skip to Main Content

 

Setiap pagi dan saat terbenam matahari, malaikat akan turun ke bumi dan mendoakan orang yang bersedekah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا ‏
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: Setiap kali hamba-hamba Allah memasuki waktu pagi, dua malaikat akan turun. Salah satu malaikat itu berkata:

اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا ‏”‏‏.
Ya Allah, berikanlah ganti (yang baik) kepada orang yang bersedekah’. Sedang malaikat yang satunya lagi mengatakan: ‘Ya Allah, timpakanlah kerugian kepada orang yang menahan hartanya. [Muttafaq ‘Alaih; Sahih al-Bukhari, Kitab al-Zakat, no: 1442, Sahih Muslim, Kitab al-Zakat, Bab no: 1010]

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
Daripada Abu al-Darda’ r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

” مَا طَلَعَتْ شَمْسٌ قَطُّ إِلَّا بُعِثَ بِجَنْبَتَيْهَا مَلَكَانِ يُنَادِيَانِ، يُسْمِعَانِ أَهْلَ الْأَرْضِ إِلَّا الثَّقَلَيْنِ:
Tidaklah matahari terbit melainkan akan diutus dua malaikat di dua sisi matahari yang akan menyeru, lalu seruan itu didengari oleh penduduk bumi kecuali jin dan manusia.

 


يَا أَيُّهَا النَّاسُ هَلُمُّوا إِلَى رَبِّكُمْ فَإِنَّ مَا قَلَّ وَكَفَى خَيْرٌ مِمَّا كَثُرَ وَأَلْهَى،

Wahai sekalian manusia, marilah kepada Tuhan kamu. Sesungguhnya apa yang sedikit dan mencukupi itu lebih baik daripada yang banyak tetapi melalaikan.

وَلَا آبَتْ شَمْسٌ قَطُّ إِلَّا بُعِثَ بِجَنْبَتَيْهَا مَلَكَانِ يُنَادِيَانِ يُسْمِعَانِ أَهْلَ الْأَرْضِ إِلَّا الثَّقَلَيْنِ:
Tidaklah tenggelam matahari kecuali diutus dua malaikat di dua sisi matahari, dua malaikat itu akan menyeru, lalu seruan itu didengari penduduk bumi kecuali jin dan manusia:

اللهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَأَعْطِ مُمْسِكًا مَالًا تَلَفًا
Ya Allah, berikanlah ganti (yang baik) kepada orang yang bersedekah’. Sedang malaikat yang satunya lagi mengatakan: ‘Ya Allah, timpakanlah kerugian kepada orang yang menahan hartanya.
[Musnad Ahmad, no: 21721, Al-Arna’ut menyatakan Isnadnya Hasan; Sahih Ibn Hibban, no: 3329, Al-Arna’ut berkata Isnadnya Sahih atas syarat Imam Muslim].

Doa malaikat ini tidaklah terhad kepada yang bersedekah pada waktu Subuh atau Maghrib sahaja. Ia umum untuk semua yang bersedekah.

Bersedekahlah sepanjang masa, pada bila-bila masa, tak kira pagi, tengahari, petang, malam, pada bila-bila masa. Insya-Allah malaikat akan mendoakan semua orang yang bersedekah tak kira di waktu apa.

 


Sumber : Ust Mohd Masri Mohd Ramli 

Back To Top