skip to Main Content

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَنْصَرِفُ وَمَا كُتِبَ لَهُ إِلاَّ عُشْرُ صَلاَتِهِ تُسْعُهَا ثُمُنُهَا سُبُعُهَا سُدُسُهَا خُمُسُهَا رُبُعُهَا ثُلُثُهَا نِصْفُهَا ‏”‏ ‏.‏

Sesungguhnya seseorang selesai mendirikan solat. Tidaklah dicatatkan (pahala untunya) kecuali sepersepuluhnya, sepersembilannya, seperlapannya, sepertujuhnya, seperenamnya, seperlimanya, seperempatnya, sepertiganya, setengahnya” [Sunan Abu Daud, Kitab al-Solat, no: 796]

Al-Imam Al-Munaawi rahimahullah berkata 

أراد أن ذلك يختلف باختلاف الأشخاص بحسب الخشوع والتدبر ونحو ذلك مما يقتضي الكمال

Pebezaan (pahala) tersebut berlaku kerana perbezaan individu-individu (yang mendirikan solat) daripada segi khusyuknya, menghayati (bacaan solat) dan perkara-perkara lain yang perlu kepada kesempurnaan” [Faidhul Qadir 2/422].

 

 

Allah berfirman :

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (١)الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ (٢ 

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya [Al-Mukminun : 1-2]

Ibnu Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

وَفِي الْأَثَرِ : { إنَّ الرَّجُلَيْنِ لَيَكُونُ مَقَامُهُمَا فِي الصَّفِّ وَاحِدًا وَبَيْنَ صَلَاتَيْهِمَا كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ } .

Terdapat dalam sebuah athar bahawa dua orang berada dalam satu saf solat, akan tetapi (nilai) solat antara keduanya sebagaimana antara langit dan bumi. [Majmu’ al-Fatawa, 17/139].

 


Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli 

Back To Top