skip to Main Content

Mencerahkan rumah yang dibacakan di dalamnya Al Quran terutama ketika Ramadhan kerana ia perbuatan salaf.

Dinyatakan bahawa orang yang paling awal menggantungkan pelita dan lampu di masjid ialah Sayyiduna Umar Al Khattab RA. ini adalah ketikabeliau menghimpunkan jemaah untuk bersolat tarawih berimamkan Ubai bin Kaab RA. Ketika Sayyiduna Ali RA melihat perhimpunan jemaah di masjid di dalam solat, sedang cahaya bergemerlapan dan Al Quran pula dibacakan, berkatalah beliau :

“Engkau telah menerangkan masjid-masjid kami, mudah-mudahan Allah menerangkan kuburmu Wahai Ibnul Khattab”.

 

 

Ta’zim Al Quran karangan Syeikh As’ad As Soghirji. Al Marhum adalah alim besar mazhab Hanafi zaman ini. Kitab Fiqh Al Hanafi Waadilatuh karangannya dibaca dan dijadikan sebagai sukatan pelajaran di Universiti Al Azhar. Catitan bahawa Umar adalah yang terawal memasang pelita di masjid, beliau sandarkan pada Kitab I’lam As Sajid bi ahkam Al Masajid.

Wallahu a’lam.

 

 

 

 

 


 

Sumber : Ust Hanif Azmir bin Hassim

Back To Top