
Kita sering merasa terganggu dengan kehadiran lalat, terutama apabila ia menghinggapi makanan dan minuman atau wajah dan tubuh badan kita.
Tahukah kita Allah SWT telah membuat satu misal perbandingan berkenaan binatang kecil ini dalam kitabNya?
Allah SWT berfirman:
ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﺿُﺮِﺏَ ﻣَﺜَﻞٌ ﻓَﺎﺳْﺘَﻤِﻌُﻮﺍ ﻟَﻪُ ۚ ﺇِﻥَّ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺗَﺪْﻋُﻮﻥَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭﻥِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻟَﻦْ ﻳَﺨْﻠُﻘُﻮﺍ ﺫُﺑَﺎﺑًﺎ ﻭَﻟَﻮِ ﺍﺟْﺘَﻤَﻌُﻮﺍ ﻟَﻪُ ۖ ﻭَﺇِﻥْ ﻳَﺴْﻠُﺒْﻬُﻢُ ﺍﻟﺬُّﺑَﺎﺏُ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻻَ ﻳَﺴْﺘَﻨْﻘِﺬُﻭﻩُ ﻣِﻨْﻪُ ۚ ﺿَﻌُﻒَ ﺍﻟﻂَّﺎﻟِﺐُ ﻭَﺍﻟْﻤَﻂْﻠُﻮﺏُ
Wahai umat manusia, inilah diberikan SATU MISAL PERBANDINGAN, maka DENGARLAH mengenainya dengan bersungguh-sungguh.
Sebenarnya MEREKA YANG KAMU SERU DAN SEMBAH, SELAIN DARI ALLAH itu, TIDAK SEKALI-KALI akan dapat MENCIPTA SEEKOR LALAT PUN, walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), LEMAH YANG MEMINTA (dari mendapat hajatnya), dan LEMAH YANG DIMINTA (daripada menunaikannya).
[ Al-Hajj:73 ]
Kata Ibnu Abbas r.a:
كَانُوا يَطْلُونَ الْأَصْنَامَ بِالزَّعْفَرَانِ، فَإِذَا جَفَّ جَاءَ الذُّبَابُ فَاسْتَلَبَ مِنْهُ.
Orang musyrikin dahulu melumurkan Zafaran (safron) pada berhala-berhala, apabila ia kering datanglah lalat merampas darinya.
Kata Al-Suddi:
كَانُوا يَضَعُونَ الطَّعَامَ بَيْنَ يَدَيِ الْأَصْنَامِ فَتَقَعُ الذُّبَابُ عَلَيْهِ فَيَأْكُلْنَ مِنْهُ
Orang musyrikin dahulu meletakkan makanan di hadapan berhala lalu lalat datang menghinggap dan makan darinya..
Kata Ibnu Zaid:
فَلَا تَقْدِرُ الْآلِهَةُ عَلَى اسْتِرْدَادِهَا
Maka sembahan-sembahan itu tidak mampu untuk mengembalikannya (apa yang dirampas dan diambil oleh lalat)
[ Rujuk Ma’alim Al-Tanzil lil Baghawi ]
Imam As-Si’di rahimahullah berkata:
Ini merupakan misal perbandingan yang Allah sebutkan untuk menjelaskan BURUKNYA PERBUATAN MENYEMBAH BERHALA, dan penjelasan betapa CETEKNYA AKAL-AKAL SESIAPA YANG MENYEMBAHNYA dan betapa LEMAHNYA mereka semua…Ucapan ini ditujukan kepada ORANG BERIMAN dan ORANG-ORANG KAFIR, bagi orang beriman ianya menambahkan Ilmu (iman)dan Basirah (keyakinan), bagi Orang-orang kafir ianya menjadi HUJJAH ke atas mereka….Dan (Sembahan ini) ianya MELIPUTI KESEMUA YANG DISERU SELAIN ALLAH. Mereka tidak mampu mencipta Lalat yang merupakan SEHINA-HINA DAN SELEMAH-LEMAH makhluk, mereka lemah dan tidak berkuasa mencipta makhluk ini apatah lagi yang lebih dari itu lebih utama (mereka tidak mampu)
[ Taysir Al-Karim Ar-Rahman hal 635 ]
Mohonlah dan berdoalah hanya pada Allah YANG MAHA KUAT LAGI MAHA PERKASA, janganlah memohon kepada selain Allah kerana selain Allah kesemua mereka adalah makhluk yang faqir lagi lemah.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk sentiasa mengesakanNya dalam Ibadah.
Sumber : Ust. Mohd Fashan