Kata-kata Ust Ismail Kamus.
“Sebenarnya duit yang kita sedekah itu lah kita punya. Yang kita simpan dalam poket tu belum tahu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, boleh jadi waris kita punya. Kita punya yang mana? Yang kita sedekah itu lah kita punya.
Disaat perniagaan orang lain mengalami kerugian, ada satu perniagaan yang sentiasa untung tak pernah dan tak akan rugi selamanya!”
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
(Faatir 35:29)

Ustaz Akram
(Pengasas) mengajionline.com
+019 – 419 1829
Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang berbunyi:-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ.
﴿ رواه مسلم ﴾
Maksudnya :-
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
Antara program-program dakwah di bawah MengajiOnline.com yang sedang berjalan adalah seperti berikut;

Bantuan Mengaji Untuk Pelajar Muallaf
Program
- Bimbingan asas fardu ain, al-Quran dan tajwid.
- Kelas bimbingan untuk muallaf disediakan secara personal atau berkumpulan.
- Membantu para muallaf mengenal agama Islam yang damai ini lebih dekat
- Ada fasilitator khas yang terlatih dan mahir dalam bidang al-Quran
- Menyediakan modul bimbingan yang tersusun dalam pembelajaran

Bantuan Kelas Untuk Yang Kurang Berkemampuan
Program
- Menyediakan program pengajian bermula dari asas iaitu iqra sehingga menguasai bacaan al-Quran dengan baik
- Bimbingan kelas lelaki dan perempuan secara berasingan untuk keselesaan pelajar
- Pelajar boleh tentukan waktu kelas untuk belajar al-Quran
- Modul pembelajaran al-Quran dan tajwid turut disediakan
- Guru al-Quran yang terlatih dalam bidanga al-Quran

Sumbangan pembinaan Apps al-Quran Digital
- Membina applikasi al-Quran digital menggunakan teknologi terkini bagi memudahkan pelajar mengaji al-Quran dengan lebih berkesan.
- Pelajar boleh submit bacaan secara personal kepada guru-guru MengajiOnline.com.
- Guru akan berkhidmat sepenuh masa untuk menyemak bacaan pelajar secara percuma.
Sumbangan Dakwah Bersama Mengajionline.Com
