
Silapnya kita dalam mengajar anak-anak kita..
● SILAPNYA kita..
kejut anak bangun pagi kerana takut terlambat kesekolah.. tapi tidak takut terlambat solat subuh..

● SILAPNYA kita ..
suruh anak makan sampai kenyang..sepatutnya suruh berhenti sebelum kenyang ..

● SILAPNYA kita ..
ajar anak takut pada hantu..sebetulnya ajar anak takut pada Allah.

● SILAPNYA kita..
risau anak tak makan..tapi tak risau anak tak solat..

● SILAPNYA kita..
kita rasa bangga anak boleh membaca Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu..tapi kita tidak rasa apa2 anak tidak boleh membaca Al-Quran,bahkan tak kenal huruf satu persatu..

● SILAPNYA kita ..
kita seronok anak pandai menari dan menghafal lagu..sedangkan doa dan solat pun masih tidak sempurna..

● SILAPNYA kita ..
suruh anak pandai agama tapi kita tak nak usaha tambah ilmu agama, hanya serah anak pada sekolah sahaja..

● SILAPNYA kita ..
suruh anak belajar adab..tapi kita, makan/minum pun sambil berdiri/berjalan….masuk tandas pun tak baca doa

● SILAPNYA kita..
Marahkan anak kerana tak baca buku, tapi tak marah apabila anak tak solat…tak marah apabila anak tak baca Al-Quran.

● SILAPNYA kita ..
Kita suka tunjuk contoh yang tak elok dihadapan anak…bercakap kasar dihadapan anak…

Renung renungkan dan selamat beramal 

Kredit: VMJ