Abu Barzah al-Aslami radiallahu ‘anhu berkata : Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
” لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ
Kaki seseorang hamba tidak akan berganjak pada hari kiamat sehinggalah dia disoal;
عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ ،
tentang umurnya, bagaimanakah dia mengisi kehidupannya?
وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ ،
tentang ilmunya, apakah yang dia lakukan dengan ilmu itu?
وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ ،
tentang hartanya, apakah sumbernya dan bagaimana dia membelanjakannya?
وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ ” ,
dan tentang tubuh badannya, bagaimana dia menggunakannya.
[Jami’ at-Tirmizi, Kitab Sifat al-Qiyamah wa al-Raqaiq wa al-Wara’, no: 2602, hasan sahih].
Imam Ibn al-Qayyim berkata dalam Al-Fawaid:
اِضَاعَةُ الوَقْتِ اَشَدُّ مِنَ الموْتِ
Membuang masa itu lebih berat daripada kematian.
لِاَنَّ اِضَاعَةَ الوَقْتِ تَقْطَعُكَ عَنِ اللهِ وَالدَّارِ الآخِرَةِ
Ini kerana membuang masa itu memutuskan engkau daripada (mengingati) Allah dan akhirat.
وَالموْتِ يَقْطَعُكَ عَنِ الدُّنْيَا وَاَهْلِهَا
Sedangkan kematian hanya memutuskan engkau daripada dunia dan penghuninya. [Al-Fawaid, m/s 31].
Sumber : Ust. Mohd Masri Mohd Ramli