skip to Main Content

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ أَعْرَابِيًّا، أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ دَخَلْتُ الْجَنَّةَ‏.
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu bahawa seorang badwi datang bertemu Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu bertanya: “Tunjukkan kepada ku amalan yang jika aku lakukan, aku akan masuk syurga”.

‏ قَالَ ‏”‏ تَعْبُدُ اللَّهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ الْمَكْتُوبَةَ، وَتُؤَدِّي الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ ‏”‏‏.
Baginda menjawab: “Engkau menyembah Allah, dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun, menunaikan solat fardhu, membayar zakat yang fardhu, dan berpuasa di bulan Ramadhan.

‏ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ أَزِيدُ عَلَى هَذَا‏.‏
Lelaki itu berkata: Demi Allah, aku tidak akan menambah amalan lain selain yang disebutkan ini.

فَلَمَّا وَلَّى قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا ‏”‏‏.
Apabila lelaki itu beredar, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang suka untuk melihat seorang penghuni syurga, lihatlah kepada lelaki ini”.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Zakat, Bab Wujub al-Zakat, no: 1397]

 

 

Dalam riwayat Muslim, lelaki itu berkata:

قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ أَزِيدُ عَلَى هَذَا شَيْئًا أَبَدًا وَلاَ أَنْقُصُ مِنْهُ ‏.‏
Demi Allah, aku tidak akan menambahkan amalan lain sedikit pun selamanya, dan tidak akan mengurangkan daripadanya.
[Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Bab Bayan al-Iman Alladzi Yudkhilu Bi Hi Ila al-Jannah…, no: 14]

عَنْ جَابِرٍ، قَالَ أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم النُّعْمَانُ بْنُ قَوْقَلٍ فَقَالَ
Daripada Jabir radiallahu ‘anhu, bahawa An-Nu’man bin Qawqal datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِذَا صَلَّيْتُ الْمَكْتُوبَةَ وَحَرَّمْتُ الْحَرَامَ وَأَحْلَلْتُ الْحَلاَلَ أَأَدْخُلُ الْجَنَّةَ
“Ya Rasulullah, apa pendapat kamu? Jika aku menunaikan solat fardhu, mengharamkan yang haram, menghalalkan yang halal. Adakah aku akan masuk syurga?”.

فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ نَعَمْ ‏”‏ ‏.
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Ya”.‏
[Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Bab Bayan al-Iman Alladzi Yudkhilu Bi Hi Ila al-Jannah…, no: 15]

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ، قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ أَعْمَلُهُ يُدْنِينِي مِنَ الْجَنَّةِ وَيُبَاعِدُنِي مِنَ النَّارِ ‏.
Daripada Abu Ayyub radiallahu ‘anhu, beliau berkata: “Datang seorang lelaki kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata: Tunjukkan aku amalan yang apabila aku melakukannya, ia mendekatkan aku dengan syurga, dan menjauhkan aku dari neraka?”

‏ قَالَ ‏”‏ تَعْبُدُ اللَّهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ وَتَصِلُ ذَا رَحِمِكَ ‏”‏
Baginda menjawab: “Engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan apa pun, mendirikan solat, membayar zakat, dan menjalinkan silaturahim”.

فَلَمَّا أَدْبَرَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ إِنْ تَمَسَّكَ بِمَا أُمِرَ بِهِ دَخَلَ الْجَنَّةَ ‏”‏ ‏.
Apabila lelaki itu beredar, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika dia benar-benar berpegang teguh dengan apa yang diarahkan kepadanya, dia akan masuk syurga”.

[Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Bab Bayan al-Iman Alladzi Yudkhilu Bi Hi Ila al-Jannah…, no: 14]

 


Sumber : Ust. Mohd Masri Mohd Ramli

Back To Top