skip to Main Content

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:

يَأْتِي الشَّيْطَانُ أَحَدَكُمْ فَيَقُولُ مَنْ خَلَقَ كَذَا مَنْ خَلَقَ كَذَا حَتَّى يَقُولَ مَنْ خَلَقَ رَبَّكَ فَإِذَا بَلَغَهُ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ، وَلْيَنْتَهِ ‏”‌‏.‏
Syaitan datang kepada seseorang lalu berkata: Siapa ciptakan ini? Siapa ciptakan itu? Sehinggalah dia menyebutkan: Siapa yang menciptakan Tuhan kamu? Apabila dia sampai kepada persoalan itu, hendaklah dia memohon perlindungan Allah, dan berhenti (memikirkan persoalan itu). [Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’i al-Khalq, no: 3276].

Dalam riwayat Muslim disebutkan:

لاَ يَزَالُ النَّاسُ يَتَسَاءَلُونَ حَتَّى يُقَالَ هَذَا خَلَقَ اللَّهُ الْخَلْقَ فَمَنْ خَلَقَ اللَّهَ فَمَنْ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَلْيَقُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ‏”‏ ‏.‏
Manusia akan sentiasa saling bertanya antara satu sama lain sehinggalah akan disebutkan: Allah menciptakan ini. Jadi siapa pula yang menciptakan Allah? Sesiapa timbul persoalan sebegini dalam dirinya, hendaklah dia menyebutkan: Aku beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya. [Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Bayan al-Waswasah fi al-Iman wa ma yaquluhu mana wajadaha, no: 134].Ini menunjukkan bila timbul was-was sebegini, hendaklah kita memalingkan diri daripada was-was yang berbahaya ini dengan memohon perlindungan Allah, dan menyibukkan diri dengan hal yang lain.

 

 

Persoalannya, adakah cukup menghilangkan persoalan tentang akidah dengan sekadar cara seperti di atas.

Dalam Syarah Hisnul Muslim, dinukilkan perkataan Imam al-Marizi bahawa yang dimaksudkan dengan hadis di atas ialah was-was yang datang secara tiba-tiba dan bukannya berterusan. Adapun kekeliruan dalam akidah, yang mana ia akan berterusan dalam fikiran orang itu, ia perlu dilawan dengan hujah.

Rujukan: Majdi bin ‘Abdul Wahab, Syarah Hisnul Muslim, m.s 223.

 


Sumber : Ust. Mohd Masri Mohd Ramli

Back To Top