skip to Main Content
Sedekah, Terang, Sembunyi

ADAKAH SEDEKAH SECARA TERANG-TERANGAN ATAU SEMBUNYI?

ADAKAH SEDEKAH SECARA TERANG-TERANGAN ATAU SEMBUNYI?

SOALAN

Assalammualaikum. Biasanya wang sumbangan dibuat majlis dengan penyampaian cek. Bukankah tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.

Ringkasan Jawapan:

Pembayaran zakat mahupun wang sumbangan untuk apa-apa projek infak yang diagihkan untuk pembangunan, kebajikan dan jihad dalam agama selayaknya diuar-uarkan kepada umum. Sementara itu, sedekah sunat bagi golongan si fakir miskin yang memerlukan bantuan kewangan lebih afdal diberikan secara sembunyi daripada menghebahkan agar memelihara sebarang aib dan maruah mereka. Adapun, sedekah secara terbuka dapat memberi galakkan kepada masyarakat, namun pada masa yang sama perlu menjaga niat kerana perkara tersebut dikhuatiri boleh menerbitkan perasaan riyak untuk menunjuk-nunjukkan sesuatu amalan. Walau bagaimanapun kedua-kedua cara sedekah tersebut mendapat pahala atas amalan jariahnnya.

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat

Secara umumnya, sedekah merangkumi kategori fardu (zakat) dan sunat. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT.

ุฅูู†ู’ ุชูุจู’ุฏููˆุง ุงู„ุตู‘ูŽุฏูŽู‚ูŽุงุชู ููŽู†ูุนูู…ู‘ูŽุง ู‡ููŠูŽ ูˆูŽุฅูู†ู’ ุชูุฎู’ูููˆู‡ูŽุง ูˆูŽุชูุคู’ุชููˆู‡ูŽุง ุงู„ู’ููู‚ูŽุฑูŽุงุกูŽ ููŽู‡ููˆูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู„ูŽูƒูู…ู’ ูˆูŽูŠููƒูŽูู‘ูุฑู ุนูŽู†ู’ูƒูู…ู’ ู…ูู†ู’ ุณูŽูŠู‘ูุฆูŽุงุชููƒูู…ู’ ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจูู…ูŽุง ุชูŽุนู’ู…ูŽู„ููˆู†ูŽ ุฎูŽุจููŠุฑูŒ

Maksudnya: โ€œKalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.โ€

Surah al-Baqarah (271)

Potongan ayat (ุฅูู†ู’ ุชูุจู’ุฏููˆุง ุงู„ุตู‘ูŽุฏูŽู‚ูŽุงุชู) , : โ€œKalau kamu zahirkan sedekah-sedekah ituโ€ merujuk kepada sedekah fardu. Sementara, potongan ayat (ูˆูŽุฅูู†ู’ ุชูุฎู’ูููˆู‡ูŽุง): โ€œDan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah ituโ€ merujuk kepada sedekah sunat.[1]

Para ulama tafsir bersepakat bahawa ayat ini berkaitan sedekah sunat dengan pemberian secara sembunyi lebih afdal daripada menguar-uarkan kepada umum. Begitu juga, tidak menunjuk-nunjuk dalam melaksanakan amal ibadah sunat untuk menjauhi diri daripada timbul perasaan riyak. Namun, bagi sedekah wajib (zakat) lebih baik berikan secara terang-terangan berbanding sedekah sunat yang perlu diberikan secara sembunyi. [2]

Seterusnya, mereka yang memberi sedekah sunat sebagai amalan tambahan, maka ia termasuk antara golongan yang mendapat naungan Allah SWT berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bersabda bahawa Rasulullah SAW bersabda

ูˆูŽุฑูŽุฌูู„ูŒ ุชูŽุตูŽุฏู‘ูŽู‚ูŽ ุจูุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ููŽุฃูŽุฎู’ููŽุงู‡ูŽุง ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ู„ูŽุง ุชูŽุนู’ู„ูŽู…ูŽ ุดูู…ูŽุงู„ูู‡ู ู…ูŽุง ุชูู†ู’ููู‚ู ูŠูŽู…ููŠู’ู†ูู‡ู

Maksudnya : โ€œDan seseorang yang bersedekah lalu ia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan tangan kanannyaโ€.

