skip to Main Content

Ingat, sesama Qurra’ juga ada perselisihan yang kadang kala agak membimbangkan seperti yang disebutkan Dr Faraghli Sayyid ‘Arbawi:

🔰 “Aku mendapati celaan dari beberapa Qurra’ Syria kepada Qurra’ Mesir. Dan Ahli Quran Mesir pula berpandangan bahawa Quran turun di Mekah dan dibaca di Mesir dan (Qurra’ Mesir) tidak berasa taajub dengan mana mana qari bukan Mesir. Dan Ahli Khalij (seperti Saudi, Bahrain, Oman dan Emiriah) pula menohmah Qurra’ Mesir dengan bidaah-bidaah. Dan qari-qari setiap negara saling merendahkan qari qari di negara lain”. 

“وجدت الطعن من بعض قراء الشام للقراء المصريين, وأهل مصر يعتقدون أن القرآن نزل بمكة وقرئ بمصر, ولا يعجبهم أي قارئ غير المصري, وأهل الخليج يرمون قراء مصر بالبدع, وكل قراء دولة يسفهون قراء الدولة الأخرى”.

 

NASIHAT :

🔸 Saya berpandangan Dr Faraghli tidak memaksudkan semua Qurra’ tetapi hanya ingin menyatakan bahawa perselisihan dan kekeruhan ini wujud.Justeru :

▪️Jika anda bertalaqqi dengan seorang Syeikh, hormatilah pandangannya. Jangan dibaca di hadapannya, sesuatu yang tidak dipersetujuinya.

▪️ Banyakkan diam dan kurangkan bercakap atau jangan menyebut-nyebut atau mengangkat – ngangkat nama Syeikh-Syeikh negara lain. Atau mengangkat Syeikh-Syeikh lain walau dari satu negara.

▪️Jangan suka menyebut seperti ini di hadapan guru : “Syeikh, saya dulu pernah talaqqi dengan Syeikh saya di Saudi begini” atau  “kenapa guru saya yang di Mesir baca tak sama macam Syeikh baca?”.


Sumber : Ust Hanif Azmir Hassim Nibong Tebal

Back To Top