skip to Main Content
Perlukan bantuan? Hubungi MO support kami segera..

Tukar bahasa:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو ، يَقُولُ

Ibn Abbas r.a meriwayatkan, Nabi s.a.w pernah membaca berdoa:

رَبِّ أَعِنِّي وَلَا تُعِنْ عَلَيَّ ،

Tuhanku, bantulah aku dan janganlah engkau membantu untuk membinasakan aku,

وَانْصُرْنِي وَلَا تَنْصُرْ عَلَيَّ ،

Tolonglah aku dan janganlah engkau memberi pertolongan untuk memusnahkan aku,

وَامْكُرْ لِي وَلَا تَمْكُرْ عَلَيَّ ،

Buatkan tipu daya untuk ku dan janganlah Engkau memperdayai aku.

وَاهْدِنِي وَيَسِّرِ الْهُدَى لِي ،

Berikan petunjuk kepada aku dan mudahkan hidayah untuk datang kepada ku

وَانْصُرْنِي عَلَى مَنْ بَغَى عَلَيَّ ،

Bantulah aku menghadapi orang yang melampaui batas ke atas diri ku,

رَبِّ اجْعَلْنِي لَكَ شَكَّارًا ،

Tuhan, jadikan aku orang yang bersyukur kepada mu,

 

 

لَكَ ذَكَّارًا ،

orang yang mengingati mu,

لَكَ رَهَّابًا ،

orang yang takut kepada mu,

لَكَ مِطْوَاعًا ،

orang yang taat kepada mu,

لَكَ مُخْبِتًا ،

Kepada mu aku merendahkan diri,

إِلَيْكَ أَوَّاهًا مُنِيبًا ،

kepada mu aku merintih dan bertaubat,

رَبِّ تَقَبَّلْ تَوْبَتِي

Tuhan, terimalah taubat ku,

وَاغْسِلْ حَوْبَتِي

bersihkanlah kesalahan ku,

وَأَجِبْ دَعْوَتِي

jawablah doa ku,

وَثَبِّتْ حُجَّتِي

Kuatkan hujah ku,

وَسَدِّدْ لِسَانِي

fasihkan lidah ku,

وَاهْدِ قَلْبِي

berikan petunjuk kepada hati ku,

وَاسْلُلْ سَخِيمَةَ صَدْرِي

hilangkan perasaan dengki daripada dada ku.

[Jami’ at-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, no: 3551, At-Tirmizi berkata: Hasan Sahih]

 


Sumber : Telegram Ust. Mohd Masri Bin Mohd Ramli

Back To Top