SYUBHAH YANG DILEMPARKAN TERHADAP AL-QURAN Al-Quran adalah ciptaan Muhammad S.A.W Umum diketahui bahawa,…
KETAATAN MUTLAK HANYA KEPADA ALLAH DAN RASUL
Soalan:
Benarkah termasuk perintah taat kepada pemerintah adalah menyertai atau bergabung dengan mereka dengan menggunakan segala macam wasilah walaupun ia adalah perkara haram atas alasan mempertahankan pemerintah?
Jawapan:
1. Antara Usul Ahli Sunnah wal Jamaah adalah mereka mentaati pemerintah dalam hal makruf serta menjauhi kemungkaran mereka. Usul ini merupakan ijmak sebagaimana yang dinukilkan oleh para Ulama, antaranya Imam Al-Muzani (wft:264H), kata beliau ketika menjelaskan Akidah Ahli Sunnah :
ูุงูุทุงุนุฉ ูุฃููู ุงูุฃู ุฑ ููู ุง ูุงู ุนูุฏ ุงููู ุนุฒ ูุฌู ู ุฑุถูุง ูุงุฌุชูุงุจ ู ุง ูุงู ุนูุฏ ุงููู ู ุณุฎุทุง ูุชุฑู ุงูุฎุฑูุฌ ุนูุฏ ุชุนุฏููู ูุฌูุฑูู ูุงูุชูุจุฉ ุฅูู ุงููู ุนุฒ ูุฌู ููู ุง ูุนุทู ุนูู ุฑุนูุชูู
โ Mentaati Ulil Amri (Pemerintah) terhadap apa yang diredai oleh Allah โAzza wa Jalla, dan menjauhi apa yang di sisi Allah ianya dimurkai, dan meninggalkan khuruj (keluar memberontak) ketika mereka melampaui batas dan ketika mereka melakukan kezaliman serta bertaubat kepada Allah supaya mereka (berubah) bersikap lembut terhadap rakyat mereka.โ [ Syarhus Sunnah hal 84 ]
2. Ketaatan terhadap pemerintah bukanlah bersifat mutlak, kerana Allah tidak pernah memutlakkan ketaatan kecuali terhadap Allah dan Rasul. Dalam Al-Quran ada lebih kurang enam ayat yang memutlakkan ketaatan terhadap Allah dan Rasul antaranya ayat 132 dalam Surah Ali-Imran, ayat 92 surah Al-Maidah, ayat 1 & 46 surah Al-Anfaal, Al-Mujaadilah ayat 13 dan Al-Taghabun ayat 12. Manakala ayat yang memerintahkan taat kepada Waliyyul Amr (pemerintah) hanyalah satu ayat iaitu ayat 59 Surah An-Nisaโ dan ia terikat dengan ketaatan terhadap Allah & Rasul, bukan bersifat mutlak.
