajib wuduk tidak menyebabkan air di dalam gayung berubah menjadi musta`mal kerana kuantiti baki air tersebut adalah sedikit yang tidak mengubah sifat air serta sukar dijaga pada kebiasaannya, maka dimaafkan seperti mana yang difahami daripada zahir hadis-hadis yang sahih.
- Tidak boleh kita menghukum seseorang yang berwuduk dengan cebokan menggunakan tangan daripada gayong sebagai tidak sah atas alasan air musta`mal kerana wujud nas-nas yang mengharuskannya.
Kami berharap penjelasan ini memberikan pencerahan kepada pihak yang bertanya. Kita berdoa kepada Allah ๏ทป agar mengurniakan ilmu yang bermanfaat dan menjauhkan kita daripda penyakit was-was dalam beribat.ย
Disediakan oleh,
Unit Buhuth,
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Nota hujung:ย
[1]ย Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ๏ทบ bersabda:
ููุฅูุฐูุง ุงุณูุชูููููุธู ุฃูุญูุฏูููู ู ู ููู ููููู ููู ููููููุบูุณููู ููุฏููู ููุจููู ุฃููู ููุฏูุฎูููููุง ููู ููุถููุฆูููุ ููุฅูููู ุฃูุญูุฏูููู ู ูุงู ููุฏูุฑูู ุฃููููู ุจูุงุชูุชู ููุฏููู
Maksudnya: โDan jika salah seorang daripada kalian bangun daripada tidur maka hendaklah dia basuh tangannya sebelum memasukkan tangannya ke dalam air wuduk, kerana dia tidak tahu di mana tangannya berada malam tadi.โ
Riwayat al-Bukhari (no.162 ) dan Muslim (no. 278)
[2]ย Daripada al-Hakam bin `Amr, bahawa Rasulullah ๏ทบ:
ููููู ุฃููู ููุชูููุถููุฃู ุงูุฑููุฌููู ุจูููุถููู ููุถููุกู ุงููู ูุฑูุฃูุฉู
Maksudnya: โMelarang daripada lelaki berwuduk dengan air lebih wuduk perempuan.โ
Riwayat al-Nasaie (no. 343)
Sumber : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4511-irsyad-al-fatwa-siri-ke-513-berwuduk-dengan-mencedok-tangan-ke-dalam-gayung