Merahnya وليتلطف di dalam Mushaf Majid adalah kerana ia di tengah Quran. Huruf Ta kalimah itu adalah huruf paling tengah Al Quran. Bukan kerana darah Sayyiduna Usman atau peringatannya.
🔰 Mengikut catatan Ulama’, tahun 223 Hijrah, ada Ulama’ yang melihat mushaf yang dibaca Sayyiduna Usman pada hari beliau dibunuh. Dipanggil MUSHAF IMAM. Setiap muka surat 28 baris. Darah memenuhi sebahagian besar helaian mushaf. Ada yang memenuhi sehingga setengah dan ada yang hanya sebahagian muka surat. Tapi paling banyak darah tumpah adalah pada Surah An Najm.
🔰 Penulis : Justeru kalau hendak dimerahkan kerana ingatan pada tumpahnya darah, lebih utama dimerahkan Surah An Najm bukan Surah Al Kahfi ayat 19 yang di dalamnya kalimah yang dimerahkan tersebut.
Al Mushaf Al Usmani : Syeikh Iwadh Ahmad An Nasyiri.
Sumber : Ust. Hassif Azmir Hassim.