skip to Main Content

 

Usamah Bin Zaid Radiallahu ‘anhu berkata:

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ ‏.‏ قَالَ ‏ “‏ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ ‏”‏ ‏.‏
Aku pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Siyam, Bab Saumin Nabiy, hadis no: 2357. Shaikh Al-Albani menyatakan ia hadis hasan, Sahih an-Nasaie].

Ibn Rajab al-Hanbali menghuraikan bahawa hadis ini menunjukkan kelebihan beribadah di saat ramai orang lalai dan leka. Kata beliau:

يشير إلى أنه لما اكتنفه شهران عظيمان الشهر الحرام وشهر الصيام
Baginda mengisyaratkan kepada bulan Sya’ban kerana ia dikelilingi oleh dua bulan yang mulia iaitu bulan haram@yang penuh kehormatan (iaitu Rejab) dan bulan puasa (Ramadhan).

اشتغل الناس بهما عنه فصار مغفولا عنه وكثير من الناس يظن أن صيام رجب أفضل من صيامه لأنه شهر حرام وليس كذلك
Manusia sibuk dalam kedua-dua bulan tersebut hingga lalai daripada beribadah dalam bulan Sya’ban. Ramai manusia menyangka bahawa puasa di bulan Rejab lebih utama daripada puasa dalam bulan Sya’ban kerana Rejab adalah bulan haram, sedangkan hakikatnya bukan begitu. [Lathaif al-Ma’arif, 130].

 

 

Terdapat waktu-waktu lain yang ramai manusia lalai padanya, dan digalakkan beribadah padanya, antaranya:

– Antara Maghrib dan Isya’.
– Di tengah malam.
– Ketika berada di pasar.

Antara kelebihan ibadah di waktu manusia lalai ialah:

– Dapat melakukan ibadah secara rahsia.
– Ia termasuk dalam mujahadah melawan nafsu kerana di waktu itu sangat sukar untuk beribadah. Ia selari dengan sabda Nabi s.a.w:

“‏ بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ ‏”‏ ‏.
“Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali asing seperti ia bermula, beruntunglah orang yang asing”. [Sahih Muslim, Kitab al-Iman, no: 145].

Terdapat hadis menerangkan berlipat gandanya pahala ibadah di saat fitnah:

لِلْعَامِلِ فِيهِنَّ مِثْلُ أَجْرِ خَمْسِينَ رَجُلاً يَعْمَلُونَ مِثْلَ عَمَلِكُمْ ‏”‏ ‏.‏
Orang yang beramal pada waktu tersebut, mendapat ganjaran semisal ganjaran lima puluh orang yang beramal seperti mereka. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab al-Tafsir, no: 3058, al-Tirmizi berkata: Hasan Gharib].

– Melakukan ketaatan di saat kelalaian adalah bentuk usaha menolak bala daripada keseluruhan manusia.

Firman Allah:
وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٍ۬ لَّفَسَدَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢٥١)
dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. (Al-Baqarah : 251)

Sebahagian ulama menyebutkan:

لولا عباد للإله ركع … وصبية من اليتامى رضع
Kalaulah bukan kerana ada hamba-hamba yang ruku’ kepada tuhannya, dan anak-anak yatim yang masih menyusu,

ومهملات في الفلاة رتع … صب عليكم العذاب الموجع
juga haiwan ternakan yang hidup dan makan di padang ragut, nescaya akan diturunkan ke atas kamu azab yang pedih.

[Rujuk: Lathaif al-Ma’arif, 131-133].

 


Sumber : Telegram Ust. Mohd Masri Mohd Ramli

Back To Top