skip to Main Content

Dlm klip berdurasi 3 minit, Syeikh Sudais iaitu Imam Masjid Haram Makkah mengucup tangan Syeikh Uthman Taha kerana tangan itulah menulis mushaf. Mulianya tangan Syeikh Uthman Taha.

Ramai yg menyangka Mushaf madinah ditulis dgn komputer kerana tulisannya yg kemas dan susunanya yg teratur. Sebenarnya ia ditulis dari awal hingga akhirnya oleh seorang tokoh khat. Beliau adalah Syeikh Uthman Taha. Namanya ditulis di akhir Mushaf.

Uthman Taha selayaknya dikucup tanganya kerana menghabiskan masa lbh dari 30 atau 40 thn menulis Mushaf. Beliau menulis hampir semua riwayat dgn 12 mushaf. Semuanya ditulis dgn tangannya. Beliau amat sayang dan berminat dgn seni khat. Tidak penat bila menulis. Sehingga apabila terlalu penat Qalam jatuh ke tanah. Itu satu kepuasaan baginya.

 

 

Beliau menyatakan “Dunia tidak penting kepada ku. Yg penting aku dan seni khat. Itu saja”. Sblm menulis setiap halaman mushaf beliau berwudhu terlebih dahulu. Setiap mushaf mengambil masa utk siapkan adalah selama tiga tahun dgn menulis setiap hari.

Dlm menulis mushaf bagi mukmin yg beriman dgn Allah dan hari Akhirat perlu merasakan al-Quran memberi peringatan yg menakutkan. Amat berat. “Ketika ayatnya2 menyifatkan keadaan syurga, jiwanya gembira dan amat senang. Tetapi tika menyifatkan neraka jahanam dan azabnya seakan tidak dpt menyempurnakan tulisan kerana tangan ku bergetar ketakutan. Berpeluh sedangkan biasanya aku tidak berpeluh”.

“Permintaanku kpd pembaca mushaf supaya berdoa kebaikan untukku sehingga aku dpt menyempurnakan tugasan2 ku. Usiaku skrg ni lbh 85 tahun”.

 

 

 


Sumber : Dr Khairul

Back To Top