Riwayat Bukhari 1423

Hadis ini menjelaskan tentang kelebihan bersedekah secara sembunyi. Ulama berpandangan sedekah sembunyi lebih baik untuk memelihara nilai keikhlasan dan menjauhi perasaan riyak. Sementara sedekah wajib iaitu zakat lebih baik di uar-uarkan kepada umum.[3]

Walau bagaimanapun, amalan sedekah yang dilakukan sama ada secara sembunyi mahupun terang-terangan tetap akan mendapat ganjaran pahala asalkan menjaga niat daripada riyak. berdasarkan firman Allah SWT. [4]

ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ูŠูู†ููู‚ููˆู†ูŽ ุฃูŽู…ู’ูˆูŽุงู„ูŽู‡ูู… ุจูุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽู‡ูŽุงุฑู ุณูุฑู‘ู‹ุง ูˆูŽุนูŽู„ูŽุงู†ููŠูŽุฉู‹ ููŽู„ูŽู‡ูู…ู’ ุฃูŽุฌู’ุฑูู‡ูู…ู’ ุนูู†ุฏูŽ ุฑูŽุจู‘ูู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽุง ุฎูŽูˆู’ููŒ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽุง ู‡ูู…ู’ ูŠูŽุญู’ุฒูŽู†ููˆู†ูŽ โ€

Maksudnya: โ€œOrang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sembunyi atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. โ€œ

Surah al-Baqarah (274)

Menurut Sheikh Dr. Wahbah al-Zuhaili, kategori sedekah wajib, perbelanjaan kebajikan, infak kemaslahatan umum seperti pembinaan sekolah, hospital, perbelanjaan pada jalan agama, jihad, sedekah pada pertubuhan sukarelawan sewajarnya di uar-uarkan kepada umum dengan niat mengalakkan orang ramai turut bersedekah selain dapat menarik minat masyarakat. Manakala, sedekah kepada golongan fakir yang sangat berhajat memerlukan bantuan kewangan, maka lebih baik sedekah itu dilakukan secara sembunyi daripada pengetahuan umum tanpa diberikan secara terang-terangan. Hal ini dapat menutup keadaan aib fakir miskin dan memelihara maruah mereka. [5]

Kelebihan amalan bersedekah adalah ganjaran pahala berterusan walaupun pemberi sedekah meninggal dunia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

โ€ ุฅูุฐูŽุง ู…ูŽุงุชูŽ ุงู„ุฅูู†ู’ุณูŽุงู†ู ุงู†ู’ู‚ูŽุทูŽุนูŽ ุนูŽู…ูŽู„ูู‡ู ุฅูู„ุงู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุซูŽู„ุงูŽุซูŽุฉู ู…ูู†ู’ ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุฌูŽุงุฑููŠูŽุฉู ูˆูŽุนูู„ู’ู…ู ูŠูู†ู’ุชูŽููŽุนู ุจูู‡ู ูˆูŽูˆูŽู„ูŽุฏู ุตูŽุงู„ูุญู ูŠูŽุฏู’ุนููˆ ู„ูŽู‡ู

Maksudnya: โ€œApabila matinya seorang insan, terputuslah amalnya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.โ€

 

Riwayat Muslim (1631)

PENUTUP

Berdasarkan perbahasan yang dikemukakan, amalan bersedekah mempunyai kelebihan dan ganjaran pahala sama ada pemberian secara sembunyi mahupun terang-terangan. Namun, pemberian secara terbuka mahupun sembunyi berdasarkan jenis sedekah tersebut. Sebagai contoh sedekah fardu mahupun sumbangan pembangunan untuk agama lebih baik diberikan secara terbuka untuk memberi galakkan kepada orang ramai. Sementara itu, sedekah sunat diberikan secara sembunyi kepada fakir miskin yang berhajat tanpa perlu menghebahkan kepada media sosial bagi menutup keadaan aib dan maruah mereka.

