skip to Main Content

Beruntung mereka yang dipanjangkan usia dalam amal yang soleh, kerana Rasulullah ﷺtelah bersabda:

أعذرَ اللهُ إلَى امْرِئٍ أخَّر أجلَه حَتّى بلغَ ستِّين سنةً
“Allah memberikan peluang kepada seseorang dengan melanjutkan usianya sehingga 60 tahun” [hadis riwayat al-Bukhari].

Yakni sekiranya usia kita telah melepasi 60 tahun, namun masih lagi tidak berubah ke arah kebaikan atau menambah ilmu dan amal soleh, maka Allah ﷻtidak lagi akan menerima alasan kita di Mahsyar kelak.

 

 

Alasan dan rayuan seperti, “Aduhai, kalaulah Engkau tambahkan lagi usiaku ya Allah..”, tidak lagi akan diterima.

60 tahun masih tidak cukup untuk mencari hidayah?

60 tahun masih tidak cukup untuk mencari ilmu yang menambahkan iman dan amal?

Sekian lama kita sudah berjalan di atas muka bumi ini menuju kepada Sang Pencipta.

Sebentar nanti kita akan tiba kembali menemui-Nya.

خَيْرُ النَّاسِ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ
“Sebaik-baik manusia ialah sesiapa yang panjang usianya dan baik pula amalannya” [hadis riwayat al-Tirmidzi].

 


Sumber : Dr Kamilin Jamilin – Seni Hadith

 

Back To Top