Imam Ibnu Jauzi menyebutkan: “Antaranya ialah melagu-lagukan azan. Imam Malik bin Anas dan ulama-ulama lain sangat keras tidak menyukainya kerana ia mengalihkan keagungan azan kepada menyamakannya dengan lagu-lagu.
Antara lain lagi ialah mereka mencampur adukkan azan Subuh dengan zikir, tasbih, dan peringatan. Mereka menjadikan azan berada di tengah-tengah hal-hal ini lalu ia bercampur aduk. Ulama tidak menyukai segala apa yang ditambah kepada azan.
Kami pernah melihat orang yang bangun pada waktu malam di atas menara-menara. Mereka memberikan peringatan dan berzikir. Ada antara mereka yang membaca al-Quran dengan suara yang kuat sehingga mengganggu manusia yang tidur, dan mengganggu bacaan orang yang sedang mendirikan solat tahajjud.
Semua ini adalah kemungkaran”. [Talbis Iblis, 123].
ومن ذلك التلحين في الأذان وقد كرهه مالك بن أنس وغيره من العلماء كراهية شديدة لأنه يخرجه عن موضع التعظيم إلى مشابهة الغناء ومنه أنهم يخلطون أذان الفجر بالتذكير والتسبيح والمواعظ ويجعلون الأذان وسطا فيختلط وقد كره العلماء كل ما يضاف إلى الأذان وقد رأينا من يقوم بالليل كثيرا على المنارة فيعظ ويذكر ومنهم من يقرأ سورا من القرآن بصوت مرتفع فيمنع الناس من نومهم ويخلط على المتهجدين قراءتهم وكل ذلك من المنكرات.
Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli