Ketika adik beradik Nabi Yusuf AS yang berkomplot untuk ‘membunuh’ Nabi Yusuf AS balik memberitahu ayah mereka Nabi Ya’qub AS bahawa adik mereka telah dimakan serigala, Nabi Ya’qub AS tidak meminta mereka menunjukkan bukti-bukti yang lebih jelas seperti cebisan mayat, tulang atau dan sebagainya atau memanjangkan pertikaian, bahkan hanya menangis mendiamkan diri dan memujuk dirinya untuk bersabar, kerana baginda tahu sekiranya dalam keadaan itu baginda ‘bising’, barangkali situasi akan menjadi lebih buruk kerana anak-anaknya ketika itu yang sedang tenggelam dengan iri hati dan emosi permusuhan, lalu bertindak dengan lebih melampaui batas.
PENGAJARAN:
Adakala kita perlu belajar mendiamkan diri walaupun pahit untuk ditelan, supaya keadaan tidak menjadi semakin tegang atau menimbulkan perbalahan yang lebih memburukkan keadaan.
Bak kata Luqman al-Hakim: “Diam itu petanda kebijaksanaan, namun sangat sedikit orang yang boleh melakukannya”.
Sumber : facebook Dr. Kamilin Jamilin – Seni Hadith