SYUBHAH YANG DILEMPARKAN TERHADAP AL-QURAN Al-Quran adalah ciptaan Muhammad S.A.W Umum diketahui bahawa,…
BESARNYA PENGORBANAN RASULULLAH SAW
Besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w.
عَنْ جَابِرٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Daripada Jabir radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
” مَثَلِي وَمَثَلُكُمْ كَمَثَلِ رَجُلٍ أَوْقَدَ نَارًا فَجَعَلَ الْجَنَادِبُ وَالْفَرَاشُ يَقَعْنَ فِيهَا
Permisalan aku dan kalian adalah seperti seseorang yang menyalakan api. Lalu rama-rama dan belalang terjatuh ke dalam api itu,
وَهُوَ يَذُبُّهُنَّ عَنْهَا وَأَنَا آخِذٌ بِحُجَزِكُمْ عَنِ النَّارِ وَأَنْتُمْ تَفَلَّتُونَ مِنْ يَدِي
lalu orang itu berusaha menyelamatkan serangga-serangga itu. Aku berusaha untuk menahan kalian daripada api neraka, akan tetapi kalian melepaskan diri daripada tangan ku. [Sahih Muslim, Kitab al-Fadhail, no: 2285].
Sumber: Ust. Mohd Masri Mohd Ramli
