skip to Main Content

Firman Allah:

إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا (19) إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا (20) وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا (21)

Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut (19) Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah, (20) dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut

إِلَّا الْمُصَلِّينَ (22) الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ (23)

kecuali orang-orang yang mendirikan solat (22) iaitu orang-orang yang sentiasa mendirikan solat (23)

وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَعْلُومٌ (24) لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ (25)

dan orang-orang yang pada hartanya tersedia bahagian tertentu, (24) bagi orang yang meminta dan orang yang tidak meminta (25)

وَالَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ (26) وَالَّذِينَ هُمْ مِنْ عَذَابِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُونَ (27) إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمْ غَيْرُ مَأْمُونٍ (28)

dan orang-orang yang percaya kepada hari pembalasan, (26) dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya. (27) Sesungguhnya azab Tuhan itu tiada siapa yang dapat berasa aman daripadanya (28)

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (29) إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (30) فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (31)

Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, (29) kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki. Sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. (30) Sesiapa mencari yang selain itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (31)

 

 

 

وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ (32)

Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya. (32)

وَالَّذِينَ هُمْ بِشَهَادَاتِهِمْ قَائِمُونَ (33)

Dan orang-orang yang memberikan kesaksiannya (dengan benar). (33)

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ (34)

Dan orang-orang yang menjaga solatnya. (34)

أُولَئِكَ فِي جَنَّاتٍ مُكْرَمُونَ (35)

Mereka itu di syurga lagi dimuliakan. (35) [Al-Ma’arij, ayat 19-35]

Ayuh kita jadi manusia yang dimuliakan di syurga, dan bukannya manusia yang sentiasa risau dan kedekut!

 


Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli 

Back To Top