Begitu juga dalam Al-Sunnah, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmidzi dalam Jaamiโnya Bab ู ุง ุฌุงุก ูุง ุทุงุนุฉ ูู ุฎููู ูู ู ุนุตูุฉ ุงูุฎุงูู Pada Menjelaskan Tiada Ketaatan Terhadap Makhluk dalam Maksiat terhadap Al-Khaliq (Allah), dari Ibni Umar RA, Rasulullah ๏ทบ bersabda:
ุงูุณู ุน ูุงูุทุงุนุฉ ุนูู ุงูู ุฑุก ุงูู ุณูู ููู ุง ุฃุญุจ ููุฑู ู ุง ูู ูุคู ุฑ ุจู ุนุตูุฉ ูุฅู ุฃู ุฑ ุจู ุนุตูุฉ ููุง ุณู ุน ููุง ุทุงุนุฉ
โ Mendengar dan Taat (wajib) keatas seorang muslim terhadap apa yang dia suka atau yang tidak disuka selagi mana dia tidak diperintah dengan maksiat, jika dia menyuruh dengan maksiat maka tiada (kewajipan) mendengar dan taat โ. [ HR Al-Tirmidzi no:1707, disahihkan oleh Al-Albani ]
3. Golongan yang dimaksudkan dengan Ghulaat Taat (pelampau dalam ketaatan) atau Taat Mutlak. Golongan ini pernah digelarkan oleh Imam Ibnu Hiban rahimahullah sebagai Hajjaji kerana mereka menjadikan wala’ dan al-bara’ didirikan atas ketaatan terhadap Amir (Pemimpin) atau wakil pemerintah seperti Al-Hajjaj bin Yusuf Al-Tsaqafi (wft95H) yang dilantik sebagai Gabenor Iraq oleh Khalifah Abd Malik bin Marwan, kata Imam Ibnu Hibban rahimahullah (354H):
ุงูู ูุฐุฑ ุฃุจู ุญุณุงู ูุงู ุญุฌุงุฌูุง ูููู: ู ู ุฎุงูู ุงูุญุฌุงุฌ ููุฏ ุฎุงูู ุงูุฅุณูุงู .
” Al-Munzir Abu Hasaan adalah seorang Hajjaji (pengikut Hajjaj), dia berkata: ” Barangsiapa yang menyelisihi Al-Hajjaj maka sesungguhnya dia telah menyelisihi Islam!” [ Al-Tsiqaat 5/421 ]
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah pula menjelaskan golongan ini muncul ketika zaman Khalifah Yazid bin Abd Malik (105H), setelah wafatnya Khalifah Umar bin Abd Aziz (101H), Yazid cuba mengikut Sirah pemerintahan Umar Abd Aziz, datang kepada beliau beberapa Ulama di hadapan beliau, lalu mereka bersumpah bila Allah telah melantik beliau sebagai Imam, Allah akan menerima darinya segala amalan kebaikan dan mengampunkan segala dosa-dosa. Dan mereka memandang ketaatan terhadap pemerintah itu adalah secara mutlak. Syubhat mereka disebabkan mereka hanya mentakwil ayat 59 surah An-Nisaโ tanpa melihat nas-nas secara menyeluruh sebagaimana kata Syeikhul Islam:
ุจู ูุซูุฑ ู ู ุงููุงุณ ูุนุชูุฏูู ุฃู ู ู ูุทูุน ุงูู ููู ูุง ุฐูุจ ูู ูู ุฐููุ ูุงุฆูุง ู ู ูุงู ููุชุฃูููู ูููู { ุฃุทูุนูุง ุงููู ูุฃุทูุนูุง ุงูุฑุณูู ูุฃููู ุงูุฃู ุฑ ู ููู }
โ Bahkan ramai manusia meyakini bahawa siapa yang mentaati raja-raja tiada dosa baginya dalam keadaan tersebut siapa sahaja dia dan mereka mentakwil firman Allah { Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulil Amri dari kalangan kamu } [ Minhaaj Al-Sunnah 6/431 ]
4. Ahli Sunnah adalah golongan wasatiy, pertengahan antara dua kutub ekstrem dan juga golongan jafaโ(bermudah-mudah). Mereka tidak mentaati pemerintah secara mutlak, tidak mengiyakan dan menolong kezaliman mereka, tidak mencaci dan memberontak terhadap mereka. Mereka menghimpunkan antara nas-nas yang memerintahkan taat dan nas-nas yang menegah dari membenarkan dan membantu kezaliman mereka. Disamping Ahli Sunnah saling membantu pemerintah dalam hal makruf.