 

 

RUJUKAN

[1] Abu Mansor al-Maturidi, Tafsir al-Maturidi ( Bayrut : Dar al-Kutub al-Imiyyah, 2005m ) 2/ 264

ูˆู‚ุงู„ ุบูŠุฑู‡ู…: (ุฅูู†ู’ ุชูุจู’ุฏููˆุง ุงู„ุตู‘ูŽุฏูŽู‚ูŽุงุชู)ุŒ ู‡ูŠ ุงู„ูุฑูŠุถุฉุŒ (ูˆูŽุฅูู†ู’ ุชูุฎู’ูููˆู‡ูŽุง ูˆูŽุชูุคู’ุชููˆู‡ูŽุง ุงู„ู’ููู‚ูŽุฑูŽุงุกูŽ) ู‡ูŠ ุงู„ุชุทูˆุน

al-Tabari. Abu Jaafar, Tafsir al-Tabari Jamiโ€™ al-Bayan An -Taโ€™wil Al-Quran (Dar al-Hajr, 2001m) 5/ 14

ูŠูŽู‚ููˆู„ู: ูˆูŽุฅูู†ู’ ุชูŽุณู’ุชูุฑููˆู‡ูŽุง ููŽู„ูŽู…ู’ ุชูุนู’ู„ูู†ููˆู‡ูŽุง {ูˆูŽุชูุคู’ุชููˆู‡ูŽุง ุงู„ู’ููู‚ูŽุฑูŽุงุกูŽ} [ุงู„ุจู‚ุฑุฉ: 271] ูŠูŽุนู’ู†ููŠ: [ุต:15] ูˆูŽุชูุนู’ุทููˆู‡ูŽุง ุงู„ู’ููู‚ูŽุฑูŽุงุกูŽ ูููŠ ุงู„ุณู‘ูุฑู‘ูุŒ {ููŽู‡ููˆูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู„ูŽูƒูู…ู’} [ุงู„ุจู‚ุฑุฉ: 271] ูŠูŽู‚ููˆู„ู: ููŽุฅูุฎู’ููŽุงุคููƒูู…ู’ ุฅููŠู‘ูŽุงู‡ูŽุง ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู„ูŽูƒูู…ู’ ู…ูู†ู’ ุฅูุนู’ู„ูŽุงู†ูู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฐูŽู„ููƒูŽ ูููŠ ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุงู„ุชู‘ูŽุทูŽูˆู‘ูุนู

[2] Al-Qurtubi. Syamsuddin. Tafsir al-Qurtubi al-Jamiโ€™ Li Ahkam al-Quran (Dar al-Kutub Misriyah: Al-Qaherah, 1964) 3/ 332

ุฐูŽู‡ูŽุจูŽ ุฌูู…ู’ู‡ููˆุฑู ุงู„ู’ู…ูููŽุณู‘ูุฑููŠู†ูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ู’ุขูŠูŽุฉูŽ ูููŠ ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุงู„ุชู‘ูŽุทูŽูˆู‘ูุนูุŒ ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ุฅูุฎู’ููŽุงุกูŽ ูููŠู‡ูŽุง ุฃูŽูู’ุถูŽู„ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฅูุธู’ู‡ูŽุงุฑูุŒ ูˆูŽูƒูŽุฐูŽู„ููƒูŽ ุณูŽุงุฆูุฑู ุงู„ู’ุนูุจูŽุงุฏูŽุงุชู ุงู„ู’ุฅูุฎู’ููŽุงุกู ุฃูŽูู’ุถูŽู„ู ูููŠ ุชูŽุทูŽูˆู‘ูุนูู‡ูŽุง ู„ูุงู†ู’ุชูููŽุงุกู ุงู„ุฑู‘ููŠูŽุงุกู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽู„ูŽูŠู’ุณูŽ ูƒูŽุฐูŽู„ููƒูŽ ุงู„ู’ูˆูŽุงุฌูุจูŽุงุชู. ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ุญูŽุณูŽู†ู: ุฅูุธู’ู‡ูŽุงุฑู ุงู„ุฒู‘ูŽูƒูŽุงุฉู ุฃูŽุญู’ุณูŽู†ูุŒ ูˆูŽุฅูุฎู’ููŽุงุกู ุงู„ุชู‘ูŽุทูŽูˆู‘ูุนู ุฃูŽูู’ุถูŽู„ูุŒ ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽุฏูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ูŠูุฑูŽุงุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽุฒู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽู„ู‘ูŽ ุจูู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู.

