Dalam Ensiklopedia Aqidah, Ad-Durar As-Saniyyah, yang diasaskan oleh Al-Sayyid Al-Shaikh ‘Alwi bin Abdul Qadir as-Saqqaf (beliau seorang Ahlul Bait), terdapat sebuah riwayat daripada cicit Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengenai seseorang yang pergi ke kubur Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.
Al-Imam Abu Ya’la meriwayatkan di dalam musnadnya:
حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة، حدثنا زيد بن الحباب، حدثنا جعفر بن إبراهيم – من ولد ذي الجناحين- حدثنا علي بن عمر، عن أبيه، عن علي بن الحسين: أنه رأى رجلا يجيء إلى فرجة كانت عند قبر النبي صلى الله عليه وسلم فيدخل فيها فيدعو.
Daripada ‘Aliy bin al-Husain: Beliau melihat seorang lelaki datang ke celahan yang pada kubur Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu lelaki itu masuk ke dalam celahan itu dan berdoa.
فنهاه، فقال: ألا أحدّثكم حديثاً سمعته عن أبي عن جدي عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
Lalu ‘Aliy bin al-Husain menghalang perbuatan beliau. Beliau berkata: Mahukah jika aku memberitahu kepada kalian tentang suatu hadis yang telah aku dengar daripada ayah ku, daripada datuk ku, daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda:
((لا تتخذوا قبري عيدا، ولا بيوتكم قبورا، فإن تسليمكم يبلغني أينما كنتم))
Janganlah kalian menjadikan kubur ku sebagai tempat yang didatangi berulang kali, janganlah kalian menjadikan rumah kalian sebagai kubur. Sesungguhnya salam kalian akan sampai kepada ku di mana sahaja kalian berada.
[Riwayat Abu Ya’la dan Ad-Dhia’ Al-Maqdisi dalam Al-Ahadis Al-Mukhtarah] (1)
Dalam sebuah riwayat Mursal pula: Imam Sa’id bin Mansur meriwayatkan dalam Sunannya:
حدثنا عبدالعزيز بن محمد، أخبرني سهيل بن أبي سهيل قال:
Suhail bin Abu Suhail berkata:
رآني الحسن بن الحسن بن علي بن أبي طالب عند القبر، فناداني، وهو في بيت فاطمة يتعشى.
Al-Hasan bin Al-Husain bin ‘Aliy bin Abi Talib radiallahu ‘anhum melihat aku di kubur (Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam). Beliau memanggil aku, ketika itu beliau sedang makan malam di rumah Fatimah.
فقال: هلم إلى العشاء؟ فقلت لا أريده.
Beliau berkata: Marilah makan malam. Aku menjawab: Aku tidak menginginkannya.
فقال: مالي رأيتك عند القبر؟ فقلت: سلمت على النبي صلى الله عليه وسلم
Beliau bertanya: Apa yang kau lakukan di kubur? Aku menjawab: Aku memberi salam kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.
فقال: إذا دخلت المسجد فسلم.
Al-Hasan pun berkata: Apabila engkau masuk ke masjid, berilah salam.
ثم قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
Kemudian Al-Hasan berkata lagi: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
((لا تتخذوا بيتي عيدا، ولا تتخذوا بيوتكم مقابر، لعن الله اليهود اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد، وصلوا علي فإن صلاتكم تبلغني حيثما كنتم)).
Janganlah kalian menjadikan rumah aku tempat yang kalian datangi berulang kali, janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian kubur. Allah melaknat kaum Yahudi yang menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid. Selawatlah ke atas ku. Sesungguhnya selawat kalian sampai kepada aku di mana sahaja kalian berada.
ما أنتم ومن بالأندلس إلا سواء
(Al-Hasan berkata:) Tidaklah kalian yang berada di sini dan mereka yang berada di Andalus kecuali sama sahaja.
[Mursal, Riwayat Sa’id bin Mansur dalam Sunannya] (2)
Riwayat-riwayat Ahlul Bait di atas mempunyai kecacatan yang ringan. Akan tetapi ia mempunyai syawahid daripada riwayat yang kuat.
Imam Abu Daud meriwayatkan dalam Sunannya:
حدثنا أحمد بن صالح، قال: قرأت على عبدالله بن نافع، أخبرني ابن أبي ذئب، عن سعيد المقبري، عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
((لا تجعلوا بيوتكم قبورا، ولا تجعلوا قبري عيدا، وصلوا علي فإن صلاتكم تبلغني حيث كنتم))
Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian seperti kubur, janganlah kalian menjadikan kubur ku tempat yang kalian datangi berulang kali. Berselawatlah ke atas. Sesungguhnya selawat kalian sampai kepada ku di mana sahaja kalian berada. [Sunan Abi Daud] (3)
~~~~~~~~~~
(1) Ibn ‘Abdil Hadi berkata: Jayyid. Al-Haithami berkata dalam Majma’ az-Zawaid: Padanya terdapat perawi bernama Ja’far bin Ibrahim, Ibn Abi Hatim merekodkannya tetapi tidak menyebutkan kritikan kepadanya. Perawi yang lain thiqah.
Al-Sakhawi dalam Al-Maqasid Al-Hasanah, dan Al-‘Ajluni dalam Kasyfu al-Khafa’ menyatakan: Hasan.
Al-Albani menyebutkan dalam Tahzir as-Sajid: Sanadnya musalsal dengan perawi Ahlil Bait radiallahu ‘anhum. Akan tetapi salah seorang daripada mereka iaitu ‘Ali bin ‘Umar adalah perawi yang mastur (مستور)
(2) Ibn al-Qayyim dalam Ighatsatul Lahfan, dan Ibn ‘Abdil Hadi dalam Al-Sorim Al-Manki menyatakan ia mursal. Al-Albani dalam Ahkam Al-Janaiz menyatakan: Ia mursal dengan sanad yang kuat.
(3) Imam Abu Daud tidak memberikan sebarang komentar. Ibn Hajar berkata dalam Al-Futtuhat Al-Rabbaniyyah: Hasan.
Sumber:
http://www.dorar.net/enc/aqadia/1628
Penulisan : Ust. Mohd Masri Mohd Ramli