skip to Main Content

 

مِن شَرِّ                 عَن صَلَاتِهِمْ                      مِن زَوَالٍ

Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan salah satu dari 10 huruf iaitu :

ص ذ ث ج ش س ز ف ض ظ

Pada tingkatan ini , kita perlu memastikan perkara berikut ketika MELONTARKAN DENGUNG:

1- Pastikan lidah sangat hampir dengan makhraj huruf yang berada sesudah nun mati atau tanwin. Tetapi ingat, walaupun sangat hampir, tiada sebarang sentuhan terjadi.

2- Suara akan dibawa ke rongga hidung (khaisyum) dan dikeluarkan darinya tetapi akan mengiringinya suara kecil dari mulut.

3- Sesuaikan dengung dengan huruf selepas nun mati/tanwin. Dengung pada huruf seperti shod sudah pasti kedengaran lebih tebal dari dengung pada huruf lain kerana sifat Isti’la’pada huruf shod. Di dalam At Tamhid, Imam Ibnu Al Jazari menyebutkan bahawa huruf isti’la’ terjadi dengan suara akan naik ke arah lelangit atas. Suara akan melanggar dinding lelangit atas lalu akan menghasilkan bunyi tebal.

Dan jika anda bertemu pula dengan huruf lain yang bersifat istifal seperti ف , maka dengungnya sudah pasti lebih nipis .

Rujuk : Hilyah at Tilawah, Taisir Ar Rahman dan Al Jami’ fi tajwidi Qiraah al Quran al Karim

 

 


Sumber: Ust Hanif Azmir Hassim 

Back To Top