skip to Main Content
BETAPA TINGGINYA IMAN & KEPERCAYAAN PARA NABI TERHADAP ALLAH SWT

Tengok dengan mata hati betapa tingginya iman & kepercayaan para Nabi terhadap Allah SWT;

1. Nabi Nuh AS berkata, “Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

2. Nabi Hud AS berkata, “Sesungguhnya Tuhanku Maha Berkuasa dalam mengawal dan memelihara segala sesuatu.”

3. Nabi Soleh AS berkata, “Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat dan sentiasa memperkenan permohonan hambanya.”

4. Nabi Ibrahim AS berkata, ” Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar doa permohonan.”

5. Nabi Syua’ib berkata, “Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

6. Nabi Yusuf AS berkata, “Sesungguhnya Tuhanku lemah lembut tadbir-Nya bagi apa yang dikehendaki-Nya.”

7. Nabi Musa AS berkata, “Sesungguhnya Tuhanku tetap sentiasa bersamaku dan Dia akan memberi petunjuk jalan yang selamat.”

8. Nabi Sulaiman AS berkata, “Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.”

Malik ibn Dinar berkata, ” Penduduk dunia mati meninggal dunia tanpa merasai perkara yg paling enak dan terbaik.” Mereka bertanya, “Apa dia perkara tersebut wahai Abu Yahya?” Dia menjawab, “Mengenali Allah SWT.”

يا رب ثبت قلبي على دينك وعلى طاعتك
Ya Allah, perkukuhkan hatiku atas agamaMu dan taat kepadaMu, amin.

 

 

 


Sumber : facebook Ust Khairul Anuar

Back To Top


Experience the unforgetable Experience


Copyright © BIZMILLA TRAVEL & TOURS [F]