skip to Main Content

Hari Jumaat merupakan hari mustajabnya doa. Nak doa apa ya?

Bilakah saat doa mustajab hari Jumaat?

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَكَرَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَالَ ‏

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menerangkan tentang hari Jumaat, baginda bersabda:

“‏ فِيهِ سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ، وَهْوَ قَائِمٌ يُصَلِّي، يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ ‏”‌‏.

Padanya terdapat satu detik masa, yang tidaklah seorang hamba Muslim memasuki detik itu sambil mendirikan solat,

meminta kepada Allah sesuatu melainkan pasti Allah akan memberikan apa yang diminta.

‏ وَأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا‏.‏

Baginda mengisyaratkan dengan tangannya menunjukkan pendeknya waktu itu.

[Muttafaq ‘Alaih; Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jum’ah, no: 935; Sahih Muslim, Kitab al-Jum’ah, no: 852].

Ish, nak baca doa apa ya?

Kita mungkin ada banyak permintaan. Ada satu doa yang mana ia akan merangkumi semua permintaan kita.

 سَأَلَ قَتَادَةُ أَنَسًا أَىُّ دَعْوَةٍ كَانَ يَدْعُو بِهَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَكْثَرَ 

Qatadah bertanya kepada Anas tentang doa apakah yang paling kerap Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lakukan.

قَالَ كَانَ أَكْثَرُ دَعْوَةٍ يَدْعُو بِهَا يَقُولُ ‏ 

 

 

Anas r.a menjawab: Baginda paling kerap berdoa dengan doa:

“‏ اللَّهُمَّ آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ‏”‏ ‏.

Ya Allah, berikan kepada kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat, dan selamatkan kami daripada azab neraka.

‏ قَالَ وَكَانَ أَنَسٌ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدَعْوَةٍ دَعَا بِهَا فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْعُوَ بِدُعَاءٍ دَعَا بِهَا فِيهِ ‏.

Qatadah berkata: Apabila Anas r.a mahu berdoa, dia akan berdoa dengan doa ini. Apabila dia mahu berdoa dengan doa lain, dia akan membaca jua doa ini.

[Sahih Muslim, Kitab adz-Dzikr wa al-Dua’ wa at-Taubah wa al-Istighfar, no: 2690]

#MMMR

Cari buku² berkualiti? Follow kedai saya 👉🏻 https://shp.ee/7v5g4et

 


Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli 

Back To Top