[3] Al-Nawawi. Abu Zakariyya Mahya ad-Din. Syarh al-Nawawi โ€˜ala Muslim (Bayrut : Dar Ihyaโ€™ At-Turath al-โ€˜Arabi, 1392) 7/ 122

ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซู ููŽุถู’ู„ู ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุงู„ุณู‘ูุฑู‘ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ุนูู„ูŽู…ูŽุงุกู ูˆูŽู‡ูŽุฐูŽุง ูููŠ ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุงู„ุชู‘ูŽุทูŽูˆู‘ูุนู ููŽุงู„ุณู‘ูุฑู‘ู ูููŠู‡ูŽุง ุฃูŽูู’ุถูŽู„ู ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽู‚ู’ุฑูŽุจู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฅูุฎู’ู„ูŽุงุตู ูˆูŽุฃูŽุจู’ุนูŽุฏู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฑู‘ููŠูŽุงุกู ูˆูŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ุงู„ุฒู‘ูŽูƒูŽุงุฉู ุงู„ู’ูˆูŽุงุฌูุจูŽุฉู ููŽุฅูุนู’ู„ูŽุงู†ูู‡ูŽุง ุฃูŽูู’ุถูŽู„ู ูˆูŽู‡ูŽูƒูŽุฐูŽุง ุญููƒู’ู…ู ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ููŽุฅูุนู’ู„ูŽุงู†ู ููŽุฑูŽุงุฆูุถูู‡ูŽุง ุฃูŽูู’ุถูŽู„ู ูˆูŽุฅูุณู’ุฑูŽุงุฑู ู†ูŽูˆูŽุงููู„ูู‡ูŽุง

[4] Wahbah Az-Zuhailiy. Tafsir al-Wasith Li Zuhailiy (Dar al-Fikr al- Maโ€™asir, 1422 h) 1/ 159

ุซู… ุณูˆู‘ู‰ ุงู„ู‚ุฑุขู† ุงู„ูƒุฑูŠู… ุจูŠู† ุตุฏู‚ุฉ ุงู„ุณุฑ ูˆุตุฏู‚ุฉ ุงู„ุนู„ุงู†ูŠุฉ ููŠ ุงู„ุฃุฌุฑ ูˆุงู„ุซูˆุงุจุŒ ูู‚ุงู„ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰:

[5] Wahbah Az-Zuhailiy. Tafsir Munir fi al-Aqidah Wa al-Akidah wa Manhaj (Damsyik: Dar al-Fikr al- Maโ€™asir, 1418 h) 3/ 71

ูˆุงู„ุฎู„ุงุตุฉ: ุฅู† ุงู„ุตุฏู‚ุฉ ุงู„ูˆุงุฌุจุฉุŒ ูˆุงู„ุฅู†ูุงู‚ ููŠ ุงู„ู…ุตุงู„ุญ ุงู„ุนุงู…ุฉ ูƒุจู†ุงุก ุงู„ู…ุฏุงุฑุณ ูˆุงู„ู…ุดุงููŠ ูˆุงู„ุฏุนูˆุฉ ุฅู„ู‰ ุงู„ุฏูŠู† ูˆุงู„ุฌู‡ุงุฏุŒ ูˆู†ูู‚ุฉ ุงู„ุชุทูˆุน ุจู‚ุตุฏ ุชุฑุบูŠุจ ุงู„ุขุฎุฑูŠู† ููŠ ุงู„ุชุตุฏู‚ ูŠู†ุจุบูŠ ุฅุนู„ุงู†ู‡ุงุŒ ูˆู‡ูˆ ุฃูุถู„ ู…ู† ุงู„ุฅุฎูุงุก. ูˆุฃู…ุง ุงู„ุตุฏู‚ุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ูู‚ุฑุงุก ู„ุณุฏ ุญุงุฌุงุชู‡ู… ูุฅุณุฑุงุฑู‡ุง ุฃูุถู„ ู…ู† ุฅุนู„ุงู†ู‡ุงุŒ ุณุชุฑุง ู„ุญุงู„ู‡ู… ูˆุญูุธุง ู„ูƒุฑุงู…ุชู‡ู….

 

Back To Top