5. Asal tanggungjawab pemerintah dalam Islam adalah menegakkan agama yang tidak mungkin terlaksana melainkan dengan adanya imam/pemimpin seperti menegakkan hudud, jihad, pengurusan zakat seperti kata Al-Hasan Al-Basri:
ููู ู ููููููู ู ููู ุฃูู ููุฑูููุง ุฎูู ูุณูุง: ุงููุฌูู ูุนูุฉู ููุงููุฌูู ูุงุนูุฉู ููุงููุนููุฏู ููุงูุซููุบููุฑู ููุงููุญูุฏููุฏูุ ููุงูููููู ู ูุง ููุณูุชููููู ู ุงูุฏููููู ุฅููููุง ุจูููู ูุ ููุฅููู ุฌูุงุฑููุง ููุธูููู ููุงุ ููุงูููููู ููู ูุง ููุตูููุญู ุงูููููู ุจูููู ู ุฃูููุซูุฑู ู ูู ููุง ููููุณูุฏููููุ ู ูุนู ุฃูููู – ููุงูููููู – ุฅูููู ุทูุงุนูุชูููู ู ููุบูููุธูุ ููุฅูููู ููุฑูููุชูููู ู ููููููุฑู
โMereka (pemerintah) menguruskan lima perkara berkenaan kita:(solat) Jumaat, (solat) Jamaah,(solat) hari raya,(menjaga) perbatasan dan menegakkan hudud, demi Allah tidak tegak agama kecuali dengan mereka, walaupun mereka berlaku zalim, demi Allah kebaikan yang Allah lakukan menerusi mereka lebih banyak berbanding kerosakan mereka walaupun mentaati mereka itu benar-benar menyakitkan hati,namun memberontak terhadap mereka benar-benar satu kekufuran (kufur kecil) “.
[ Jaamiโ Al-โUlum wal Hikam 2/117 ]
6. Adapun membantu pemerintah atau parti-parti politik tertentu (tidak kira sama ada pembangkang mahupun pemerintah) yang memerintah melakukan kezaliman dan maksiat seperti tajassus (mengintip keaiban), menahan atau menuduh orang tanpa hak, menjatuhkan lawan dengan menggunakan segala wasilah ( termasuk menuduh, memfintah, menggunakan perkara haram) atas alasan mempertahankan pemerintah maka ianya adalah sebesar-besar kemungkaran dan dibimbangi termasuk dalam ancaman Rasulullah ๏ทบ :
ุฅููููููุง ุณูุชูููููู ุฃูู ูุฑูุงุกู ููููุฐูุจูููู ููููุธูููู ููููุ ููู ููู ุตูุฏููููููู ู ุจูููุฐูุจูููู ูุ ููุฃูุนูุงููููู ู ุนูููู ุธูููู ูููู ูุ ููููููุณู ู ูููููุ ููููุณูุชู ู ููููู ุ ููููุง ููุฑูุฏู ุนูููููู ุงููุญูููุถูุ ููู ููู ููู ู ููุตูุฏููููููู ู ุจูููุฐูุจูููู ูุ ููููู ู ููุนูููููู ู ุนูููู ุธูููู ูููู ู ูููููู ู ูููููุ ููุฃูููุง ู ูููููุ ููุณูููุฑูุฏู ุนูููููู ุงููุญูููุถู
” Akan muncul pemimpin-pemimpin berdusta dan melakukan kezaliman, barangsiapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu mereka melakukan kezaliman maka dia tidak termasuk golonganku dan aku tidak termasuk golongan mereka serta tidak akan mendatangi telagaku, dan barangsiapa yang tidak membenarkan kedustaan mereka dan tidak menolong mereka melakukan kezaliman maka dia termasuk golonganku dan aku termasuk golongannya serta akan mendatangi telagaku.”
[ HR Ahmad no:23260, disahihkan oleh Al-Albani dalam Takhrij Al-Sunnah, Sahih Al-Targhib no;2242, Al-Wadi’i dalam Al-Sahih Al-Musnad no:1098 dari Huzaifah bin Al-Yaman & Ka’ab bin ‘Ujrah r.a ]
Wallahualam.
Sumber : Ust. Mohd Fashan Ahmad Zaidi
